Murid Pasti dinobat juara dunia pidato Bahasa Inggeris. Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 7, berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan pidato bahasa Inggeris yang dianjurkan Global Arts, Sports and Culture Association (GASCA) berpangkalan di Hong Kong, China pada 23 Januari lepas.
Murid Pasti Dinobat Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris
Membaca dan menghafal ayat suci al-Quran pada setiap hari adalah antara resipi kejayaan seorang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Furqan, Chendering itu. Kanak-kanak itu merangkul gelaran Juara Dunia pada Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kanak-kanak dan Belia Antarabangsa Kali Ke-63.
Ibunya, Hasmah Darwis, 31, berkata, kejayaan tersebut didorong oleh amalan membaca dan menghafaz al-Quran sepanjang masa yang diterapkan sejak kecil.
“Sejak Amatullah Hamidah kecil, saya dan suami, Muhammad Luqman Al-Hakim, 32, sentiasa mengalunkan zikir selain mengajar anak membaca al-Quran bagi mencerdaskan dan memiliki fikiran yang tenang supaya mudah menerima ilmu.
“MENGHAFAL AYAT SUCI AL-QURAN SALAH SATU KUNCI KEJAYAAN UNTUK ANAK-ANAK INI MEMILIKI DAYA INGATAN KUAT SERTA MENGUKUHKAN KEFAHAMAN TENTANG SESUATU PERKARA.
“Alhamdulillah, amalan yang sentiasa diterapkan itu membantu kejayaan anak saya dalam menunjukkan bakat dan potensi berpidato dalam Bahasa Inggeris dengan cemerlang sekali gus mengharumkan nama negara apabila memenangi pertandingan pidato Bahasa Inggeris ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Amatullah Hamidah (kiri) bersama ibunya, Hasmah (dua dari kiri)
Selain itu, Hasmah berkata, kesungguhan dan kegigihan berlatih pada setiap hari juga antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan Amatullah Hamidah dalam memenangi pertandingan tersebut.
“Saya dan suami sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada Amatullah Hamidah untuk berlatih.Setiap hari dia akan meluangkan masa selama setengah jam untuk berlatih berpidato.
Ads
“Malah kami akan belanja dia makan dan membawa ke tempat yang menarik seperti pantai sebagai tanda menghargai kesungguhan dirinya berlatih sekali gus tanda penghargaan dan sokongan ibu bapa kepada anak-anak dalam melakukan sesuatu perkara ” jelasnya.
Amatullah Hamidah (kanan) bersama ibunya, Hasmah (kanan) berserta ayah dan adiknya
Dalam pada itu, Hasmah juga sering menerapkan amalan dan ajaran yang baik kepada Amatullah Hamidah bersama adiknya, Amatullah Habibah, 6, dari sejak kecil bagi memastikan anak-anaknya itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa kelak.
“KAMI KURANGKAN ANAK-ANAK TERDEDAH PADA PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DENGAN MENGEHADKAN PENGGUNAANNYA AGAR MEREKA TIDAK TERLALU LEKA.
“Kami juga selalu membawa anak-anak ke majlis ilmu seperti ceramah agama bagi memastikan mereka berpeluang mendapat ilmu agama daripada para ulama sekali gus memupuk rasa cinta pada agama dan ibadah,” ujarnya.
Justeru, Hasmah berkata, kejayaan anaknya itu dapat menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat dan murid Pasti dari seluruh negara supaya berani mencabar diri dalam menonjolkan bakat masing-masing.
“Saya mengharapkan anak saya ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Saya harap Amatullah Hamidah berjaya menjadi pakar bahasa Arab.
Ads
“Selain itu, saya juga berharap dia berjaya menjadi penghafaz al-Quran yang memahami dan menghayati kandungan kitab suci berkenaan dalam kehidupan seharian,” katanya.
Pelakon, Shakilla Khoriri membingkiskan ucapan penuh manis buat anak kesayangannya, Ameena Sofea yang menyambut hari lahirnya semalam.
Kata Shakilla menerusi perkongsiannya di Instagramnya, biarpun sambutan hari lahir anak kesayangannya itu disambut secara sederhana di ketika bulan puasa ini, namun dia akan meraikannya dengan penuh meriah selepas raya nanti demi memberi kegembiraan buat anaknya.
“Birthday celebration paling relax sepanjang you hidup ni. Ada banyak perkara yang tak dapat nak dielakkan bertembung terlanggar terbalik sama waktu dengan HARI you.
“Antara tahun paling relax and santai untuk birthday you. Umi minta maaf tapi Umi explain dah siap-siap kenapa kan so kita sambung celebrate lepas raya OK,” tulisnya berkongsi.
Menerusi perkongsian itu, Shakilla turut meluahkan rasa bahagianya bersama Ameena malah paling bertuah anak kecilnya itu bukan hanya disayangi ahli keluarga bahkan disayangi ramai orang setiap kali menyapanya.
“You anak special Ameena. Know why? You hilang SATU perkara tapi Allah datangkan banyak perkara untuk you. Ramai orang sayangkan you.
