“Semoga Allah reda, tolong doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga,” tulis Abby.
Ads
Kehadiran Daiyan Fayyadh dalam hidup keluarga Abby ibarat sinar baru buat semua. Keterujaan itu dapat dilihat pada abahnya yang rajin melayan si kecil ini dalam semua perkara. Begitu juga anak-anak Abby yang seolah-olah seperti tidak percaya lagi ada adik baru di depan mata mereka.
Baby car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak amat penting untuk keselamatan anak tak kira lah perjalanan jauh atau pun dekat. Risiko bayi atau kanak-kanak tercampak keluar dari kereta dapat dikurangkan dengan pemakaian kerusi keselamatan ini. Namun tak semua dapat memiliki kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru.
Lantaran itu, ada sesetengah ibu bapa mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak secara terpakai. Tapi sebelum membeli kerusi keselamatan terpakai ini, anda perlu tahu beberapa perkara yang perlu diajukan kepada penjual demi keselamatan anak anda. Ikuti perkongsian daripada Farah Hazwani;
Hantaran ini panjang sedikit dan perlu dibaca dengan berlapang dada untuk mengelakkan sebarang provokasi atau fitnah–
Sebelum beli kerusi keselamatan terpakai, kita perlu tahu cara pemilihan yang betul. Salah satunya, tidak digalakkan beli tanpa mengetahui sejarah car seat tersebut.
Sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai, sila ajukan soalan-soalan berikut kepada penjual:
1. Adakah car seat pernah terlibat dalam kemalangan? (Kerusi keselamatan yang pernah digunakan ketika kemalangan telah pun menyempurnakan fungsi utamanya, iaitu melindungi penumpang kanak-kanak, dan tidak boleh digunakan lagi)
2. Berapa lamakah car seat telah digunakan? (Adakah car seat telah tamat tempoh atau menghampiri tarikh luput? Minta penjual tunjuk tarikh pengilangan. Kerusi keselamatan yang telah tamat tempoh mungkin tidak dapat melindungi anak jika berlaku kemalangan)
3. Adakah ia pernah dicuci? (Adakah pembersihan dilakukan mengikut manual – Tidak menggunakan cucian stim, tali keledar tidak direndam, tiada bahan peluntur atau sabun antibakteria digunakan)
4. Adakah car seat mempunyai tanda-tanda kerosakan? (Tanda amaran telah pudar, terdapat kesan terurai pada tali keledar, ada bahagian pecah atau karat)
Kalau rasa ragu-ragu dengan jawapan penjual, lebih baik beli kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru jika ada bajet lebih.
Tiba-tiba hari ini, dapat feedback dari salah seorang penjual kerusi terpakai yang diimport dari Singapura.
Kalau ikutkan saranan CSFTL, banyak lagi yang perlu diambilkira, seperti:
1. Adakah kerusi pernah didaftar masuk (check in) sebagai sebahagian dari muatan bagasi apabila menaiki pesawat? (Adakah pemilik meletakkan car seat dalam kotak khas? Adakah ia diperiksa untuk memastikan tiada sebarang kerosakan selepas mendarat?)
2. Adakah kerusi keselamatan termasuk dalam senarai yang ditarik balik (recall list)? Sebahagian car seat yang ditarik balik memerlukan penggantian dan adakah bahagian yang perlu diganti telah digunakan dengan betul?
Menurut CSFTL, “It essentially comes down to this: would you trust that seat, that seller, with your child’s life?” (Akhirnya, ia bergantung kepada anda. Adakah anda percaya kerusi keselamatan dan penjual itu untuk melindungi anak anda?)
Cara pembersihan alas kerusi keselamatan juga memainkan peranan dalam menjamin fungsi sebuah car seat itu. Sesetengah pengeluar hanya membenarkan cover dicuci secara cucian tangan, tapi ada juga yang benarkan penggunaan mesin basuh.
Apa pula bahan pembersih yang telah digunakan oleh penjual sekiranya pernah mencuci car seat? Jika tersilap basuh, ciri ketahanan api (fire retardant) mungkin hilang.
Rumit bunyinya, bukan? Ini salah satunya alat yang dibeli untuk tujuan keselamatan, jadi banyak faktor perlu diberi perhatian.
Benar, ajal dan maut di tangan Tuhan, tapi kita bertanggungjawab untuk cuba sehabis baik menjaga nyawa dan amanah yang telah diberi.
Jika sudah terbeli kerusi keselamatan terpakai, ambil peluang ini untuk hadiri pemeriksaan bersama Child Passenger Safety Malaysia (CPSM), sebuah organisasi tempatan yang mempunyai peranan yang hampir sama seperti CSFTL.
Mereka boleh dihubungi di carseatcheck@cpsmalaysia.org
Boleh juga ajukan sebarang soalan di Facebook Group Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) – https://www.facebook.com/groups/cpsmalaysia.org/ Jangan lupa jawab ketiga-tiga soalan tapisan untuk kelulusan lebih pantas.
“Aipp kotor” sambil menarik jari bayi dari terus masuk ke mulutnya. Mungkin ini situasi biasa yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai bayi kecil.
Menerusi perkongsian Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah, saintis menggelarkan hisap jari sebagai ‘sofisticated calming tool'(skil bertenang yang canggih):
✔ Kerana pada saat bayi mula pandai hisap jari dan menikmati perbuatan itu, bayi kini telah mempunyai 1 kemahiran menenangkan diri sendiri yang dia boleh buat tanpa perlu bantuan ibu atau alat.
✔ Kerana pandai hisap jari ini memerlukan kemahiran kawalan otot bukan saja untuk membawa tangan ke mulut tetapi juga untuk kekalkan jari di dalam mulut. Maksudnya, untuk pandai hisap jari, ia perlukan otak + otot bayi untuk berkerjasama menjayakannya. Ha, canggih kan?
So, siapa kata hisap jari tak elok. Ini satu bentuk pencapaian bayi mamalia yang perlu di raikan tau!
Bayi telah menghisap jari sejak di dalam rahim maka bayi telah kenal dengan nikmat yang hisap jari berikan.
Setelah lahir, jari sudah tak lagi ada di depan muka anak kerana anak tak lagi duduk berlipat (fetal positioning) seperti di dalam perut. Maka, pada bulan-bulan awal kelahiran, anak berusaha keras mendapatkan kembali skil hisap jarinya yang kini jadi lebih mencabar untuk dikuasai.
Ramai bayi kelihatan minat nak hisap jari bermula usia 2 bulan. Kerana, di usia 8 minggu (+/-), semua bayi manusia mengalami satu perkembangan mental yang di namakan:
Dunia Corak & Bentuk
Maka, anda dapat lihat kadang-kala bayi merenung kertas dinding atau lukisan dinding rumah. Atau menikmati jalur cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap biliknya.
Bayi juga lebih fokus bila memandang muka anda dan nampak berminat nak berborak ‘uh’ ‘ah’ sebagai respon. ‘Uh’ , ‘Ah’ dan bunyi pendek lain yang dapat di hasilkan dari peti suara manusia juga adalah sejenis corak.
Corak & bentuk bukan pada penglihatan dan sensasi luar sahaja. Tetapi juga dalam badan bayi. Maka bayi akan mula suka bermain jari serta mula cuba-cuba hisap jari kerana bayi ‘merasai’ pergerakan di antara tulang dan tendonnya. Lalu, bayi mahu meneroka corak gerakan dan koordinasi otot.
Tetapi, SEMUA perkara di dunia ini ada masa dan tempatnya. Sampai masa, enough is enough.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI DBL INSTITUTE THB EDU ASSC THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEEPSMART EDUCATION BIG LITTLE FEELINGS
Bila anak demam, ibu memang susah hati. Boleh dikatakan semua kerja terbelangkai. Lagi perit bila kena berjaga malam semata-mata nak pastikan anak ok.
Perkongsian dari Dr Ezairy M Sallih mengenai cara yang perlu ibu bapa buat bila anak demam panas boleh membantu. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan anak mengalami sawan dan kekurangan air dalam badan.
Ikuti 7 langkah yang boleh di buat ketika di rumah:
1.Periksa suhu anak
Jangan biarkan anak anda demam terlalu lama. Pastikan anda mempunyai termometer di rumah. Periksa suhu anak anda jika ada tanda-tanda panas tubuh
2.Banyakan beri air suam
Banyakan air suam ketika demam. Ini bagi memastikan anak anda tidak mengalami dehidrasi dan kekurangan air dalam tubuh.
3.Jangan cuba-cuba rawatan tradisional
Ia tidak akan berguna bahkan boleh mendatangkan mudarat jika melewatkan rawatan sepatutnya di hospital.
4.Pastikan anak tidak mengalami sawan
Suhu terlalu tinggi tanpa rawatan awal boleh mengakibatkan serangan sawan berlaku. Perhatikan tanda-tanda seperti kekejangan, mata, dan anggota lain pada anak.
5.Basahkan kepala atau mandikan
Basahkan kepala, badan dan jika perlu mandikan anak anda dengan air. Tak perlu air sejuk. Cukup air suam untuk merendahkan suhu tubuh.
6.Ubat demam
Pastikan anda ada simpan syrup atau supp paraceramol di rumah. Pastikan anda tahu dos sepatutnya melalui ahli farmasi dan doktor. Sekiranya anak demam, berikan mengikut dos sepatutnya. Pastikan atas nasihat mereka yang ahli, bukan sendiri.
7.Bawa jumpa doktor
Jika langkah di atas gagal menurunkan suhu anak anda. Bawa segera ke klinik atau hospital.