Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.
Bahkan kata Nabila lagi yang mengakui tugas seorang ibu tidaklah mudah, dia makin goyah bila setiap kali hendak keluar bekerja.
“Keluar kerja pun saya rasa macam nak cepat balik mahu jumpa anak. Bila pulang lambat sedikit, dalam kepala dah teringat Baby M.”
“Bila keluar rumah nak pergi kerja, terfikir nak kena tinggalkan dia sekejap pun rasa macam sedihnya. Tapi nak tak nak, kerja kita dkena teruskan. Insya-Allah, saya akan cuba bahagiakan masa lagi untuk anak saya,” ujarnya.
Ads
Tambah Nabila lagi walaupun dia mempunyai pembantu namun sebagai seorang ibu dia sendiri lebih selesa menguruskan bayinya sendiri.
“Kami bersyukur kerana dikurniakan Baby M dalam kehidupan kami berdua. Walaupun keluarga kami kecil tetapi sudah tentu ada bantuan daripada pembantu dan juga keluarga.
Ads
“Jadi mudahlah saya kembali menguruskan kerjaya saya,” kongsinya lagi.
Pun begitu kata Nabila dia cukup mengagumi ibu-ibu bekerja di luar sana yang terpaksa menguruskan anak sendirian sebaik pulang dari bekerja.
Ads
“Sebagai ibu saya tetap jaga Baby M. Apa yang saya boleh kata tugas sebagai anak seni dan dalam masa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri bukanlah mudah.
“Saya sangat respect ibu-ibu di luar sana yang memang menjaga sendiri anak mereka tanpa bantuan siapa-siapa. Korang memang power. Saya yang menerima bantuan dari orang terdekat pun masih tidak cukup tidur apatah lagi mereka,” ujarnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dapat suami baik itu pun satu rezeki dari Allah SWT. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja. Tetapi mendapat pasangan yang saling memahami dan anak-anak yang membahagiakan juga satu rezeki dan rahmat daripada Allah SWT.
Ramai orang berdoa agar dikurniakan pasangan hidup yang menyejukkan mata dan kehidupan tetapi tidak semua berpeluang mendapat rezeki tersebut.
Walaubagaimanapun sebagai hamba-Nya kita tidak boleh berputus asa sebaliknya teruskan berdoa kerana Dia sahaja yang berkuasa mengurniakan apa sahaja yang dikehendaki kepada hamba-hamba-Nya.
Selain daripada itu kita juga boleh menjadikan kisah kehidupan pasangan suami isteri lain yang bahagia sebagai inspirasi untuk dicontohi. Salah satu pasangan selebriti yang sering berkongsi kebahagiaan rumah tangga mereka adalah Ozlyn dan Johan.
Sebagai ketua keluarga, Johan mempunyai cara yang dikagumi dalam mendidik anak-anaknya terutama bab bersolat, mengaji, menghormati ibu bapa dan membantu kerja di rumah.
Seronok melihat cara kehidupan mereka sekeluarga yang sentiasa berusaha mencipta bahagia cara mereka tanpa perlu mengikut orang lain.
Ozlyn yang gemar berkongsi pelbagai telatah dan gelagat suami dan anak-anaknya di Instagram secara tidak langsung sebenarnya mengajak orang lain untuk sama-sama saling berusaha membahagiakan keluarga masing-masing.
Walaupun keduanya bergelar selebriti dan sentiasa sibuk tetapi ia bukan alasan untuk pasangan ini mendidik dan mendisiplinkan anak-anak mereka mengikut acuan yang dikehendaki. Hasilnya kesemua anak-anak Johan dan Ozlyn memang ‘jadi’ orang.
Paling seronok bila melihat bonding mereka dengan anak-anak yang sangat rapat walaupun keduanya mendidik anak dengan cara yang tegas dan garang tetapi anak-anak tetap ‘melekat’ dengan papa mama. Memang salute lah!
Ini antara cara didikan Johan dan Ozlyn terhadap anak-anak yang mungkin boleh dicontohi oleh ibu bapa lain jua.
3. Rajin layan anak bermain. Antara cara mudah cipta bonding dengan anak iaitu rajin layan mereka bermain. Momen seronok tersebut akan tersimpan rapi dalam kotak memori anak sampai bila-bila.
4. Rajin jaga anak. Walaupun bila geng bapak-bapak yang jaga anak akhirnya dia akan tidur sekali dengan anak tetapi effort para bapa ini patut diraikan dan dipuji.
