Sama-sama bekerja, tidak dinafikan penatnya juga sama rata. Suami letih, isteri apatah lagi. Bila balik ke rumah, ada pula kerja yang menanti. Nak uruskan anak-anak, perlu memasak dan mengemas. Sebenarnya tertekan juga kalau berterusan tanpa dibantu. Sebab itulah, suami kena lebih berteoleransi dan rajin membantu, bukan hanya kecam saja kalau balik tu tengok rumah bersepah atau anak-anak masih belum sempat dimandikan.
Dari bising mulut membebel dan menyakitkan hati si isteri, eloklah kalau anda bantu dia. Kalau lihat rumah bersepah, bantulah mengemas. Kalau anak-anak masih belum mandi, tolonglah mandikan. Atau paling tidak sekurang-kurangnya tiba waktu malam nak tidur tu, urutlah sikit badan isteri tersayang. Bukan ke harmoni rumah tangga bila saling memahami?
Begitu juga dengan perkongsian Ariff Ismail, yang bercerita tentang topik ini:
MANA CUKUP MASA NAK BUAT SEMUA KERJA
” Bang baju nanti hantar dobi la I tak sempat nak basuh”
” B kita makan luar lah, sayang tak larat lah nak masak “
Tak asing lagi pada masa kini suami isteri sama sama bekerja. Bila masing masing ada kerjaya mesti akan ada satu masalah, iaitu pengurusan masa untuk urus kan rumah tangga dan anak anak.
Mula lah drama dan ada yang membawa kepada pergaduhan dan perselisihan faham. Suami menuding jari kepada isteri, isteri tuding jari pada suami.
Ads
Silap hari bulan mahu melayang periuk belanga. Untuk penyelesaian ramai yang pilih jalan makan kat luar je lah. Baju kita hantar dobi. Bila tak buat kerja sama sama dan makan air tangan isteri atau suami itu yang buat hilang kemanisan rumah tangga.
Jom saya share kan macam mana untuk kita sentiasa cukup masa untuk urus rumah tangga bersama sama.
1. BUAT JADUAL KERJA RUMAH Hidup sebagai suami isteri kenalah tolak ansur, kena saling bantu membantu. Untuk memudahkan urusan kita buat jadual kerja untuk memastikan rumah tangga diselaras dengan baik.
Isteri dah balik rumah memasak dan jaga anak, kita tolong isteri lipat baju dan mop lantai. Bila buat kerja sama sama dan saling bantu membantu ini akan dapat menambah keharmonian rumah tangga.
Ads
2. SIAPKAN BARANG MASAK Nak masak ni mudah, nak siap kan barang tu yang leceh. Mana nk keluarkan lauk basah, nak kupas bawang nak siang ikan. Untuk lancarkan kerja ni mudah sahaja. Buat siap siap bila nak masak terus keluar dan campakan dalam kuali tadaaa siap masak.
Luang masa hujung minggu untuk kupas bawang, mesin cili, siang ikan dan sebagainya. Masukan dalam bekas kecil untuk satu kali memasak.
Kisar cili, bawang merah, bawang putih siap siap. Simpan dalam bekas, nak balik masak senang dan jimat masa. Boleh juga masak cili kering dan bawang sebagai pes. Nak masak tinggal masukan je lauk basah.
Ads
Ayam, ikan udang, daging dan lauk lauk yang lain bungkus dalam bekas kecil untuk satu bahagian masakan. Inshaallah lebih cepat kita boleh siap kan masakan.
3. PERSIAPAN PAKAIAN Ini lah yang paling ngeri bila baju dah belonggok setinggi gunung, mana yang tak basuh lagi mana yang dah basuh tak berlipat. Boleh lemas dalam kain baju. Mudah je, bila kita bekerjasama semua kerja akan jadi mudah. Isteri dah basuh kita tolong sidai, tak jatuh maruah jiran nampak kita sidai baju bini.
Bila suami dah tolong sidai, isteri tolong angkat, masa malam kita lipat sama sama sambil tengok tv. Inshaallah yang berbukit tu akan jadi tanah rata.
Bila bab urusan rumah tangga ni, tak susah cuma perlu kerjasama dan sikap tangungjawab suami dan isteri. Bila kita bersama lakukan kerja jadi lebih cepat dab menambah nilai kasih sayang dalam keluarga.
Pemergian seorang suami dan bapa kepada tiga anak yang maut ketika menyaksikan perlumbaan kereta di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, Sabtu lalu memberi kesan mendalam kepada anak-anak arwah.
Lebih memilukan, nahas yang meragut nyawa Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, itu sebenarnya berlaku di hadapan anak lelakinya yang berusia tiga tahun.
Isteri mangsa, Noor Idayu Yunus, 29, berkata, anak keduanya, Yusuff Mikhail, 3, menceritakan keadaan ayahnya ketika dilanggar kereta.
“Dia beritahu ‘mama, abi banyak darah’. Ketika kejadian, dia ada berhampiran. Saya rasa sebak kerana tahu anak-anak termasuk yang sulung, Damia Intishar, 6, dan Damia Inara berusia setahun amat rapat dengan ayah mereka.
“Setiap hari mereka tanya arwah, saya berterus terang memberitahu ayah mereka sudah tiada dan tidak akan kembali lagi. Walaupun masih belum memahami, saya tidak jemu untuk faham mereka akan keadaan sebenar,” katanya.
Noor Idayu ditemui selepas menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perak, Zainal Ismail di rumahnya di Taman Saujana Permai, Kamunting di sini pada Khamis.
Media melaporkan mangsa dirempuh kereta jenis Proton Satria ketika menyaksikan acara permotoran melibatkan 12 kenderaan bagi kategori 1800cc.
Mangsa yang menerima rawatan di wad kecemasan, Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, Parit disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan di kepala dan pendarahan di bahagian paru-paru.
Isteri hamil empat bulan
Tambah Noor Idayu yang kini hamil empat bulan, anak-anak akan memeluk baju arwah sebelum tidur bagi mengubatkan rasa rindu mereka.
“Arwah banyak mengajar anak-anak hinggakan mereka tahu apa itu sedekah dengan memberi sama ada makanan atau apa sahaja yang ada. Tidak hairanlah rakan-rakan hadir menceritakan sikap arwah yang pemurah.
“Mengenai bengkel kereta arwah, saya akan teruskan kerana ia hasil titik peluhnya yang berusaha bermula dari garaj rumah hingga memiliki kedai sendiri sejak enam tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Zainal memaklumkan waris layak menerima FPM berjumlah RM2,000 dan pencen bulanan sebanyak RM1,375 ekoran arwah pernah bekerja dengan tiga majikan sebelum ini.
Beliau turut menasihatkan wanita untuk mencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan Perkeso sebagai satu perlindungan ketika melakukan urusan rumah tangga.
Zainal (tiga dari kanan) menyerahkan cek FPM kepada Noor Idayu selepas suaminya terbabit dalam kemalangan ketika menonton perlumbaan di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, baru-baru ini.
“Banyak faedah yang boleh diperolehi dengan membuat bayaran caruman RM120 setahun bagi mereka yang layak.
“Ambillah peluang ini kerana kita di Perkeso akan jaga mereka tidak kisah suri rumah sepenuh masa atau bekerja sekiranya berlaku kemalangan,” katanya.
Petang Isnin, 4 Ogos 2025 – Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya dibayangi dengan ketegangan baru apabila seorang doktor pakar psikologi kanak-kanak memberi keterangan penting: tiada satu pun perkataan “diabai” atau “didera”dalam laporan perubatan rasmi berkaitan kes Zayn Rayyan Abdul Matin, kanak-kanak autistik berusia enam tahun yang meninggal dunia Disember 2023.
🧠 Apa Kata Doktor?
Dr Noor Aishah Rosli, pakar psikologi kanak-kanak, yang juga memiliki klinik swasta di Bandar Baru Bangi, menjelaskan bahawa laporan perubatan dari Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh tidak menyebut sebarang bentuk pengabaian atau penderaan terhadap Zayn. Beliau turut merujuk kepada definisi pengabaian seperti tidak memberi makanan atau penjagaan secara berulang–ulang, seperti yang dikenali oleh APA dan WHO.
“Kekurangan kasih sayang atau penjagaan sekali-dua kali bukan pengabaian,” kata beliau, “pun begitu, hak kanak-kanak untuk mendapat perhatian dan penjagaan asas tetap penting”.
☁️ Bayangan Luka dan Fakta Sebenar
Kes ini sangat memeritkan hati ibu bapa. Bayangkan, seorang anak dengan pertuturan yang terhad menurut seorang pakar pediatrik, Zayn Rayyan hanya mampu bertutur sekitar 30 patah perkataan sahaja dan tidak dapat menyambung antara ayat. Perkembangan yang jauh di bawah kebiasaan untuk usianya.
Dalam perkembangan terdahulu, pakar forensik juga menyatakan bahawa punca kematian Zayn adalah akibat jerutan di leher, dan bukan lemas semata disertai kecederaan fizikal lain seperti lebam dan koyakanSinar Harianastroawani.comastroawani.com.
Namun, sehingga kini, tiada bukti jelas bahawa ibu bapanya pernah menyebabkan kecederaan lama yang konsistendengan pengabaian serius.
❤️ Pengajaran untuk Ibubapa: Sayang Itu Bukan Sekadar Kata
Kes ini sangat tragis. Ia mengingatkan kita bahawa dunia kanak-kanak autistik sering sukar difahami mereka tidak dapat bersuara seperti kita, dan perlahan-lahan boleh terluka tanpa kita sedar.
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa masa kini:
Jadilah pendengar peka, bukan hanya mendengar suara, tapi mendengar hati anak.
Perhatikan mingguan perkembangan, bukan sahaja academic, tapi juga fizikal, emosi dan komunikasi.
Ambil serius sebarang perubahan tingkah laku ada paparan senyuman, tetapi mungkin disaluti kecemasan.
Jaga keselamatan fizikal bukan sahaja daripada kecederaan bersifat luar, tetapi juga daripada tekanan dan kurang perhatian.
👶 Zayn Rayyan tidak pernah diabaikan menurut laporan rasmi. Namun, kehilangan seorang anak yang rapuh dan tidak dapat bersuara tetap mencalar jiwa kita. Ia memperingati bahawa setiap anak, terutama yang memerlukan perhatian lebih, memerlukan penjagaan yang holistik tubuh, minda, dan emosi.
Biar ia menjadi pengingat: “Anak bukan sekadar ceriakan rumah. Anak adalah amanah hati.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jurusolek terkenal, MUA Bellaz, baru-baru ini telah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat dua anaknya, Ean Yusuf dan Aisywara Nealofa. Majlis itu diadakan secara sederhana dan mendapat perhatian ramai apabila perkongsian mengenainya tular di media sosial.
Menurut perkongsian seorang peniaga makanan yang turut berada di lokasi, Yusuf dilihat segak mengenakan t-shirt putih manakala adiknya, Wara, kelihatan comel dengan gaun merah jambu. Menariknya, dua adik-beradik itu berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 29 Julai.
Majlis yang berlangsung di kampung halaman mereka itu turut dihadiri oleh penduduk setempat. Berdasarkan laporan OhBulan!, suasana majlis amat sederhana dan bersahaja — tiada sebarang elemen mewah seperti yang sering dilihat dalam majlis selebriti lain.
Dipuji Netizen Atas Sikap Rendah Diri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap sikap merendah diri Bellaz dan suaminya. Ramai yang memuji pasangan itu kerana meraikan hari istimewa anak-anak mereka dalam suasana kampung yang tenang dan menyenangkan.
Antara komen yang mencuri perhatian:
“Bagusnya suami isteri ni, buat majlis sederhana panggil orang-orang kampung sahaja. Ini baru betul orang kaya dengan adab.”
“Dia tahu yang sokong dia bukan dari golongan kaya, lebih baik utamakan orang-orang masjid dan orang kampung.”
“Alhamdulillah, santai makan sambil hirup udara segar… anak-anak pun membesar dalam suasana kampung.”
“Ini baru betul buat kenduri, utamakan jiran-jiran terdekat dulu.”
“Suka dengan cara mereka, buat dekat kampung tak perlu pun ke tempat-tempat mewah.”
Rata-rata bersetuju bahawa pendekatan Bellaz dan suaminya mencerminkan nilai murni dalam kehidupan berkeluarga, iaitu mementingkan kebersamaan, kesederhanaan, dan ikatan kejiranan.
Teladan Buat Selebriti Lain
Dalam era yang dipenuhi dengan paparan gaya hidup mewah, tindakan MUA Bellaz ini wajar dijadikan contoh buat selebriti dan orang awam. Ia membuktikan bahawa kegembiraan dan kenangan manis tidak semestinya memerlukan kemewahan, tetapi cukup dengan keikhlasan dan nilai kekeluargaan.
Majlis yang sederhana ini bukan sahaja menggembirakan anak-anak mereka, malah turut menceriakan penduduk kampung yang hadir bersama menikmati suasana kenduri yang penuh kemesraan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.