Dedahkan bayi anda yang sudah berumur 6 bulan pada ‘messy play’ atau ‘mainan kotor’ walaupun hakikatnya kebanyakan ibu ayah tak suka anak mereka main kotor atau kelihatan comot.
Tetapi tahukah anda betapa pentingnya bayi dibiasakan bermain kotor sejak kecil. Apa kaitanya dengan perkembangan anak? Perasan tak ramai kanak-kanak sekarang geli dan tak suka pegang benda-benda kotor? Ini kerana ibu bapa sudah terbiasa menghalang anak mereka daripada menyentuh benda yang kotor.
Menurut Puan Liyana Raya seorang Occupational Therapist, ini akan mengakibatkan mereka tidak dapat mengurus emosi dengan baik lalu menyebabkan tingkah laku yang melampau dan tidak hairan juga mereka susah fokus. Baca selanjutnya kenapa pentingnya ‘messy play’ kepada si kecil.
Dedahkan bayi dengan ‘messy play’ dan berikan banyak rangsangan terhadap deria sentuhannya (melalui kulit) sekerap yang boleh.
‘Perjalanan’ maklumat ke otak akan lebih bagus jika kulit banyak dirangsang,walaupun sejak baby lagi. Baby saya sudah berusia 6 bulan, dan saya mulakan aktiviti ‘messy play’ sejak usianya 6 bulan.
Memang pada fasa ini, bayi suka memasukkan benda ke dalam mulut. Itu normal. Untuk bagi benda masuk dalam mulutnya, bagilah soft toys yang bersih dan selamat. Lagipun memasukkan benda ke dalam mulut amat elok untuk membantu otot mulut bersedia ke arah proses percakapan dan ianya perlu konsisten dijalankan, kalau boleh hari-hari pun spend masa untuk bagi.
Ads
Semakin baby meningkat usianya,selari dengan usianya sesuai untuk makan,baby sudah boleh membezakan benda apa yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan dan begitu juga dengan fungsi objek yang tidak boleh dimasukkan ke dalam mulut.
Begitu juga dgn kulitnya. Rangsangan harus diberikan secara konsisten tidak kisahlah kulit di bahagian tangan mahupun kaki.
Cuba lihat video baby saya yang sedang bermain shaving foam yang dicampur dengan kacang hijau. Baby saya masih di fasa memasukkan objek ke dalam mulut namun sudah boleh makan solid food. Pada fasa ini, saya mulakan dengan memberikannya bermain ‘messy play’ seperti ini dan saya pegang tangannya supaya tidak memasukkan shaving foam ini ke dalam mulutnya. Saat jarinya bersentuh dengan tekstur ini,baby saya sudah boleh menggerakkan jari jemarinya dan ini adalah satu proses yang bagus untuk membentuk kemahiran motor halus yang membantu kemahiran menulis di kemudian hari!
Ads
Kakinya juga saya rangsang secara santai sahaja. Sambil menghirup udara segar di taman tasik,sambil saya berikan rangsangan sentuhan rumput dan tanah. Ini dilakukan secara santai sahaja. Saat kakinya menyentuh rumput, jari jemari kakinya mencengkam tanah dan boleh membantunya utk ‘grip’ permukaan apabila mula berjalan kelak.
Kotor? Jangan fikirkan demikian! Saya tidak pernah berikan pemikiran kotor terhadap perkara-perkara seperti ini namun anak ketiga saya, iaitu kakak kepada baby ini yang berusia 3 tahun pun boleh ada persepsi sedemikian yang mana kalau tidak dirawat dengan baik akan menjadikannya seorang yang obses dengan kebersihan!
Ads
Lihat pada video anak ketiga saya itu. Oleh kerana saya ibu yang sibuk, ada masanya saya terlupa memberikan ‘messy play’ yang kerap kepada anak ketiga saya ni. Masa anak pertama dan kedua dulu saya rajin sebab masa tu saya banyak kerja sebagai free lance. Jadinya anak pertama dan kedua tiada masalah. Cuma saya tahu anak ketiga saya memang ada isu Tactile Sensory Processing Disorder sejak baby.
Tapi disebabkan saya jarang bagi rangsangan secara konsisten,maka begitulah jadinya. Tapi saya bersyukur juga sebab dapat tunjuk inilah tingkah laku anak-anak yang saya jumpa apabila mereka tak boleh tolerate dengan benda-benda kotor. Bukan anak autism je tau react macam ni! Ni anak tipikal saya ni! Anak tipikal saya yang boleh bercakap macam biasa, boleh pegang pensil dan buat aktiviti-aktiviti hariannya dengan baik pun masih ada isu seperti ini.
Jangan pandang mudah. Sekarang anak saya akan ikuti kelas Early Intervention Program di centre saya secara konsisten. Nampak gaya hari-hari la kena join aktiviti. Tak boleh ikut saya lagi dah buat kerja-kerja management.
Apa pun jangan pandang remeh dengan isu geli ataupun kotor pada anak. Nak bentuk sistem ketahanan badan,kena juga dedahkan dengan benda-benda yang dianggap kotor ni. Islam dah gariskan panduan mencuci najis kepada 3 peringkat. Ikut saja kalau terkena benda kotor.
Lega boleh expose masalah yang biasa saya hadapi dengan anak-anak SPD kepada umum sebab anak sendiri pun ada jugak.
Bila gigi pertama bayi mula tumbuh, itu tanda si kecil sedang melalui satu lagi tahap perkembangan yang penting! Walaupun saat ini sangat menggembirakan, ia juga boleh jadi mencabar kerana bayi mungkin rasa tidak selesa atau mudah meragam. Jom kita fahami apa sebenarnya berlaku semasa proses ini dan bagaimana ibu bapa boleh bantu bayi lebih tenang dan selesa.
Bila Gigi Pertama Mula Tumbuh?
Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi pertama sekitar umur 6 bulan, tapi ada juga yang seawal 4 bulan atau lambat sedikit hingga umur 12 bulan. Gigi pertama yang muncul biasanya adalah dua batang gigi bawah di tengah (gigi insisor tengah bawah).
Tanda-Tanda Bayi Sedang Tumbuh Gigi:
Kerap mengigit atau menggigit jari/mainan
Air liur meleleh lebih dari biasa
Suka menggosok atau menarik telinga
Gusi nampak bengkak atau kemerahan
Lebih mudah meragam atau tidak selesa
Kadang-kadang demam ringan (tetapi bukan demam tinggi)
Cara Legakan Gusi Bayi Yang Sakit:
Teether Sejuk Simpan teether di peti sejuk (bukan peti beku) dan beri bayi gigit — ia bantu kurangkan bengkak dan sakit.
Urut Gusi Dengan Jari Bersih Gosok perlahan gusi bayi menggunakan jari yang bersih untuk beri kelegaan sementara.
Lap Air Liur Berlebihan Selalu lap air liur yang meleleh untuk elak ruam di dagu atau leher.
Tuala Sejuk Boleh beri bayi gigit tuala kecil yang dibasahkan dan disejukkan — selamat & menenangkan.
Elak Guna Gel Gigi Tanpa Nasihat Doktor Jangan guna sebarang produk sapuan yang mengandungi bahan kebas (numbing agents) tanpa nasihat doktor.
Walaupun gigi masih belum tumbuh sepenuhnya, kebersihan mulut tetap penting. Bersihkan gusi bayi setiap hari menggunakan kain lembut yang dibasahkan. Bila gigi pertama muncul, mulakan memberus gigi dengan berus gigi bayi dan air bersih — tanpa ubat gigi dahulu. Elakkan bayi tidur sambil menyusu botol kerana ia boleh menyebabkan kerosakan gigi awal (early childhood caries). Penjagaan awal ini bantu biasakan si kecil dengan rutin kebersihan mulut sejak bayi lagi.
Tumbuh gigi adalah proses semula jadi dalam perkembangan bayi — walaupun kadangkala mencabar, ia akan berlalu. Dengan sokongan, perhatian, dan kesabaran ibu bapa, si manja akan kembali ceria dan tersenyum manis dengan sebatang gigi comel yang pertama!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berapa ramai ibu bapa tahu aktiviti tummy time untuk bayi baru lahir sampai usia 3 bulan adalah penting untuk perkembangan mereka lebih ke hadapan.
Tetapi kadangkala kecanggihan pelbagai peralatan bayi seperti baby rocker automatik membuatkan ramai para ibu memilih untuk meletakkan bayi di situ berbanding membuat pelbagai aktiviti atau rangsangan bersama si manja.
“Seronok ada baby rocker automatik ni. Baby aku sepanjang hari duduk dalam ni. Senang aku nak buat kerja rumah!”