5. Ajar anak besar jaga adik-adik. Sifat tanggungjawab yang patut ibu bapa ajar pada anak-anak yang sudah besar. Barulah hubungan adik-beradik rapat sampai ke akhir hayat.
6. Masak untuk suami dan anak-anak. Ozlyn memang dikenali rajin memasak dan masakannya juga nampak sedap-sedap belaka. Ibu anak enam ini juga rajin berkongsi menu masakannya sebagai satu cara memberi idea kepada followers untuk memasak.
Patutlah keluarga Ozlyn dan Johan sentiasa nampak bahagia dan harmoni. Semoga dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan menjadi asbab pahala kepada pasangan bahagia ini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kepada jurusolek terkenal MUA Bellaz iaitu Iriz Alisya telah dibawa ke sebuah pusat rawatan selepas mengalami kecederaan ketika berada di dalam tandas.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Bellaz bersama suami serta anak sulung mereka itu dilihat baru sahaja selesai menerima rawatan. Alisya atau mesra dengan panggilan Eica itu tidak mampu berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda selepas kakinya dibalut.
Suami Bellaz, Anuar Ahmad, dilihat mengangkat puteri mereka masuk ke dalam kereta selepas rawatan. Menurut Bellaz atau nama penuhnya Nur Nabila Zulyadaini, kejadian berlaku ketika Eica sedang mandi.
“Selepas saya selesai live petang tadi, dia sedang mandi. Lepas itu saya dengar bunyi kuat dari luar macam ada benda jatuh. Saya berlari dan mendapati penutup flush tandas yang berat tu jatuh timpa kena kaki dia. Kami bawa dia pergi hospital dan scan, dia patah jari kaki,” jelas Bellaz.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata bersimpati dan mendoakan kesembuhan Eica.
“Berat jugak tu tudung flush tu… semoga cepat sembuh kakak.”
“Sebak aku tengok sebab bapak dia layan macam ni. Aku tak pernah dapat layanan macam ni dari siapa pun dalam hidup. Semoga baik-baik sahaja untuk family Bellaz.”
“Sebaknya part abah dia dukung. Kalau bab abah ni jangan buat main sebab tu cinta pertama perempuan.”
“Nanti wara cakap makan ubat makan ubat baru lega. Cepat sembuh Eica.”
Kebanyakan netizen turut memuji sikap penyayang Anuar Ahmad terhadap anaknya dan berharap agar Eica segera pulih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa ‘derhaka’ memang wujud pada zaman ini. Mungkin kedengaran agak kasar pada halwa telinga. Selalunya yang biasa kita dengar, ungkapan anak derhaka kerana ia cukup popular digunakan sebagai merujuk anak yang bersikap kurang ajar atau biadab terhadap orang tuanya.
Walaupun label itu tidak wajar diberikan kepada insan yang melahirkan dan membesarkan anak-anak namun ibu bapa juga seperti insan yang lain, tidak kalis dosa. Sebenarnya ibu bapa juga tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan.
Berikut dikongsikan tanda-tanda ibu bapa derhaka. Moga bermanfaat.
1. TIDAK MENGAJAR ANAK MENGENALI ALLAH SWT
2. TIDAK MEMBERI HAK PENDIDIKAN
3. MENGABAIKAN KEPERLUAN TUMBESARAN
4. MENDAHULUKAN KEHENDAK DIRI BERBANDING KEPERLUAN ANAK
5. MENGELAK MENJAGA ANAK KERANA MERASAKAN MEREKA BEBAN
6. WUJUD SECARA FIZIKAL TETAPI TIDAK SECARA EMOSI
7. MEMUKUL, MENGHERDIK, MEMBERI GELARAN BURUK & APA JUA KEKASARAN YANG DILAKUKAN TERHADAP ANAK
8.MENGEJEK & MEMALUKAN ANAK DEPAN ORANG LAIN
9. TIDAK BANDING DENGAN ANAK LAIN
Benar tiada ibu bapa yang sempurna tetapi cubalah menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa memperbaiki diri demi tumbesaran anak yang sihat. Didikan yang baik pasti akan melahirkan anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Obstructive Sleep Apnea Kanak-Kanak boleh menyebabkan anak berdengkur, tidur ternganga dan sukar bernafas ketika tidur. Ketahui simptom, punca serta kepentingan mendapatkan rawatan awal.