Cemasnya bila terjadi sesuatu kepada anak. Tambahan pula jika masih bayi. Boleh berderau darah bila tahu anak tertelan bateri.

Bayi kecil banyak meneroka dan rangsangan pada mulut atau mouthing menyebabkan mereka cenderung memasukkan objek ke dalam mulut. Namun objek yang ditelan bayi ini bukan calang-calang, ia bateri bersaiz kecil yang boleh menyebabkan terbakar dalam badan (rujukan disini).

“Mungkin Khilaf Saya.” Ibu Cemas 38 Jam, Bayi 8 Bulan Tertelan Bateri Lampu Hiasan
Saiz bateri yang ditelan bayi ini.

Perkongsian Puan Nor Haspiza ini boleh dijadikan teladan. Beberapa hari lalu, anaknya, Ahmad Mukhriz, 8 bulan tertelan sebiji bateri yang dipasang pada lampu. Asalnya si abang bermain dengan lampu tersebut dan membuka penutup bateri dan menyebabkan adik mengambil bateri tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut.

“Mungkin Khilaf Saya.” Ibu Cemas 38 Jam, Bayi 8 Bulan Tertelan Bateri Lampu Hiasan

Debarannya menunggu hari esok untuk rawatan turut dikongsi di sebuah grup di Facebook. Tambahan pula bila mendapat info tentang efek yang boleh terjadi kepada anaknya itu. Doa dipohon untuk anak. Hatinya jadi sayu memikirkan apa yang telah terjadi…

“Mungkin Khilaf Saya.” Ibu Cemas 38 Jam, Bayi 8 Bulan Tertelan Bateri Lampu Hiasan

IKLAN

BERI MINUMAN KULTUR & PISANG UNTUK LAWASKAN

Ketika dihubungi Pa&Ma, Nor Haspiza memberitahu bateri tersebut telah dapat dikeluarkan melalui najis.

“Saya beri anak makan pisang dan minuman kultur supaya dia lawas. Hari pertama saya periksa najis dia kecewa sangat sebab tak keluar lagi baterinya. Alhamdulillah semalam akhirnya keluar.  Doktor nasihatkan untuk berikan anak makan banyak-banyak.

BAYI MASIH KECIL 

IKLAN

“Sebab dia masih bayi, baru 8 bulan doktor tak bagi ubat. Kalau dalam masa 4 hari tak keluar baru lakukan prosedur seterusnya. Prosedur seterusnya itu ialah scop. Kalau tak  boleh juga barulah dibedah.

“Dia bayi lagi, doktor juga beritahu tak boleh kerap scan untuk terus buat scop. Untuk scop kena scan lagi bagi mengetahui kedudukan bateri dekat mana. Sebab baru lepas scan.

“Mungkin Khilaf Saya.” Ibu Cemas 38 Jam, Bayi 8 Bulan Tertelan Bateri Lampu Hiasan

IKLAN

SYUKUR AKHIRNYA BATERI DIKELUARKAN MELALUI NAJIS

“Alhamdulillah dengqn izinNya keluar juga melalui najis. Ramai yang bagi cadangan makan pisang dan vitagen,” kata Nor Haspiza.

“Mungkin Khilaf Saya.” Ibu Cemas 38 Jam, Bayi 8 Bulan Tertelan Bateri Lampu Hiasan
Lampu lilin hiasan yang dimaksudkan.

Ibu ini juga turut berkongsi dia lampu lilin hiasan yang menjadi punca. “Khilaf saya letak hiasan di tempat rendah. Tak terfikir pun si abang membuka tempat penutup bateri tu. So lepas ni kalau nk beli mainan kena beli yang penutup yang ada skru. Ada jnis mainan yang just tekan je. Dah keluar bateri. Macam hiasan ni la, tak ada skru,” kata ibu ini yang lega setelah segala debarannya telah berakhir.

“Mungkin Khilaf Saya.” Ibu Cemas 38 Jam, Bayi 8 Bulan Tertelan Bateri Lampu Hiasan
Bahagian penutup bateri boleh dibuka dengan mudah.

Keadaan bateri yang dikeluarkan juga sudah berkarat. Ibu ini mengakui amat takut sekali. Syukurlah ia selamat dikeluarkan daripada tubuh anaknya.

“Mungkin Khilaf Saya.” Ibu Cemas 38 Jam, Bayi 8 Bulan Tertelan Bateri Lampu Hiasan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI