Kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 36. Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka. Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang ini boleh memberikan risiko tinggi kepada bayi.

Setiap ibu hamil perlu mengetahui tentang tanda-tanda kelahiran pramatang. Ia mustahak sebagai persediaan menghadapi dan mengelakkan panik. Ia memang tidak boleh dijangka serta boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Rasa Kekejangan Pada Bahagian Perut Atau Cramp Antara Tanda Kelahiran Pramatang

Tanda-tanda kelahiran pramatang

Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu ke 36 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan. Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.

  1. Turun darah secara tiba-tiba
  2. Rasa kekejangan pada bahagian perut atau cramp
  3. Berlaku kontraksi secara tetap

Tahap-tahap kelahiran pramatang  

IKLAN

Late preterm iaitu lahir antara minggu 34 ke minggu 36

Moderately preterm iaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34

Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 30 minggu

Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu

IKLAN

Rawatan di hospital

Selepas mendapati terdapat tanda-tanda kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang ini, ibu perlulah serta-merta ke hospital. Prosedur yang akan dilakukan kepada ibu yang bakal melahirkan kandungan pramatang semasa di hospital akan ditentukan bergantung kepada penyebab kelahiran pramatang. Ibu terbabit (pesakit) akan dimasukkan ke dalam wad dan doktor akan bertindak menyiasat punca kepada tanda-tanda kelahiran pramatang tersebut dan cuba untuk merawat penyebabnya (non active procedure) .

Menurut Dr Mohd Daud, cara bersalin normal atau pembedahan caeseraen bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. Majoriti kes kelahiran pramatang, pihak perubatan akan cuba agar si ibu dapat melahirkan secara normal.

Ibu yang risiko tinggi menghadapi kelahiran pramatang?

IKLAN
  • Sejarah kelahiran pramatang sebelum ini.
  • Kelahiran kembar.
  • Jarak antara kehamilan kurang dari enam bulan.
  • Kehamilan disebabkan rawatan in vitro fertilization (IVF).
  • Ibu yang mempunyai masalah pada uterus, pangkal rahim atau plasenta.
  • Ibu yang merokok atau mengambil dadah.
  • Kekurangan nutrien semasa hamil.
  • Ibu yang tidak naik berat badan pada tahap sepatutnya semasa hamil .
  • Jangkitan kuman pada air ketuban dan vagina.
  • Ibu yang mengalami darah tinggi dan kencing manis yang kronik.
  • Berat badan kurang atau melebihi paras normal sebelum hamil.
  • Tekanan perasaan
  • Sejarah keguguran sebelum ini.
  • Mengalami kecederaan atau trauma.
  • Air ketuban yang banyak
  • Ibu yang mempunyai masalah fibroid

Sentiasa peka tentang kelahiran pramatang

Penting untuk ibu mengandung menjalani pemeriksaan antenatal mengikut jadual yang ditetapkan. Ibu –ibu yang mempunyai masalah kesihatan, perlu mengawal masalah kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil. Mereka boleh mengikuti kaunseling sebelum merancang untuk hamil.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Rasa Kekejangan Pada Bahagian Perut Atau Cramp Antara Tanda Kelahiran Pramatang

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI