Sekarang ni tak dapat keluar mana-mana, kejap-kejap anak cakap lapar. Sekali masak habis. Peti sejuk tak payah cakaplah berapa kali asyik ulang buka tutup. Sampai mama pun dah tak tahu nak masak apa lagi.
Macam-macam resipi dah di olah untuk memenuhi selera anak-anak. Bagi mama yang nak buat kelainan sikit, apa kata buat murtabak roti bersos. Idea resipi Puan Zurida Omar ini sangat menarik dan sedap.
Ala-ala roti john juga tapi menggunakan roti putih biasa dan dibalut telur. Nak tahu cara penyediaannya, resipi lengkap disediakan untuk anda.
Mulanya nak buat roti john tapi rotinya tak ada jadi kita ubah bentuknya jadi murtabak roti bersos.
Bahan-bahan inti
400g daging/ayam kisar
4 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 SB serbuk kari
1 SK serbuk jintan manis
1 SK serbuk jintan putih
Serbuk perasa
Minyak masak
Lain-lain bahan:
Daun bawang
Daun sup
Telur
Sos cili, mayonis
Ads
Cara-cara:
1. Bawang merah, putih tumis sehingga garing
2. Masukkan serbuk kari
3. Masukkan daging/ayam kisar
4. Masukkan sedikit air takut daging hangus
5. Masukkan serbuk jintan, perasa
6. Biar sehingga air kering boleh tutup api, sejukkan
Cara-cara menggoreng boleh lihat pada gambar:
Pecahkan 2 biji telur, masukkan daun bawang, daun sup & 2 sudu besar daging tadi.
Ads
Tuang dalam kuali leper yang disapu sedikit minyak. Masa telur masih cair letak roti, tekan-tekan biar melekat inti pada roti.
Telur yang ditepi roti tu tarik kearah roti sampai jadi macam ni
Ads
Buat sebelah lagi macam cara di atas
Dah siap.. boleh buat sarapan atau minum petang. Selamat mencuba
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti hujung minggulah masa untuk mencuba kesemua resipi untuk keluarga. Tak kurang juga resipi untuk si comel kita. Buntu nak masak apa? Apa kata kita cuba miffin noodle pun yang ringkas tapi cukup berkhasiat pada bayi kita.
Mana tidaknya, gabungan pelbagai sayuran ditambah dengan gabungan susu serta protein buat muffin comel ini lengkap untuk hidangan anak kita. Nak tahu cara membuatnya? Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini. Mantap!
MUFFIN NOODLE VERSI BABY
Bahan Bahan :
Bahan A :
1 biji telur
3/4 cawan mee organik (dah dicelur )
1/4 cawan susu segar
1 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
Bahan B :
1 sb mentega tanpa garam
2 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1/4 cawan isi ayam / daging segar
3 sb lobak merah didadu
3 sb brokoli dipotong kecil
1 1/2 sk serbuk daging
Satukan mee yang sudah dicelur bersama dengan telur dan juga susu segar. Kacau sebati. Ketepikan seketika.
Panaskan mentega sehingga cair. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam / daging . Tumis seketika sehingga separuh masak.
Kemudian masukkan sayur sayuran bersama serbuk daging. Masak seketika.
Tuangkan Bahan B tadi ke dalam Bahan A dan masukkan juga tepung gandum. Kacau sebati.
Sapukan acuan muffin dengan sedikit minyak. Panaskan oven. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
Siap!
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Bosan berdepan dengan menu pantang yang sama saban hari, ada baiknya cari kepelbagaian dalam menu harian. Mencuba resipi pantang daripada halia dan ikan bilis ini patut anda cuba.
Paling penting resipi ni bukan sahaja sedap bahkan banyak khasiatnya. Paling menarik boleh buang angin yang banyak dalam badan sepanjang berpantang. Rasa panas halia pasti buat badan lebih sihat.
Jadi jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Aliyaa Malek Full ini di facebooknya.
Resipi Lauk Pantang
Ada yang tengah berpantang tak? Saya nak share resepi paling senang! Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan.
Bahan-bahan digoreng:
1) Bawang kecil hiris nipis.
2) Bawang putih hiris nipis.
3) Ikan bilis.
4) Halia hiris nipis. (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa)
Bahan perasa:
1. Lada hitam disangan & ditumbuk halus.
2. Garam halus.
3. Gaulkan kesemuanya. Siap.
Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu.
Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*.
Lauk ni jadi lauk favourite satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin dan panaskan badan. Memang membuka selera.
Selamat mencuba!
Kredit Resepi : Aliyaa malek full
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak tak sihat mulalah susah nak makan. Lagi-lagi masa si kecil tak sihat lagi lah pening sebab langsung tak selera makan. Kebanyakan resipi dalam ni gunakan bahan/makanan yang bantu tambah selera makan, tingkatkan imun dan sebagainya.
Ibu boleh cuba resipi yang dikongsikan Puan Yatie Eimra yang mungkin boleh menambat selera anak-anak yang tak sihat.
Pasta Sup Ayam
Hari pertama Fydh demam, langsung tak nak makan. Selalu kalau dia tak selera makan nasi, saya masakkan pasta/spaghetti atau bihun. Alhamdulillah saya buatkan pasta sup, dak Fydh ni makan gak akhirnya. Saya masukkan kismis dalam sup ni untuk tambah selera makan anak di samping berikan rasa masam-masam manis sikit.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dihiris
Bawang putih – dihiris
Halia – dihiris
Isi ayam
Kiub bone broth
Kiub sup homemade
Sedikit lada hitam
Secubit mixed herbs (optional)
Lobak merah/cauliflower/sayur pilihan
Kismis
Pasta/makeroni
Air secukupnya
Garam pink
Minyak zaitun untuk menumis
Daun sup
Cara-cara:
Tumis bahan² yang dikisar dengan sedikit minyak zaitun.
Masukkan semua bahan kecuali daun sup. Masukkan air secukupnya untuk pastikan pasta masak sekata.
Lepas masak, taburkan daun sup untuk aroma yang lebih wangi.
* lebihkan sayur jika suka. Saya parut carrot supaya dak Fydh ni tak boleh pilih-pilih & buang masa makan tu pun cauliflower & daun sup tak boleh masuk mangkuk dia, kang kompem langsung tak nak makan.
Ayam Masak Halia
Resipi ayam masak halia biasanya ada sos tiram. Tapi since masak untuk anak tak sihat, saya tak letak sos tiram & tepung jagung (makanan proses lemahkan imun). Sesetengah resipi, kena goreng ayam dulu. Untuk versi yang lebih sihat ni ayam dibiarkan masak dari stim/wap air je. Boleh lebihkan halia (upkan imun) & lada hitam (tambah selera) jika anak dah pandai makan pedas sikit. Sebabkan tak tambah tepung, bawang perlu dikisar untuk pekatkan sikit kuahnya. Untuk sayur, saya gunakan cendawan & carrot (kurangkan mukus). Resipi ni sesuai gak tuk anak setahun++ makan dengan nasi lembik.
Bahan-bahan:
Bawang merah – dikisar
Bawang putih – dikisar
Halia – dikisar & dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
Ayam 3-4 ketul/isi ayam
Cendawan/carrot/sayur pilihan
Buah tomato
Air secukupnya
Garam pink, madu asli
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Bawang merah & bawang putih dikisar bersama sedikit halia.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Tumiskan pula cendawan sehingga keluar airnya. Biarkan merenih seketika.
Masukkan ayam, lada hitam dan halia yang dihiris & air secukupnya. Tutup tudung periuk supaya ayam masak sekata.
Setelah ayam empuk masukkan carrot/tomato/sayur pilihan dan gaul sebati.
Perasakan garamnya. Biarkan merenih seketika sebelum tutup api.
Tambah madu untuk imbangi rasa menggantikan gula.
*tip apabila memasak cendawan dari chef – cendawan perlu dimasak lama untuk naikkan flavournya dalam masakan.
Agar-agar Sedut Nabeez Kismis
Siapa cakap orang sakit tak boleh makan dessert? Masa sakit dah tentu selera makan anak dah kurang. Tak salah pun bagi anak makan sikit dessert asalkan yang berkhasiat. Kali ni nak share agar² sedut nabeez kismis (air rendaman kismis semalaman) yang elok untuk anak demam & melegakan tekak. Agar² boleh sejukkan badan & nabeez kismis lak bertindak sebagai antibakteria & antioksidan yang membantu menentang jangkitan, redakan demam juga boleh tingkatkan selera makan.
Tempoh hari masa Fydh demam & selesema, hari ke-3 tu demam dah kebah pun. Tapi start batuk jenis chesty cough (kahak masih sikit tapi pekat sampai susah nak keluar) lak. Doc check tekak dah bengkak & luka. Sebabkan batuk dia teruk sangat, hari ke 4 tu Fydh demam balik. Selain penjagaan demam yang betul, pengambilan ubat ikut dos & masa yang ditetapkan, boleh juga berikhtiar dengan jaga pemakanan. Kali ni mak² bolehlah buat dessert lak tuk anak yang demam & tak selera makan tu.
Nabeez kismis:
1-2 sudu makan kismis
½ cawan air masak
Rendam semalaman atau paling kurang 8-12 jam pada suhu bilik (supaya khasiat dapat larut ke dalam air dengan baik).
* kalau rendam pagi, petang dah boleh guna.
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
3 biji kurma merah (kering) – optional
½ cawan nabeez kismis
Sedikit madu
Buah²an pilihan (pastikan buah yang anak makan)
Cara-cara:
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masukkan ke dalam periuk bersama kurma merah & secawan air.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan air nabeez kismis. Tambahkan sedikit madu. Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
Tambah buah²an potong sebelum hidang.
* untuk anak yang dah besar boleh sedut agar² macam tu je. Tapi untuk anak kecik, makan dengan sudu supaya tak tercekik pulak kismis tu.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
Hari ni saya buat agar² sedut perisa oren & nanas lak. Agar² oren & nanas ni tinggi vitamin C, elok untuk anak demam. Tapi kalau anak sakit tekak/tekak dah luka jangan buat perisa oren & nanas ye. Asid boleh menyebabkan keradangan pada tekak yang dah luka.
Jus oren
2 biji oren
Gunakan lemon squeezer, ambil jus dari 2 biji oren. (Jgn blend sebab nak dapatkan pulp/sari oren). Tambah sikit air untuk cukupkan setengah cawan (jika saiz oren kecil)
Bahan agar-agar sedut:
2 sudu penuh (guna sudu kfc) agar² tali (potongkan pendek² supaya senang nak sukat)
1 cawan air (250ml)
Sedikit nanas dipotong
½ cawan jus oren
Sedikit madu
Cara-cara
Pastikan basuh dulu agar² tali & tapis. Masak bersama secawan air.
Campurkan agar² ke dalam air & masak dengan api sederhana sehingga mendidih & agar² tali larut sepenuhnya. Tutupkan api.
Campurkan nanas yang telah dipotong & jus oren tadi. Tambah madu jika suka. Kacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas & biarkan suam sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang²nya 2 jam.
* kalau anak tak suka agar² yang lembik, boleh lebihkan agar² tali masa masak.
* yang saya buat ni, saya tambah sesudu sunquick sebab anak memang tak makan buah oren/minus jus oren kecuali tambah sunquick jer.