Bila si isteri outstation, suami pun rasa sendiri ‘drama pagi’ uruskan anak-anak ke sekolah. Begitulah situasi yang dikongsikan oleh Firdauz Abdullah menerusi satu hantaran Facebook yang bukan saja menghiburkan, tapi turut menyentuh hati ramai ibu bapa.
Jam 6 pagi, ayah ini sudah pun bersiap sedia memikul tanggungjawab: mengejutkan anak-anak mandi, siapkan baju sekolah, check beg, sediakan sarapan, supplements, dan duit belanja. Nampak macam mudah… tapi realitinya penuh cabaran halus yang mak-mak saja selalu alert.
Semuanya nampak okay sehinggalah tepat jam 6.45 pagi, tiba-tiba si anak muncung panjang. Rupa-rupanya, tudung sekolah tak bergosok! Anak perempuan kecil itu hanya menjeling dan tunjuk pada tudung. Ayah pun blur… mana nak tahu tudung kena gosok ‘side’! Biasanya ibu yang uruskan bab tu.
“Cakap je ini fesyen baru, korang mana tahu…” sempat si ayah buat lawak cover line, tapi tetap kena jeling manja.
Ads
Momen kecil ini mungkin nampak remeh, tapi bagi seorang anak perempuan – especially bila berkaitan penampilan ke sekolah – ia cukup besar. Dan untuk ayah yang jarang urus bab-bab pagi anak, inilah masanya mereka benar-benar faham betapa telitinya seorang ibu.
Kelakar Tapi Tetap Daddy’s Girl
Gelagat anak perempuan dan ayah ini memang mencuit hati – dari muncung panjang sebab tudung tak gosok, sampai jelingan tajam bila ayah buat lawak selamba. Tapi dalam kelakar tu, kita nampak satu ikatan yang manis antara ayah dan anak.
Ads
Walaupun ayah blur bab tudung, dan tak tahu beza tudung ‘ada side’ atau tidak, si anak tetap ikut je – sebab dia tahu, itu ayah yang cuba sedaya upaya. Dan walaupun jeling, muncung, atau merungut sikit, tetap ada rasa sayang dan percaya yang kuat.
Inilah dinamika unik ayah dan anak perempuan. Kadang nampak macam bergaduh manja, tapi sebenarnya si kecil tu lah yang paling rapat dan manja dengan abahnya. Daddy’s girl sampai bila-bila!
Netizen Pun Turut Terhibur!
Ruangan komen turut dibanjiri dengan reaksi lucu dan relatable dari para ibu:
Ads
“Bad tudung day mmg boleh jadi punca bad mood sepanjang hari lah Abah… Good luck 😮”
“Ni bukan hal kecik tau Abah. Boleh kemurungan sepanjang hari”
“Ni kesalahan besar tau para daddy sedunia. Apa line camtu..ya Allah gagal sepenuhnya 🤣 Nanti belajar lagi yer, bimbang anak2 ulang g tandas sebab nk baiki owning bergaris tu 😅”
“1 lagi mesti penat nk jawab kawan dok tny tang sama nape dgn tdg tu 😂”
“Rupanya line…igtkan anak lipat tudung tu bhgn kepala”
“Ya Allah.. Ada line kt kpala tu.. Mna x marah”
Sekecil Tudung, Sebesar Kasih Sayang
Kadang-kadang, momen paling kelakar dalam hidup berkeluarga datang dari situasi paling tak dijangka – macam tudung tak gosok! Tapi dari situ jugalah kita belajar untuk lebih menghargai pasangan, lebih memahami dunia anak-anak, dan yang paling penting, membina kenangan manis bersama.
Tak kisahlah tudung ada line ke, takde side ke… yang penting, anak tetap rasa selamat dan disayangi. Sebab di hujung hari, abah tetap hero dalam hati anak perempuannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bercakap mengenai perkembangan kanak-kanak di sekolah, apakah perkara penting yang perlu ibu bapa fokuskan selain daripada tumbesaran fizikal mereka?
Sememangnya apabila anak sudah mula melangkah ke alam persekolahan, mereka lebih gemar berdikari, bukan? Namun itu tidak bermakna anda sudah boleh melepas tangan. Kerana pada hakikatnya, mereka masih memerlukan kasih sayang, perhatian dan keizinan anda.
Dalam masa yang sama, aspek tingkah laku antara perkara penting yang perlu dititik beratkan kerana ia akan berkembang menjadi tabiat dan personaliti diri saat dewasa nanti.
Memahami kanak-kanak sekolah
Secara amnya, perkembangan kanak-kanak pada usia 6 hingga 12 tahun melibatkan kemampuan fizikal, emosi dan mental.
