Seorang ibu dan bayinya berusia lima bulan dijumpai meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat enam Hospital Lahad Datu, semalam.

Dalam kejadian itu, ibu muda berumur 16 tahun, dan bayi perempuannya ditemui terbaring setelah terjatuh dari ketinggian kira-kira 60 meter oleh seorang pengawal keselamatan bahagian bawah hospital jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum insiden itu seorang doktor wanita telah mengarahkan oksigen pernafasan anak mangsa ditanggalkan kerana keadaan pernafasan sudah normal.

Mulanya Nak Ke Tandas Tapi Ibu Dan Bayi Dijumpai Maut Jatuh Tingkat 6 HospitalMenurutnya, mangsa kemudian kelihatan mendukung anaknya dan berlegar-legar di kawasan wad sebelum meminta izin kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu itu untuk masuk ke tandas.

“Lebih kurang jam 7.30 pagi, pengawal keselamatan di bahagian bawah hospital memaklumkan ada pesakit terjatuh bersama anaknya.

IKLAN

“Manakala pemeriksaan pengawal keselamatan di tandas pula memaklumkan mangsa telah terjatuh bersama anaknya dari tingkat enam.

“Ambulans kemudiannya telah bergegas ke tempat kejadian namun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan bahagian badan, kepala dan kaki,” katanya.

IKLAN

Mulanya Nak Ke Tandas Tapi Ibu Dan Bayi Dijumpai Maut Jatuh Tingkat 6 Hospital

Bayi dirawat di hospital kerana jangkitan kuman paru-paru

IKLAN

Menurut Nasri, siasatan awal mendapati anak mangsa telah dirawat dalam wad akibat jangkitan kuman di paru-paru selama 11 hari.

Katanya, siasatan menunjukkan mangsa telah masuk ke tandas bersama anaknya namun disyaki terjatuh melalui tingkap tandas.

Siasatan lanjut diteruskan untuk mengetahui punca mangsa jatuh bersama dengan anaknya.

Sumber: Utusan Borneo

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI