Setiap pagi mengambil sarapan yang berat seperti nasi goreng, bihun goreng, mi dan sebagainya adakalanya membosankan. Sesekali apa kata mama cuba sediakan sarapan ringkas buat anak-anak. Tempoh PKP yang disambung lagi pastinya membuatkan mama mulai buntu untuk memikirkan idea dan menu untuk memasak.
Roti Pizza yang ringkas dan paling mudah disediakan ini boleh mama cuba untuk anak-anak di rumah. Dalam masa yang pantas, sarapan hebat dengan keju meleleh ini tersedia buat keluarga. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Syazlieyn Kamaluddin ini. Terbaik!
Simple breakfast tapi mesti ramai yang suka.
Ads
Bahan-bahan:
Roti
Telur
Cheese
Sosej – tak perlu rebus
Tambahan:
Sos dan mayonis
Ads
Guna kuali biasa ja, letak minyak sikit agak-agak tak melekat.
Ads
Guna majerin pun boleh. Goreng macam biasa.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu pastinya semakin bertambah pening bila memikirkan menu sarapan untuk anak-anak setiap hari. Bila malam sahaja, mulalah ibu tercari-cari idea untuk memasak esok pagi.
Cheezy Sosej Paratha menggunakan air fyrer ini pasti buat ibu tersenyum lebar. Bukan sahaja ibu bahkan anak pun boleh sama menyediakannya sebab terlalu mudah. Memang simple. Jom cuba resipi perkongsian Razalina Baharuddin ini.
Sebelum ummi keluar kerja. Anak sempat tolong sediakan juadah makanan untuk hari ni.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nasi dagang antara salah satu juadah wajib ketika hari raya di sebelah pantai timur. Kalau berkunjung ke rumah sanak saudara pasti akan dihidangkan dengan nasi dagang.
Bagi yang teringin nak makan nasi dagang untuk juadah hari raya, apa kata anda cuba resipi mudah dan sedap ini. Kalau dapat nasi dagang yang kena dengan selera memang bertambah makan. Nasi ini lebih sedap digandingkan dengan gulai ikan Aya bersama acar.
Resepi Nasi Dagang Terengganu
Bahan-bahan untuk Nasi:
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia
Cara cara:
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan
Resepi Gulai Ikan Aya:
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Resepi Nasi Dagang Terengganu
Bahan-Bahan Gulai:
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10 biji cili padi
sedikit garam
Cara-cara:
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Resepi Acar Timun:
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang
– SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.
Sumber: Resepi Nasi Dagang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelbagai menu menarik boleh disediakan untuk si manja anda antaranya potato waffle, roti John, Banana Roll, Murtabak Nasi yang sangat mudah disediakan.
Pasti si manja anda seronok dan berselera melihat kepelbagaian menu untuknya. Selamat mencuba!
Potato waffle
Gaul sebati semua. Adunan tak cair tak pekat. Yang sedang-sedang saja. Masak guna waffle maker. Siap
Roti John
Tumis bebawang dan tomato paste. Masukkan serbuk kari, ayam dan sedikit air. Bagi ayam masak elok. Masukkan sayur. Siap dan. Ketepikan.
Ambik sebiji telur dan campur full cream milk skit. Kacau-kacau manja. Masukkan bahan yang dah kita tumis tadi. Kacau sebati. Masak macam buat roti john biasa. Siap
Masak sekejap atas pan macam nak buat nasi goreng tu. Nasi dah masak. Masukkan dalam telur yang telah dipukul hingga sedikit kembang. Kemudian goreng macam buat telur dadar. Done!
Banana roll
Roti di nipiskan. Rina guna roll pin je. Sapu unsalted butter. Kemudian letak pisang dan gulungkan. Celup telur dan goreng hingga sedikit crispy. Sedap weiii
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.