Anda pasti menyedari perbezaan antara si kecil berusia 5 tahun dengan anak yang mencapai usia 12 tahun. Apabila anak semakin meningkat usia, daripada prasekolah ke remaja, tubuh dan fikiran mereka mengalami perkembangan luar biasa.
Bukan sekadar itu, anda juga akan melihat perubahan tingkah laku pada diri anak. Disebabkan itu, fasa ini adalah penting untuk ibu bapa memfokuskan lebih kepada tingkah laku. Jika tidak, kesannya mungkin akan berterusan hingga ke dewasa.
Galakkan tingkah laku positif pada kanak-kanak di sekolah
Kanak-kanak akan cepat belajar bagaimana untuk menjaga sikap dan tingkah laku sekiranya mendapat bimbingan positif dan konsisten daripada ibu bapa mereka.
Ini bermaksud anda perlu memberikan perhatian kepada anak sama ada ketika mereka berkelakuan baik atau sebaliknya.
Jangan hanya menunggu saat mereka melakukan kesalahan bagi memberi denda atau hukuman dengan tujuan untuk mengajar mereka. Berikut adalah beberapa petua praktikal untuk menerapkan pendekatan positif pada anak.
Berlaku jujur kepada kanak-kanak sekolah
Jujur dengan anak mengenai tingkah laku mereka yang boleh menjejaskan anda. Sebaiknya gunakan ayat yang membolehkan anak melihat sesuatu daripada perspektif anda.
Sebagai contoh, “Mama kecewa tengok barang mainan bersepah walaupun baru dikemas tadi”.
Menjadi pendengar yang baik
Apabila anak meluahkan sesuatu, jadilah pendengar yang baik. Berikan tindak balas seperti anggukkan kepala semasa anak bercakap dan ulangi apa yang dirasai mereka.
Contohnya, “Mesti Husna sedih sebab mainan ini rosak.”
Ia secara tidak langsung membuatkan mereka rasa dihormati dan membantu mengurangkan rasa marah.
Menepati janji
Apabila setiap janji ditunaikan sebaiknya, anak akan belajar mempercayai dan menghormati anda.
Sebagai kanak-kanak di sekolah yang boleh berfikir, mereka mengetahui bahawa anda tidak akan mengecewakannya ketika menjanjikan sesuatu.
Secara tak langsung mereka akan belajar untuk tidak berubah fikiran atau tingkah laku apabila sudah menjelaskan kesannya. Sebagai contoh, jika berjanji akan membawa anak bermain di taman jika mereka mengemas permainan, pastikan anda bersedia untuk menepatinya.
Bagaimana pula dengan sikap kanak-kanak di sekolah yang mungkin boleh mendatangkan kerisauan pada ibu bapa?
Tingkah laku yang membimbangkan
Berikut antara kebimbangan ibu bapa berkaitan tingkah laku anak yang biasa dialami:
Kanak-kanak di sekolah yang pemalu
Rasa malu adalah perkara biasa pada bayi dan kanak-kanak dan tidak ada salahnya dengan sikap tersebut.
Sebagai contoh, anak mungkin akan berselindung di sebalik ibu bapanya apabila berjumpa dengan individu yang tidak dikenali.
Setiap anak adalah berbeza dan yang mungkin lebih pemalu berbanding rakan sebaya lain. Ia hanyalah sebahagian daripada perangai dan cara unik mereka untuk berinteraksi dengan dunia sekeliling.
Apabila rasa malu menjadi satu isu
Walaupun rasa malu itu bukanlah kesalahan, tetapi ia akan menjadi bebanan sekiranya anak tertekan atau sukar menjalani kehidupan harian.
Sebagai contoh, rasa malu itu adalah masalah apabila:
Sekiranya, tingkah laku anak itu tampak sukar untuk diubah, anda disarankan untuk melakukan perbincangan dengan pakar pediatrik.
Tabiat kanak-kanak di sekolah
Tabiat adalah tingkah laku kebiasaan yang dilakukan berulang kali tanpa berfikir. Kebiasaan ini sering kali melibatkan sentuhan atau bermain dengan bahagian muka mahupun tubuh.
Antara tabiat biasa bagi kanak-kanak di sekolah adalah:
Namun, jika kebiasaan anak ini menghalang aktiviti harian atau memalukan, bahkan berbahaya, maka anda perlu mengambil tindakan.
Pembohongan
Anak mula berbohong setelah mencecah seawal usia 3 tahun. Ini berlaku apabila anak menyedari yang anda tidak dapat membaca fikiran mereka.
Meningkat usia 4-6 tahun, anak akan lebih kerap menipu. Pada usia ini, mereka lebih pandai berbohong dan memanipulasi ekspresi wajah serta suara.
Bagi kanak-kanak di sekolah pula, mereka pastinya lebih mahir untuk berbohong. Pada usia remaja pula, anak mula melakukan pembohongan sunat (white lies) kerana tidak mahu menyakiti perasaan individu lain.
Sebagai ibu bapa, apabila anak semakin dewasa, anda perlu menggalakkan anak untuk bercakap benar setiap masa.
Sentiasa tekankan tentang kepentingan kejujuran dalam keluarga dan bantu anak memahami kesan yang boleh terjadi sekiranya mereka berbohong.
Mendisiplinkan kanak-kanak di sekolah
Disiplin membantu anak belajar bagaimana untuk menjaga tingkah laku. Ia akan dapat diterapkan dengan sebaiknya jika anda mempunyai ikatan yang baik dan mesra dengan anak.
Disiplin bukan hanya semata-mata hukuman. Hakikatnya, ia adalah sesuatu yang positif dan membantu membimbing anak ke arah:
Manakala, disiplin yang terlalu kuat tanpa pujian dan ganjaran yang sewajarnya, mungkin hanya akan menyebabkan anak berasa takut.
Akhirnya, ia akan memberi kesan pada harga diri anak serta meningkatkan simptom kegelisahan di kemudian hari.
Cara untuk mendisplinkan anak yang terbaik adalah tegas tetapi adil.
Ini bermakna anda menetapkan had dan kesan untuk setiap tingkah laku yang dilakukan anak.
Dalam masa yang sama menggalakkan sifat positif dengan pujian, penghargaan serta strategi lain.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak beberapa hari sahaja lagi, pasti ada di antara kita yang sudah pun mempersiapkan segala simpanan makanan di dalam peti sejuk. Cili misalnya pasti sudah dibeli dan disimpan lebih awal.
Pun begitu cili padi yang disimpan biasanya tidak kekal segar malah adakalanya lembik dan tidak tahan lama. Bagaimana hendak menyimpan cili ini lebih lama?
Perkongsian tip dari pengguna Tik Tok, @awangdapur ini anda boleh cuba. Jom ikuti perkongsiannya. Lebih mudah dan tahan lama.
1. Cabut tangkai/batang cili.
2. Setelah cabut tangkai, basuh semua cili sehingga bersih dan keringkan.
3. Kemudian, ambil bekas dan lapikkan dengan tisu kering.
4. Masukkan cili yang sudah dibuang tangkai dan beberapa ulas bawang putih yang sudah dibuang kulit.
5. Tutup bekas dan simpan di dalam peti ais.
Fungsi bawang putih boleh membuatkan cili tahan lebih lama di dalam peti ais. Berminggu-minggu simpan pun tetap masih elok.
Tahun 2020 dan 2021, tiada siapa pun menjangkakan negara akan dilanda dengan wabak virus berbahaya. Namun itulah takdir yang perlu diterima dengan reda. Walaupun ujian ini berat, namun hidup tetap perlu diteruskan.
Cuma yang terkesan dengan wabak Covid ini adalah anak-anak yang bersekolah dan dalam fasa nak menuntut ilmu.
Bagi ibu bapa yang ada anak umur 6-7 tahun dalam tempoh sekarang ini, latihlah anak membaca, menulis dan mengira.
Tak kira lah tadika atau sekolah buka atau tutup, ibu bapa tetap perlu ambil peranan mengajar anak di rumah.
Tampal poster ABC/123 di dinding rumah. Ajar anak sebut nombor sambil keluar jari 1-10.
Selalu sebut kat anak A ayam, B baju, C cicak.
Suruh anak keluarkan jari 4 atau jari 8 atau jari 6 secara spontan. Ajak anak mewarna dan pastikan dia warna hingga siap dan kemas.
Ajak anak salin huruf atau perkataan mudah. Beli buku garis-garis yang biasa guna zaman tadika tu.
Latih anak tulis nama dia dengan kemas. Lindungi anak kita dari tercicir. Ajar sedikit demi sedikit. Ingat 3P; Pujuk, Pimpin dan Puji.
Sokongan dan bantuan ibu bapa penting untuk pastikan anak-anak di peringkat usia ini tak tercicir dan mampu bersaing apabila sekolah dibuka nanti. Biarlah ibu terpaksa jadi guru yang tegas pun di rumah asalkan anak-anak dapat manfaat daripadanya.
Bagi anak-anak yang dah besar sikit, teruskan dengan memantau mereka membuat latihan. Kurangkan masa dengan gajet atau televisyen untuk pastikan anak sentiasa bersemangat untuk belajar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.