Membiarkan anak menonton Youtube pada tempoh yang lama sememangnya tidak disarankan oleh mana-mana pakar. Namun bijaklah memilih untuk anak tonton sepanjang tempoh dua jam yang disarankan oleh pakar.
Nak pilih channel apa? Jika anda mahu anak lebih cepat kuasai English dalam percakapannya, beberapa channel turut disarankan.
Menurut perkongsian Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim, empat channel ini antara channel terbaik untuk ajar cepat belajar Bahasa Inggeris. Banyak perkataan mudah yang diajar dengan baik dan jelas.
Hah, ini 4 channel yang saya rekemen jika nak anak belajar cakap English dengan baik.
1. Steve & Maggie Saya paling suka steve & maggie sebab cara dia berlakon tu dah macam cikgu mengajar. Bukan budak je, kita yang dewasa pun boleh belajar sekali.
Ads
Sebutan jelas, di ulang beberapa kali satu satu perkataan & penjelasan pun mudah faham.
2. Ms. Rachel Ms. Rachel pula sangat bagus untuk toddler ke atas. Videonya sangat simple & sangat responsif dengan penonton.
Sambil sebut perkataan Ms. Rachel akan tunjuk pergerakan mulutnya, pause sebentar untuk anak catch up & gunakan isyarat tangan serta bahasa tubuh. Patut la anak anak cepat faham!
Ads
3. Blippi Rasanya ramai anak suka Blippi ni. Karakter dia kelakar & terhibur. Sebutan English blippi pun sangat bagus & jelas.
Ads
4. Abibi Abibi pula versi islamik Blippi. Abibi guna bahasa english dalam rancangan, sebutan pun sangat jelas & tersusun. Dengan karakter abibi yang kelakar bukan anak je, kita yang dewasa pun terhibur.
Paling terbaik ialah abibi mendidik juga tentang zikrullah. Alhamdulillah, insyaAllah & masyaAllah.
Jozlyn kongsi tips kejut anak kecik mudah bangun solat subuh setiap hari. Jangan kata anak kecik, anak besar bahkan orang tua pun kadangkala ‘liat’ nak bangun solat subuh.
Pelakon wanita yang juga ibu kepada 6 orang anak ini sememangnya gemar berkongsi pelbagai tips yang dipraktiskan dalam mendidik anak-anaknya. Cara didikan Jozlynn yang terkenal tegas dan ‘garang’ itu berjaya melentur peribadi anak-anaknya menjadi ‘orang’.
Maka tak hairanlah kalau anak sulungnya, Ariq, 16, kini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara.
Bonding mereka sekeluarga sememangnya sangat dikagumi. Dia dan suaminya Johan sememangnya sangat tegas dalam bab mendidik anak-anak mereka berdisiplin mengerjakan solat fardu setiap waktu.
Terbaru di laman Instagramnya, Jozlyn berkongsi gambar 2 orang anak perempuannya, Chantiq & Moleiq masing-masing terlena di ribaan si ibu usai solat subuh.
Sejuk perut ibu lahirkan anak-anak yang rajin solat. Bukan perlu dipaksa tetapi siap pesan kepada mamanya supaya kejutkan mereka bangun solat subuh.
Antara tips yang dilakukan oleh Jozlynn untuk memudahkan mengejut anak-anak bangun solat subuh dari kecil iaitu:
tips nak kejut anak bgn subuh sgt senang, pastikan dorg cukup makan, cukup tdo.. (tdo awal) tips tdo awal nih bkn anak je senang nk bgn.. mak bapak pon boleh bgn awal.. anak lelaki kami slalu pesan sblm tdo doa kat Allah mintak terjaga bila dgr azan..selain dr tdo awal tu jugak tips dia.. insyaAllah cuba la..
Katanya juga antara anak perempuan lebih mudah dikejutkan awal pagi berbanding anak lelaki.
mcm anak perempuan ni nak kejutkan lebih senang dari anak laki.. anak perempuan bg salam, panggil nama je terus bergerak n bukak mata.. anak laki kdg kena tonyoh muka tu baru nak bgn..
Ramai followers pasangan selebriti ini kagum dengan didikan mereka yang tegas bab mendisiplinkan anak-anak solat. Ternyata amalan solat berjemaah dan makan bersama menjadi kunci kebahagiaan keluarga ini.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihatkan perkembangan anak sulungnya yang mengalami masalah autisme begitu baik dan positif dari hari ke hari, kata Dr Say dia dan isterinya, Dr Azura Abas, dia terlupa bahawa anak kecilnya itu masih memerlukan perhatian khusus buatnya.
Berkongsi cerita dan rutin harian anaknya, Ace, bapa penyayang ini meluahkan rasa kesalnya kerana menyangkakan anak kecilnya itu sudah menunjukkan perkembangan yang baik. Walhal kata Dr Say menerusi Instagramnya, Ace amat memerlukan perhatian yang lebih.
Berkongsi cerita menerusi Instagramnya kata Dr Say, dia mula sedar tindakannya dan isteri yang mengubah sedikit jadual rutin harian Ace memberi kesan kepada anak kesayangannya itu.
“Lama dah tak update progress autism Ace. Semalam kami dipanggil for parents teachers meeting sebab habit mengigit Ace semakin teruk.
“Bila kawan ambil barangnya atau duduk berdekatannya, Ace akan gigit kawan tu. Eventhough lepas tu teachers akan bagitahu Ace yang “friend hurt, friend cry” di samping berstory telling & Ace akan minta maaf, bila incident yang sama berulang, Ace akan mengambil jalan keluar untuk menggigit.
“Jadi sesuatu perlu dilakukan & ia perlu dilakukan dengan cepat. Bila cikgu panggil for parents teachers meeting, saya & bini terduduk,” kongsinya kesal.
Rupanya kata Dr Say lagi, semuanya bermula selepas dia dan isteri menukar sedikit jadual harian Ace. Jadual yang simple tetapi besar kesannya buat anak kecil itu.
“Terduduk takut Ace kena buang sekolah sebab kitorang suka kao kao @axonchildrenscentre, he made tremendous progress over there.
“Masa meeting, teachers tanya “ada perubahan ke dalam rutin harian Ace lately?”. Kami cakap ada, sebab selama ni it has always been mommy yang tidokan Ace tapi sejak bini start oncall dari bulan lepas, saya lah yang tidurkan Ace.
“Di samping tu juga kami cuba nak kejutkan dia awal pagi supaya dia tak missed out on school tu pun sejam awal dari timing yang dia biasa bangun.
“Well, walaupun perubahan kecil dalam rutin macam ni pun boleh menyebabkan kesan yang besar kepada kanak-kanak autistik seperti Ace.
“Kata teacher, Ace datang sekolah, kadang-kadang sambung tidur yang deep gila & dia kerap cranky. Jadi teachers suggest to get chewing toys, heavy blankets & mainan yang specific untuk sensory Ace,” kongsinya lagi.
Kata Dr Say lagi, dia mengakui mereka mula alpa dan lalai bila mana melihatkan perkembangan anaknya yang cukup baik dari semua segi.
Tidak hanya Ace kini bijak mengawal emosinya, bahkan anak kecilnya itu juga sudah mampu bercakap dua hala malah semakin petah bercakap.
“Berbalik kepada topik di atas, apa yang saya & bini tersalah langkah adalah kami TER-OVERLOOK progress Ace.
“Kami dibutai positive progressesnya seperti kepetahan dia bercakap, ke-responsive-an dia terhadap emosi, two-way communicationnya yang kami ingat “finally, we have done a good job & we can take a breath & biar Ace auto-pilot” padahal KITA JANGAN SEKALI-KALI BERPUAS HATI.
“Bila ter-selesa sikit kami jadi tak perasan kelemahan Ace sebab bila ada anak special kid, YOU MUST NEVER LET YOUR GUARD DOWN sebab mereka boleh REGRESS. Besar cabaran membesarkan anak istimewa ni. Mommy & daddy mintak maaf Ace, we will try harder for u & adik k?,” kongsi Dr Say lagi.
Semoga Ace baik-baik sahaja menunjukkan perkembangan yang begitu baik dari hari ke hari.
Ada pasangan suami isteri dikurniakan Allah mudah dapat anak. Bak kata orang pantang sentuh, lekat je. Ada yang risau kalau tiap tahun asyik beranak sahaja.
Rasa malu dan bimbang pula dengan orang sekeliling kalau kerap sangat mengandung dan beranak. Ada juga yang risau memikirkan faktor ekonomi keluarga mungkin akan terjejas sekiranya mempunyai anak kecil yang ramai berderet-deret.
Sebenarnya pasangan suami isteri tidak perlu risau dan takut memikirkan semua perkara tersebut kerana yakinlah bahawa anak itu adalah amanah dari Allah dan Dia jugalah yang memberi rezeki kehadiran anak tersebut walau kita rasakan masih belum bersedia.
Janganlah kita rasa takut untuk mempunyai ramai anak kerana Allah SWT telah menetapkan rezeki bagi setiap anak yang dilahirkan. Jadi tak perlu menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak kerana tak semua orang berpeluang menikmati rezeki tersebut.
Ada pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya tapi masih menanti kehadiran zuriat, ada pula yang mudah dapat anak dan tak semua orang berpeluang memperoleh rezeki itu. Itu semua adalah rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya
Memetik kata-kata Ustaz Kazim Elias dalam satu ceramahnya yang mengingatkan setiap pasangan suami isteri agar tidak takut untuk beranak ramai kerana Allah SWT telah menetapkan rezeki setiap anak tersebut. Beliau membacakan maksud surah Az-Zukhruf ayat 32 iaitu:
“Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.”
Menurut Ustaz Kazim setiap manusia yang hidup di dunia ini ada rezeki masing-masing daripada Allah SWT. Jadi tak perlu dengki sesama manusia kerana Allah pasti bagi rezeki kepada kita. Jadi janganlah takut atau bimbang, yakinlah kepada rezeki Allah.
Beliau turut mengingatkan pasangan suami isteri yang mudah dikurniakan rezeki anak supaya tidak membunuh janin yang ada dalam kandungan hanya kerana takut miskin.
“Jangan takut mengandung, jangan bunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Allah sudah sebut dalam al-Quran bahawa setiap anak-anak yang lahir ada rezekinya. Allah kata kami jamin rezeki untuk setiap anak.
Lahir sahaja seorang anak, rezekinya sudah ada. Bayangkan lahir sahaja anak sudah ada susu ibu untuknya sebagai makanan awalnya yang Allah kurniakan melalui ibu. Bayangkan betapa Pemurahnya Allah kepada hambaNya kerana sekecil usia bayi lagi Allah sudah sediakan rezeki yang cukup untuknya. Ibu bapa juga jangan kedekut dengan anak-anak. Ada yang kedekut dan berkira untuk anak-anak.
“Kadang-kadang ada suami isteri yang kedekut dengan bilangan anak, mereka kata cukuplah dua atau empat anak sahaja. Jangan takut tentang hal rezeki. Ambillah syaitan sebagai musuh bukan manusia sebagai musuh kita. Allah Taala Maha Baik, setiap orang hidup di dunia ini ada rezekinya.”
Rasulullah SAW Suka Umatnya Ramai
Memetik kenyataan bekas Imam Besar Masjid Negeri Terengganu yang kini merupakan Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid), Haji Aizi Saidi Abd Aziz, setiap zuriat telah tertulis rezeki untuknya, jadi tak perlu bimbang untuk mempunyai anak ramai.
Bagaimanapun, kata Aizi Saidi, lain pula bagi mereka yang tidak berkemampuan, sakit dan sekiranya beranak, ia akan memudaratkan dirinya. “Kita tidak nafikan, bagi mereka yang sakit, tidak berkemampuan untuk mempunyai anak, ada mereka yang mengalaminya.
“Jadi, bagi yang mengalami situasi itu, perlu bersabar dan terus berdoa agar ditemukan jalan terbaik,” katanya.
Mengulas faktor ekonomi yang menyebabkan pasangan takut untuk mempunyai ramai anak, beliau berkata, ia bukan faktor penghalang .
“Dari segi ekonomi, satu sahaja kita perlu ingat, kita tidak tahu rezeki ALLAH SWT macam mana. Sebenarnya Dia telah tetapkan rezeki kita dan jika ada yang takut untuk beranak kerana faktor ekonomi, saya rasa ia telah lari dari konsep asal penciptaan manusia itu sendiri.
“Rasulullah SAW sendiri suka kepada umatnya yang ramai. Itu bukti mempunyai ramai zuriat ada 1001 hikmah yang tersembunyi. Kecuali bagi mereka yang sakit, mudarat, tidak berkemampuan dan tidak mampu untuk menguruskan anak” katanya.
Menurut Aizi Saidi lagi, jarak dua tahun (susuan) adalah jarak paling ideal bagi setiap anak agar anak mendapat susu dan tumpuan sepenuhnya daripada ibu.
“Itu adalah hikmah bagi ibu yang menyusu anak. Tempoh dua tahun yang diberikan adalah untuk mereka memberi tumpuan menyusu anak sepenuhnya, sekali gus menjadi jarak antara dia dan adiknya,” katanya kepada akhbar Sinar Harian edisi Terengganu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!