Selepas menginjak usia setahun dan berjaya melepasi fasa kritikal sebelum ini, perkembangan Ainul Mardhiah dari sehari ke sehari menunjukkan perkembangan positif. Bukan walid dan mamanya sahaja gembira, semua yang mengikuti perkembangan sejak awal pun senang hati.

View this post on Instagram

?

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Menerusi perkongsian walid dan mamanya di instagram mereka, menunjukkan perkembangan terbaru adik Ainul yang semakin aktif dan mula belajar untuk duduk.

Nampaknya Ainul semakin aktif dan banyak perkara baru yang sudah boleh dilakukan. Menurut mama Ainul, Nurul Erwani, anaknya baru baik demam dan selepas demam mula menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit untuk mula duduk dan memusingkan kepala ke kiri dan ke kanan apabila orang panggil namanya.

“Ainul dah baik dari demam. Doakan Ainul sihat sihat ya. Demam nak besar ni sebenarnya. Duduk pun dah tegak kepala”.

IKLAN

Kongsi bapanya, jika dulu Ainul hanya mampu terbaring, kini buah hati rakyat Malaysia itu semakin kuat dan pandai bagi reaksi apabila namanya dipanggil.

Kalau dibandingkan dengan sebelum ini, keadaan Ainul lebih berisi dengan mukanya yang semakin bulat, rambut semakin lebat dan keadaan kesihatannya semakin stabil.

Bagi memberi peluang untuk Ainul belajar duduk dengan stabil juga, pihak hospital turut memberi kerusi khas untuk Ainul belajar stabilkan kedudukannya secara berperingkat.

IKLAN

BACA [Setiap Anak Ada Rezeki. Jangan Tanya Kenapa Tak Pandai. Selagi Boleh Didiklah Sebaiknya]

Siapa sangka dari hanya terbaring dan mengelipkan mata sahaja sebelum ini, kini sedikit demi sedikit perubahan Ainul mampu memberi senyuman buat kedua ibu bapanya untuk terus menjaga dan membesarkan cinta hati mereka.

IKLAN

Sebelum ini Ahmad Safiuddin juga menjelaskan doa orang ramai yang sentiasa tak putus juga salah satu sebab Ainul terus kuat dan membesar dengan baik dan memberi aura positif dalam dirinya walaupun tak boleh nak ucap dengan kata-kata.

Semoga perubahan ini akan jadi satu langkah ke hadapan bagi Ainul dan dapat keluar hospital dengan cepat untuk menjalani kehidupan bersama seluruh ahli keluarganya selepas ini.

Sumber: IG Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI