Siapa sangka disebabkan korek telinga, anak kecil ini terpaksa menahan sakit kerana disahkan bell palsy.

Akibat daripada itu mulut si kecil ini menjadi senget. Bagaimanapun tindakan awal dan dirujuk kepada pakar kanak-kanak telah berjaya membantunya pulih.

Ikuti perkongsian dari Maizatul Amira iaitu ibu saudara kepada Khayla Nur Khadeeja. Semoga menjadi peringatan bersama.

Assalamualaikum . Ramai yang pm Mai pasal anak saudara Mai yang sakit #bellpalsy haritu. So Mai dah minta permission mama dia untuk share tentang penyakit Lala untuk share dengan ualls.

Mulut Dan Muka Senget, Saraf Telinga Dijangkiti Kuman. Jangan Suka-Suka Korek Telinga Anak!

Seminggu sebelum Lala sakit dia demam dalam dua hari. Then kita bagi ubat demam je sebab memang selalu spare kat umah lagipun klinik jauh. Jarang bawa pergi klinik kerajaan sebab malas nak tunggu. So kita bagi je ubat beli kat klinik swasta tanpa cek demam dia tu sebab apa. (Sepatutnya kena cek )
Lepas dia makan ubat tu sihat. Main macam biasa dengan Annur.

30.1.2018
Malam tu dia selalu gosok-gosok mata dia. Mata dia berair macam gatal. Saya yang jaga dia masa tu. Saya basuh muka dia dengan air bersih takut kena habuk or apa-apa. Tapi still gosok mata. Tak lama lepastu dia main dengan Annur die gelak-gelak kitorang tengok mulut dia senget. Dan dia selalu pegang bibir dia. Kitorang ingat dia saje buat mulut senget. Siap buat lawak lagi ikut dia buat mulut senget. (Tak lawak ok) dia memang sakit. Sorry Lala.

Mulut Dan Muka Senget, Saraf Telinga Dijangkiti Kuman. Jangan Suka-Suka Korek Telinga Anak!

IKLAN

31.1.2018
Pagi dia bangun tidur nangis-nangis macam tak selesa. Selalunya dia bangun tidur diam je.. Baring kadang-kadang nyanyi lagu.. mak saya dukung Lala tanya dia nak apa..semua dia tak nak dan dia nangis-nangis makin kuat. Masa tu nampak mulut dia bertambah senget dari malam tadi.. Bila nangis mata dia tak tertutup dua-dua belah mata. Abah dah bising suruh siap-siap pergi klinik sekarang. Masa diorang pergi klinik saya tak ada. Dia orang pergi klinik kat Segamat (klinik utama) doc tu terkejut dia cakap tak pernah handle kes mcm ni. So dia buat surat refer kecemasan Hospital Segamat. Then MA cek dia cakap gusi bengkak. Dia bagi ubat antibiotik. Kena makan sampai habis.

1.2.2018
Kita orang macam tak puas hati MA tu cakap gusi bengkak. Then mama Lala search klinik swasta yang ada pakar kanak-kanak. Dia orang pergi klinik mesra dekat jalan genuang. Doc Cina cek. Doc cek suhu badan, telinga n tekak. Dia ckp mmg sakit bell palsy dalam bahasa Melayu sakit saraf ke-7. Doc cakap punca sakit Lala ni sebab korek telinga mungkin terkena urat telinga. Apa yang doc cakap tu macam betul sebab sebelum sakit tu memang ada korek telinga dia. So maybe telinga dia bernanah dan kuman datang dan makan saraf muka sebab tu saraf muka mati dan muka jadi senget sebelah. Doc bagi 3 jenis ubat. Steroid dan lagi dua tak ingat. Doc cina tu bagi masa 4 hari untuk follow up semula.

Mulut Dan Muka Senget, Saraf Telinga Dijangkiti Kuman. Jangan Suka-Suka Korek Telinga Anak!

5.2.2018
4 hari lepas tu cek balik kat doc klinik mesra cek semula dia kata tak ada perubahan. Masa tu rasa sedih sangat. Doc suruh stop ubat dan refer HKL. Tapi kita orang tengok macam dah kurang sikit mulut Lala senget lepas makan ubat tu. Untuk keselamatan ikut cakap doc pergi HKL mlm tu jugak.

6.2.2018
Pagi-pagi lagi pergi HKL. Bahagian kecemasan dan MA tu cakap sakit gusi. Dia bagi antibiotik dan surat refer bahagian paed. Tp tak sempat masuk paed sebab dah tutup awal. So continue esok.

IKLAN

7.2.2018
Pergi HKL bahagian paed. Datang awal kalau nak balik awal. So diorang datang kul 7 pagi tu pun dapat no 4. Ada yang lagi awal dari dia orang haha.. so cek dengan pakar kanak-kanak.. Doc tu cakap memang sakit bell palsy.  Dan dia tanya kenapa stop ubat yang klinik swasta bagi tu.. kita orang cakap doc swasta takut sakit lain kalau continue ubat tu. Doc HKL cakap bell palsy memang selalu jadi lepas budak-budak demam. Masa tu virus senang merebak. Lala jenis antibodi lemah dan cepat sangat demam.. So doc bagi antibiotik dan steroid jenis tablet. (Fikir macam mana nak bagi pil kat lala) kena makan dalam masa dua minggu. 13.3.2018 follow up utk tgk perubahan.

Mulut Dan Muka Senget, Saraf Telinga Dijangkiti Kuman. Jangan Suka-Suka Korek Telinga Anak!

Malam tu start makan ubat pil. Sebiji pil kecil tapi pahit sangat. Campur dalam air gula, sup tetap terasa pahit dia.. yang tua pun tak boleh telan inikan pula budak kecik.. malam tu memang tak dpt mkn ubat pil tu.. lala mkn antibiotik je. Huhu

8.2.2018
Mama cari ubat yang sama macam klinik mesra bagi kat klinik kawan dia. Alhamdulillah ada yang sama macam tu. Lala boleh makan dengan baik.. dia nangis tak nak sebab pahit tapi tak sepahit pil tu..haha sian lala. Dengar die nangis merayu-rayu tak nak makan ubat kesian sangat. Hakak mmg lari jauh dah nanti hakak hujan huhu.

IKLAN

22.2.2018
Ubat dah habis. Kitorang nmpk banyak perubahan kat mulut lala. Mata pun dah berkelip sekata. Cakap pun tak senget-senget mulut. Alhamdulillah.

13.3.2018
Check up doc. Alhamdulillah Lala dah sihat sepenuhnya tak perlu datang hospital dah. Masa tu rasa bersyukur sgt.. dan semoga tak kan datang hospital dah smpai bila-bila.

Moral : Jangan terlalu obses nak korek telinga anak.. nanti tahi tu keluar sendiri..bersihkan yang terkeluar tu je..bahaya untuk kanak-kanak..Dia orang tak tau nak explain sakit macam mana. So beware ok!

Moral : kalau demam terus pergi cek jangan tangguh. Jangan suap ubat sesuka hati. Kita tak tau sakit dalam badan dia.

Tq kawan-kawan yang doakan lala. Allah makbulkan doa kita. Kawan-kawan Mai dari bff, yang kerja nurse, pharmacist, tqsm sebab beri tunjuk ajar macam mana nak bagi ubat kat lala.. tq tau..

Sape nak share boleh share..ingatan untuk kita semua.

Sumber: Maizatul Amira

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI