Pelakon Faye Kusairi yang kini sedang berada di trimester ketiga kehamilannya meluahkan rasa syukur selepas semakin pulih daripada serangan Bell Palsy yang dialaminya.
Faye yang kini sudah pun memasuki minggu ke 38 kehamilannya, sedang menanti hari untuk melahirkan bayi keduanya.
Menerusi instagram miliknya, Faye berkongsi kisahnya yang dimasukkan ke hospital pada Jumaat dan Ahad lalu dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumahnya.
“Alhamdulillah saya sudah dibenarkan pulang. Saya di masukkan ke hospital sepanjang hujung minggu lalu apabila disahkan mengalami serangan Bell Palsy pada pagi Jumaat ketika sedang menggosok gigi.
“Saya masih belum pulih sepenuhnya tetapi dalam progres. Separuh muka sebelah kanan saya lumpuh sejak Jumaat dan saya masih menjalani rawatan bersama neurologis dan ia semakin pulih.
Ads
“Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit. Syukur alhamdulillah,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Faye juga turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada keluarga dan rakan-rakan yang membantunya sepanjang detik itu.
” Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa bertanyakan khabar saya setiap hari dan beri sokongan pada saya.
Ads
“Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan serta speedy recovery for me juga ok,” katanya lagi.
Pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril reda selepas isterinya, Dr Azura keguguran buat kali kedua.
Difahamkan kandungan Dr Azura baru berusia lima minggu. Bagaimanapun, Dr Say mengharapkan orang ramai dapat memberi sokongan moral kepada isterinya.
“8 November baru ni, bini missed periodnya. Buat pregnancy test, Alhamdullilah positif. Semestinya kami happy sungguh sebab kami memang plan nak anak dekat-dekat macam Ace & Sef.
“Masa bini tahu yang dia pregnant Sef dulu, Ace was setahun 6 bulan. Pregnant kali ni sedikit awal, Sef setahun 3 bulan masa bini tahu dia pregnant.
“Tapi saya tak bising-bising yang bini saya pregnant sebab bini pernah mengalami keguguran pertama masa dia 13 minggu mengandung. Masa tu Ace was setahun 3 bulan, sebijik macam keadaan sekarang. Kali ni jugak bini perasan pregnancy dia “lain” sikit,” kongsinya.
Isteri dapat agak kandungan tak jadi
Tambah Dr Say, bini saya kalau mengandung alahan dia tak kuat sangat, tapi gastric dia kuat, sakit kepala berdenyut kuat. Kali ni simptom dia tengah-tengah, gastric tak berapa kuat, sakit kepala tak berapa kuat.
“Bini saya keep on saying “macam tak jadi je pregnancy ni”. Saya seperti biasa “lets not think about it & just go with the flow” tapi wanita lebih mengetahui badan masing-masing, katanya.
Pasti ada rezeki lebih baik Allah nak bagi
Jumaat minggu lepas, apa yang kami takutkan tiba. Bini turun darah. Agak banyak kuantitinya which means, bini keguguran untuk kali kedua. Semestinya dia sedih yang teramat tapi saya tahu Allah has a better plan for us.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya & mungkin kali ni Dia nak kami take our time, manjakan dulu Ace & Sef, bagi dalaman bini sembuh dulu sebelum Dia kurniakan kami rezeki seterusnya.
Kesimpulan kisah ni, kadang-kadang things dont go the way we want it to be tapi whenever that happens, always look back on the things that you have. Kalau tak, arini tepat 6 minggu bini mengandung tapi Allah lagi menyayangi anak kami. Doakan kami ye peeps? Baby girl sorang pastu tutup huhu.
Demi mendapatkan zuriat sendiri, setiap pasangan akan mencuba pelbagai kaedah termasuklah rawatan kesuburan seperti In-Vitro Fertilisation atau IVF. Namun dalam usaha untuk melakukan rawatan tersebut, wanita khususnya perlu memastikan kesihatan diri dalam keadaan yang baik.
Pelawak Achey memberitahu bahawa isterinya perlu mendapatkan berat badan yang ideal terlebih dulu sebelum menjalani rawatan kesuburan, persenyawaan in-vitro (IVF).
Justeru, kata Achey, isterinya kini sedang giat bersukan termasuklah aktiviti berbasikal seperti yang dipraktikkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum melakukan prosedur IVF.
“Untuk buat IVF ini, orang rumah saya kena utamakan kesihatan dirinya dulu. Dia kena turunkan berat badannya. Kena steady dulu.
“Benda yang dia ikut adalah macam Tokti. Tengok macam mana Tokti nak dapat Aafiyah, sukan tak berhenti. Itu yang dia berbasikal untuk kuruskan badan sedikit,” katanya portal hiburan Gempak.
Achey ditemui sewaktu pelancaran produk makanan ringan DoryLicious di Gombak, Selangor baru-baru ini.
Menurut Achey lagi, kemungkinan prosedur rawatan tersebut akan dilakukan paling awal pada tahun depan.
Katanya, dia dan isteri akan tetap meneruskan rawatan tersebut biarpun sedia maklum dengan sebarang kemungkinan termasuklah keberangkalian untuk prosedur IVF itu gagal.
“Orang rumah saya pun dah bersedia. Saya tetap akan teruskan (walau tahu ada kemungkinan boleh gagal). Kami sudah hampir 10 tahun tak ada hasil. Jadi, sekurang-kurangnya kita mencuba.
“Kalau gugur sekalipun, sekurang-kurangnya ‘benda’ itu dah duduk dalam (rahim). Setidak-tidaknya merasa,” katanya.
