Musim PKPB, ramai ibu bapa mengambil jalan selamat untuk mengasingkan anak-anak daripada dunia luar supaya anak-anak sentiasa selamat daripada virus-virus yang tidak diingini.
Ada juga anak-anak yang langsung tidak terkena cahaya matahari dan hanya bermain di dalam rumah. Kesanya, mereka kekurangan Vitamin D yang boleh mengakibatkan sawan terjadi. Ikuti perkongsian doktor ini.
Pagi-pagi ni, Satu lagi isu saya nak share, Satu lagi yang merisaukan..
Masa PKPB ni, Sebab kurang OUTDOOR untuk anak-anak, Kami dah mula terima kes KEKURANGAN VITAMIN D.
Dibawa ke wad sebab ‘sawan’, Bila diperiksa kami dapati kalsium rendah dalam badan anak usia 10tahun,Kalau dibiarkan, Kekurangan vitamin D boleh affect tulang kanak-kanak iaitu penyakit RICKET!
(refer gambar)
Ads
Bila kami tanya pesakit tu, TAK SUKA SUSUKurang pengambilan produk tenusu, Lepastu sejak PKP fasa pertama,Anak memang dok dalam rumah je,Main gajet most of the time.
Yelahkan, Mak ayah risau nak bagi keluar. Sumber utama vitamin D
Adalah dari matahari☀️ Bila matahari kena pada kulit anak, Vitamin D dihasilkan, Selain tu produk tenusu juga membantu.
Ads
Jadi, Walau PKPB ni, Usahakan anak-anak outdoor walau sekejap,
Especially terbaik matahari pagi sebelum pukul 8am. Boleh cuba sarapan di balkoni ke,
Backyard ke.. Paling best anak bermain di luar..FREE play!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas genap sembilan bulan kehamilan, proses melahirkan bayi antara detik yang paling digeruni oleh ibu hamil. Macam-macam cerita pengalaman orang lain bersalin memberikan sedikit gambaran bagaimana proses melahirkan anak akan berlaku.
Namun tak dinafikan sedikit sebanyak cerita pengalaman orang lain itu ada yang menakutkan sesetengah ibu walaupun sudah diketahui setiap ibu akan melalui pengalaman berbeza-beza.
Selain daripada mendengar pengalaman orang lain, ada juga yang menuntut ilmu persediaan melahirkan bayi daripada doktor dan jururawat melalui kelas antenatal dianjurkan hospital.
Biasanya bakal ibu akan diajar teknik pernafasan yang betul bagi membantu memudahkan proses melahirkan bayi.
Bagi yang bakal bersalin tak lama lagi, mungkin boleh juga mempraktiskan apa yang dikongsi oleh Ustazah Fatimah Syarha, penceramah dan penulis buku motivasi yang baharu melahirkan anak keenamnya pada 9 April lalu.
Ustazah Fatimah telah berkongsi di Instagramnya amalan melalui proses bersalin yang mudah dengan izin Allah SWT.
“Dr, bagus teknik pernafasannya,” kata doktor pakar pada suami saya.
“Alhamdulillah, dia study kuat pasal tu,” balas suami saya.
Walaupun saya masih lemah nak berkongsi, namun saya risau andai ada ibu-ibu yang nak masuk labour room tapi tak sempat prepare ilmu teknik pernafasan ni dulu. Boleh google. Misalnya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=bYw5v6smUIE
Sementara pengalaman di ‘labour room’ masih segar, ada 1 ilmu penting juga saya nak kongsi bila di labour room:
1. Tukar dalam minda perkataan contraction kepada ‘bantuan Allah’.
Masa contraction berlaku, fokus dalam minda, “Alhamdulillah, tq Allah yang pengasih penyayang.” Fokus, “ini nikmat bantuan Allah. Allah sedang tolong bukaan rahim. Baby akan segera keluar. Senyum. Sebut Alhamdulillah lagi.”
2. Dunia luar berusaha, dunia dalam bergantung pada Allah sepenuhnya.
Kita memang perlu berusaha sejak SEBELUM bersalin lagi, lengkapkan ruh, jasad, mental dan emosi. (Saya banyak kongsi dalam buku saya #berjuangurusemosi)
Namun, bila kita SEDANG berada di labour room, jangan guna banyak sangat strategi kritik diri dan menyesal kerana kita mungkin KURANG siapkan semua tu.
Dunia luar memang kita perlu berusaha, namun dunia dalam, kita optimis bertawakkal dengan Allah sepenuhnya, bukan dengan usaha kita sedikitpun.
Allah boleh bantu kita dengan kun fayakun. Senyumlah atas nikmat ada bantuan Allah! Allah pasti tunaikan apa jua bentuk baik sangka kita padaNya. Yakin!
3. Praktis teknis pernafasan yang betul saaaangat membantu MENGURANGKAN (bukan menghilangkan) kesakitan yang very powerful tu. InsyAllah.
Selamat berjuang semua bakal ibu. Ingat Allah selalu sayang
Penulis buku motivasi Berjuang Urus Emosi ini turut bersyukur kerana dengan izin-Nya proses melahirkan anak berlaku secara normal tanpa induce, tidak digunting, tidak dijahit dan tanpa mengambil sebarang ubat tahan sakit.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Azmi Saat yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Nazira Muhammad selamat melahirkan bayi mereka petang tadi.
Melalui Instagramnya, Azmi berkongsi kegembiraan itu kepada semua pengikutnya di media sosial.
Pernah melalui detik duka sebaik kelahiran bayi sulungnya tidak lama dulu, kini Azmi dan isteri sekali lagi diberikan rezeki Allah untuk menimang zuriat sendiri.
“Alhamdulillah. Pukul 3:28 tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami.
“Baby dan Ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah,” kongsinya penuh rasa syukur dan gembira.
Bahkan bayi perempuan comel seberat 3.62kg yang begitu dinantikan semua itu juga sudah pun diberikan nama, Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi.
Meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga, Azmi juga turut mendoakan agar perjalanan anak kecilnya itu dipermudahkan malah menjadi anak yang sihat dan solehah.
“Baby gebu. Beratnya 3.62 KG. Moga Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya lagi.
Terdahulu, awal pagi tadi, Azmi berkongsi rasa terujanya untuk menimang cahaya mata yang dinantikan sekian lama selepas pemergian anak sulungnya, Khairul Afnan yang meninggal dunia dua tahun yang lalu.
Penggunaan cara hilangkan batuk kanak kanak secara semula jadi amat digalakkan untuk anak di bawah usia 6 tahun. Tetapi apakah antara petua hilangkan batuk kanak kanak yang boleh dicuba ya?
Cara hilangkan batuk kanak kanak semula jadi
Kebanyakan penyakit yang dialami anak boleh sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan campur tangan perubatan. Rawatan untuk batuk tidak disyorkan melainkan ia mengganggu tidur atau aktiviti harian mereka mahupun disertai dengan demam. Remedi rumah adalah lebih baik daripada ubat yang dibeli di kaunter (over-the counter, OTC) untuk merawat batuk anak kerana ubat OTC boleh mendatangkan kesan sampingan.
Berikut antara petua hilangkan batuk kanak-kanak:
1. Madu
Madu dapat menipiskan lendir dan memudahkan batuk keluar. Bahan semula jadi ini dipercayai sebagai ubat terbaik untuk melegakan batuk dan membantu si kecil yang tidak sihat tidur lebih lena.
Tetapi elakkan petua ini jika anak berusia bawah 1 tahun kerana ia boleh menyebabkan mereka berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan teruk disebabkan bakteria tertentu yang terdapat di dalam madu.
2. Susu suam, salah satu cara hilangkan batuk kanak kanak
Cuba campurkan secubit serbuk kunyit dengan susu suam bagi memberikan kelegaan kepada sakit tekak anak.
3. Pengambilan cecair
Air suam atau air sejuk boleh dijadikan ubat batuk yang baik kerana ia membantu menipiskan kahak dan menjadikan anak lebih mudah batuk. Pengambilan air mencukupi juga membantu memastikan anak kekal terhidrat. Berikan mereka air sejuk, jus sejuk atau suam, mahupun teh herba tanpa kafein suam.
Untuk si manja di bawah usia 6 bulan, berikan susu ibu dengan kerap untuk menghindari dehidrasi. Suhu panasnya membantu melegakan sakit tekak dan bertindak sebagai pengewap (vaporizer) yang mencairkan lendir dalam saluran hidung.
4. Sup ayam
Jangan terkejut, sup ayam turut dikatakan mempunyai sifat antiradang.
Suhu panasnya membantu melegakan sakit tekak dan bertindak sebagai pengewap (vaporizer) yang mencairkan lendir dalam saluran hidung.
5. Pelembap udara
Sentiasa gunakan pelembap udara (humidifier) bagi mengelakkan kekeringan udara persekitaran di dalam rumah.
6. Penyedutan wap
Steam inhalation membantu mencairkan lendir. Jadi gunakan alat ini pada anak sekerap mungkin.
7. Berkumur air garam, antara cara hilangkan batuk kanak kanak
Campurkan 1 ½ sudu teh garam dengan 237ml air, dan minta anak berkumur dengan larutan tersebut. Ia dipercayai dapat meredakan kerengsaan tekak yang sering disertai batuk.
Harus diingatkan petua hilangkan batuk kanak-kanak ini hanya sesuai untuk anak yang lebih tua dan sudah mahir berkumur.
8. Berehat
Galakkan anak untuk banyak berehat bagi meredakan ketidakselesaan yang dialami.
9. Elakkan perengsa
Jika batuk anak kering dan serak, ia mungkin kerana asma atau alahan. Jadi elakkan daripada mendedahkan anak kepada perengsa seperti asap rokok, minyak wangi atau haiwan peliharaan.
10. Mandian air suam, cara hilangkan batuk kanak kanak boleh dicuba
Mandian air suam juga boleh mencegah kekeringan pada saluran pernafasan. Duduk bersama anak di dalam bilik mandi selama lebih kurang 20 minit dengan pintu tertutup – agar bilik menjadi berwap.