“Nanti you boleh tengok betapa ramai yang ambil tahu pasal you. Doakan you. Tegur you kalau nampak you dekat luar. Ada yang tak ada ikatan and tak pernah kenal you pun anggap you macam family and macam dah lama kenal.
“Allah sayang you sebab tu Allah datangkan ramai orang yang sayangkan you. Even kasih sayang Umi & daddy pun dah cukup berat untuk you. Tapi Allah bagi lagi banyak untuk you sebab you anak yang baik. Allah pilih you untuk lalui perjalanan yang mencabar ni,” tulisnya lagi.
Tambahkan Shakilla lagi, kehadiran anak kecil itu dalam hidupnya bukan hanya melengkapkan hidupnya bahkan menjadikan dia wanita yang lebih baik.
“My lucky girl, my sayang, my intan payung, emas berlian and segalanya pada i, thank you jadi anak Umi.
“Thank you jadikan Umi manusia lebih baik sepanjang 5 tahun ni dari tahu ke tahun. Thank you sebab terima Umi walau ada salah dan silap Umi sepanjang membesarkan you.
“Thank you bersama dengan Umi dalam apa pun keadaan dan jadi orang yang paling faham dalam apa pun situasi (walau kadangkadang menguji jugak). Thank you for everything. HAPPY BIRTHDAY anak ku AMEENA SOFIA,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, bekas suami Shakilla, Fizi Ali turut sama memuat naik video menerusi Instagramnya bersempena hari lahir anak kesayangan mereka.
Penuntut cemerlang Henry Gurney ‘hadiahkan’ keputusan cemerlang buat ibu saudara. Seorang pelajar dari Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas, dikenali sebagai Adam, 19, meluahkan hasratnya untuk menebus segala pengorbanan ibu saudaranya yang telah menjaganya sejak kecil selepas kehilangan kedua ibu bapanya.
Penuntut Cemerlang Henry Gurney ‘Hadiahkan’ Keputusan Cemerlang Buat Ibu Saudara
Adam yang muncul sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi kategori SHG dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, menyatakan bahawa kejayaan yang diraih menjadi titik tolak untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang peguam syarie.
“Saya dibesarkan oleh mak cik selepas ibu dan ayah meninggal dunia semasa saya masih kecil. Keputusan cemerlang ini adalah hadiah untuk membalas jasa beliau,” ujar Adam ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Sekolah Integriti Sekolah Henry Gurney (SISHG) 2024.
Adam yang berjaya memperoleh 6A turut berkongsi cabaran yang pernah dihadapinya, termasuklah kesukaran dalam mendapatkan buku teks serta beban yuran persekolahan yang ditanggung ibu saudaranya. Tambahnya, masalah dokumentasi diri turut menjadi penghalang besar dalam proses pembelajarannya.
ADAM (tengah) menunjukkan Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2024 yang diterimanya pada Majlis Apresiasi SISHG 2024 di SHG Telok Mas, Telok Mas, Melaka. – Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
“Dulu saya tak ada kad pengenalan kerana lambat didaftarkan kelahiran. Itu menyebabkan saya tak layak menduduki SPM kerana status bukan warganegara,” jelasnya.
Namun begitu, peluang pendidikan yang ditawarkan oleh SHG membuka jalan buat Adam untuk terus melangkah ke hadapan. Dengan sokongan beberapa pihak, beliau kini dalam proses mendapatkan sijil kelahiran bagi membolehkan permohonan kad pengenalannya dibuat.
Adam, anak kedua daripada tiga beradik, mula ditempatkan di SHG pada tahun 2022 selepas terlibat dalam kesalahan mencabul. Kini, dengan semangat dan tekad yang baru, beliau mahu mengubah kehidupannya demi masa depan yang lebih baik.
Menanti detik berbuka menjadi detik cukup mengujakan bagi anak-anak kita namun lain pula situasinya bila bersahur. Semuanya layu dan sendu.
Namun idea ibu ini yang menukar waktu sahur menjadi cukup istimewa sememangnya dinantikan anak-anaknya. Memang lain dari yang lain. Sedap!
“Sebahagian daripada menu sahur saya dan family tahun ini. Sejak sebelum Ramadan lagi saya sudah berniat, puasa tahun ini saya nak buat kelainan pada menu bersahur.
Saya mahu waktu bersahur menjadi hadiah daripada saya untuk suami dan anak-anak.
Sebelum-sebelum ini, waktu berbuka masing-masing excited. Tetapi waktu sahur sendu dan layu. Sedangkan kata ustaz, masak untuk orang berbuka dan bersahur juga satu ibadah. Jadi saya berusaha sekadar yang terdaya.
Hasilnya setiap hari anak-anak dan suami bangun sahur dengan mood yang amat ceria dan bersemangat walaupun menu yang saya masak biasa-biasa sahaja.
Mereka tak sabar nak tahu apa hidangan yang ada.
Alhamdulillah. Semoga perkongsian saya ini memberi sedikit inspirasi dan semangat buat kita bersama.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.