Terdahulu, Achey memaklumkan bahawa mereka mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi IVF. Ia merupakan antara usaha menimang cahaya mata sendiri selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018.
Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.
Semoga usaha Achey dan isteri untuk mendapat zuriat sendiri berhasil. Sama-sama kita doakan untuk mereka.
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tatkala diri sedang hamil, sel kanser pula menyerang. Cabaran getir dilalui ibu ini dalam melakukan rawatan dan dalam masa yang sama menempuhi kehamilan sehingga bersalin.
Puan Rossimah Mohamed, ketika itu tidak menjangka bengkak pada bawah payudara yang dikesan semasa temujanji prenatal. Ibu tabah ini juga telah melalui ujian saringan mammogram mengesan kanser tersebut dan dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Disebalik perjuanganya melawan kanser, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah apabila kehamilanya dapai diteruskan sehingga bersalin.
Ibu ini telah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma episod 10, Kehamilan & Kanser yang telah disiarkan di pada 14 Mei 2019, di Astro Prima & Astro Prima HD.
ADA KETULAN DI BAWAH PAYUDARA KIRI
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengimbau kembali detik awal kehamilannya pada tahun 2015 di mana dia melalui ujian untuk memulakan pemeriksaan antenatal & rekod kehamilannya di sebuah klinik.
“Jururawat yang memeriksa mendapati ada ketulan pada bahagian bawah payudara kiri. Doktor mengesahkan ada ketulan dan membuat surat rujukan untuk refer ke hospital.
“Saya terus hadir ke hospital dan dalam masa 3 hari saya hadir untuk membuat ujian biopsi. Setelah 3 minggu, keputusan ujian mendapati saya mengalami kanser payudara tahap 2.
“Doktor menasihatkan saya untuk membuang ketulan atau membuang keseluruhan payudara. Saya berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk membuang kesemuanya kerana tidak mahu memgambil risiko pada masa akan datang,” kata Rossimah kepada Pa&Ma.
DUA OPSYEN YANG SUKAR, SAMA ADA GUGURKAN ATAU TERUSKAN KANDUNGAN
Manakala untuk kandungan, ibu ini diberikan dua opsyen yang dicadangkan oleh doktor. Ia adalah pilihan yang sukar iaitu sama ada untuk meneruskan atau untuk menggugurkan kandungan. Semasa proses pembedahan membuang ketulan tersebut, dia perlu dibius keseluruhan (bius am- general anesthesia) dan ini merisikokan bayi tidak mendapat oksigen.
Setelah mempertimbangkan segala-galanya, Rossimah dan suami memilih untuk meneruskan kandungan zuriat kedua mereka walau pun dirinya bakal menempuhi pelbagai cabaran rawatan barah.
LALUI KIMOTERAPI SEBANYAK ENAM KALI
Selepas pembedahan, Rossimah dirujuk ke Institut Kanser Negara dan beliau telah melalui rawatan kimoterapi sebanyak enam kali. “Semasa kimoterapi, bayi masih dalam kandungan. Saya day care, maksudnya ambil ubat pada sebelah pagi dan tengah hari saya sudah boleh pulang.
“Untuk kimoterapi 5 dan 6, saya melalui operation untuk percepakan proses radioterapi. Bayi saya pula, doktor beritahu ada masalah pada plasenta. Bagi ibu hamil plasenta makin lama makin membesar. Namun bagi saya, plasenta makin lama makin mengecut. Kesan daripada radioterapi itu, perkembangan kaki anak saya tidak berkembang dengan baik. Kakinya tidak lurus, ia membengkok sedikit,” kata Rossimah.
EMOSI TERTEKAN TAPI ROSSIMAH TERUS KUAT
Ibu juga turut mengakui emosinya terganggu. “Ketika rawatan kimoterapi pertama, saya tak boleh bangun. Kimoterapi pertama rambut gugur dengan banyak. Saya berasa sangat sedih tapi suami berikan kekuatan & dorongan. Mesti ada hikmah di sebalik semua ini.
“Ketika kimoterapi yang ketiga, saya minta suami botakkan sepenuhnya kepala. Saya tidak sanggup melihat keadaan rambut yang gugur. Saya nampak segenggam rambut di bilik air, bila ternampak luka pada dada saya menangis. Alhamdulillah suami sangat menyokong. Suami kata jangan menangis. Kalau menangis kasihan pula bayi. Kata suami, kalau sayangkan anak-anak saya perlu kuat teruskan hidup,” kata Rossimah.
MELAHIRKAN PADA USIA KANDUNGAN 36 MINGGU
Ibu ini akhirnya selamat melahirkan secara pembedahan walau pun bayinya pramatang pada usia kehamilan 36 minggu. Si kecil lahir dengan berat 2.4kg dan mengalami sedikit masalah pada kedua-dua belah kaki iaitu club foot.
Biar pun dilahirkan tidak cukup bulan, anak keduanya itu membesar dengan sihat dan kini sudah boleh berjalan & berlari tanpa masalah. Tatkala mengenang kembali pahit manis ibu ini sempat berpesan sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling amat mustahak.
KENA HAPPY SELALU
“Kena happy. Kasih sayang dan kegembiraan adalah satu ubat. Saya tidak bergantung 100% kepada ubat. Saya nasihatkan kepada semua pesakit kanser supaya bangun dan bangkit. Jangan bersedih, menyalahkan diri sendiri dan orang lain. Mintalah pertolongan kepada Allah supaya boleh terus hidup,” katanya.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kanser dan kehamilan, bagaimana ia banyak terjadi semasa wanita hamil, boleh ikuti siaran Pa&Ma 14 Mei 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!