Kalau ada ibu yang baru dapat bayi dan berfikiran begini, baik anda pertimbangkan semula apa yang anda lakukan. Ibu dan ayah, tolong jangan seronok dan berbangga sangat dengan “diamnya” bayi bila menggunakan peralatan moden yang dikatakan memudahkan bayi untuk tidur dan kurang menangis.
Sebenarnya, penggunaan perlatan moden tersebut perlu dikurangkan atau tak perlu terutama pada tiga bulan awal usia bayi. Konsultan Jurupulih Pekerjaan (Occupational Therapist), Puan Liyana Raya dalam facebooknya sangat-sangat menekankan kepada para ibu bapa supaya melebihkan letak bayi di atas lantai atau dada berbanding membiarkan mereka di dalam baby rocker, buaian dan sebagianya.
Baby rocker memang mudahkan tugas ibu
Kenapa? Bacalah selanjutnya penerangan beliau.
Tummy time for baby.
Sepanjang bayi lahir sampailah ke usia 3 bulan,please please please!!!
Kurangkan penggunaan buaian,baby rocker,baby court,atau apa saja peralatan moden.
Lebihkan tummy time.
Biarkan bayi di atas lantai,atas dada anda,’babywearing’ yg betul menggunakan wrap atau ring sling,bayi diposisikan ‘tummy to tummy’ dengan anda,atau apa saja posisi tummy time asalkan ianya tummy time!
Tummy time juga dikenali sbg floor time.
Kenapa?
Sebab Allah ciptakan graviti. Bayi harus menggunakan otot2 badannya utk melawan graviti. Graviti ada di atas lantai utk bayi. Semua ni demi perkembangan motor kasar dan halusnya.
Dan demi banyak perkembangan lain lagi.
Bukan tak boleh dukung dengan kerap. Bukan tak boleh letak dlm buaian atau baby rocker atau baby court terus.
Flashcard? Big NO at this age. Sesiapa yg menunggu masa utk bersalin sama seperti saya,please jangan sesekali ada pemikiran seperti ini dalam kepala anda.
Ikut perkembangan bayi seperti fitrahnya. Jangan dibuat penambahan melainkan ‘follow the flow of baby’s developmental milestone’.
Ini akan saya explain panjang lebar dlm live video yg saya plan nak buat lepas bersalin nanti. Anda boleh tengok apa aktiviti saya dan bayi ketika usia 0-3 bulan.
Sumber: Liyana Raya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Syatilla Melvin, bersyukur anak keduanya yang dilahirkan pada 17 April lalu, Sarima Samheizy, tidak banyak kerenah dan mudah untuk dijaga.
Menurut bintang Dia Isteri Luar Biasa itu, keadaan terbabit membolehkan dirinya menjalani proses berpantang dengan lancar.
“Alhamdulillah, anak perempuan saya senang untuk dijaga. Dia cuma akan menangis apabila lapar dan ketika dimandikan. Pendek kata, susah nak dengar suaranya sebab dia tidak merengek tanpa sebab. Pada sebelah malam pula, Sarima selalunya akan tidur lena selama dua atau tiga jam sebelum bangun untuk menyusu.
“Sama seperti ketika menjaga abangnya dahulu, Syeriv, saya bertuah kerana dapat berpantang tanpa banyak gangguan kerana mengambil khidmat bersalin.
“Sekurang-kurangnya sepanjang tempoh 44 hari berpantang adalah orang membantu menguruskan si kecil. Sekiranya tidak larat atau sebagainya, mereka mengambil giliran untuk membantu memberikan susu pada sebelah malam,” katanya.
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 28, dan Shaheizy Sam, 36, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy, pada 9 Mei 2017.
Syatilla juga berhasrat menunggu sehingga puterinya berusia enam bulan sebelum menerima sebarang tawaran lakonan.
“Tunggulah sehingga Sarima sudah berusia enam bulan ke atas, barulah saya akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran. Bukan apa, seperti sebelum ini, saya sedih apabila terpaksa berenggang dengan Syeriv yang masih kecil,” katanya yang sehingga kini belum menayangkan wajah puterinya itu kepada peminat.
Syatilla turut memberitahu, buat waktu ini dia sibuk mengendalikan perniagaan kosmetik, Kekasih, yang diasaskan bersama adik-beradiknya. Produk berkenaan baru sahaja dilancarkan pada 1 Mei lalu.
"Tak siapa sangka, rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah."Awal pagi tadi, ketika kebanyakan daripada kita masih...