Semua ibu bapa mahu anak mereka bijak dan berjaya di masa hadapan. Namun anak yang bijak tak datang dengan sendirinya. Banyak usaha yang perlu kita sebagai ibu bapa lakukan untuk memastikan anak berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah di masa hadapan.

Namun kejayaan anak bukan satu ukuran dan tanda kepuasan bagi ibu bapa. Apa yang lebih penting adalah memastikan anak dapat menilai baik dan buruk malah dapat menjadi insan berguna kepada keluarga dan masyarakat.

Demi menjadikan anak insan yang berguna, sukses dan hebat di masa hadapan, pastinya ada beberapa perkara yang seharusnya ibu bapa lakukan Ketika anak-anak masih lagi kecil. Semua ini akan di bawa mereka sehinggalah mereka membesar.

Antara usaha ibu bapa untuk merangsang PERKEMBANGAN 360ᵒ anak berhadapan masa hadapan adalah seperti berikut:

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan? Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Hantar anak ke kelas perkembangan

Jangan takut untuk menghantar anak ke kelas-kelas perkembangan yang memberi nilai tambah kepada dirinya. Kelas-kelas bahasa misalnya, matematik, muzik, melukis dan sebagainya bukan hanya menambah ilmu bahkan anak juga didedahkan dengan pengalaman dari pelbagai aspek kehidupan termasuklah bersosial bersama kawan-kawan, berinteraksi dan menerima arahan disamping mengikuti rutin dan disiplin di kelas perkembangan. Semua ini menambahkan lagi ilmu dan keupayaan otak anak berfikir.

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan? Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Tanamkan nilai-nilai murni dalam diri anak

Menanamkan nilai-nilai murni pada diri anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Ia perlu ditanam dan dipahat kemas dalam diri anak-anak semenjak mereka kecil lagi. Maka segala ilmu dan asas nilai-nilai murni perlu bermula dari rumah sebaiknya. Sikap suka membantu ibu bapa, kawan-kawan, guru,

IKLAN

sayangkan haiwan, jaga kebersihan diri dan persekitaran perlu diterapkan sebaiknya agar mereka dapat menjadi insan yang pandai menilai baik dan buruk dan bertoleransi dengan masyarakat.

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan? Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Ajar anak kemahiran sosial

Kemahiran sosial adalah perkara penting yang mesti diajar kepada anak. Ia merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk rasa yakin diri, rasa percaya, empati serta kebolehan untuk memahami dan berkongsi emosi orang lain. Ia membolehkan Si Manja mudah bergaul dan bersosial di mana-mana situasi, jadi ia sentiasa bersedia untuk berjaya di masa hadapan.

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan? Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Lengkapkan pemakanan sihat

Anak yang sihat, cerdik dan pintar perlu disokong dengan pemakanan yang sihat, segar dan seimbang. Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan makanan yang sihat dan segar serta paling utama jangan abaikan pengambilan susu kerana ia sangat berkhasiat dan dapat membantu anak membina tulang dan gigi yang kuat dengan kandungan kalsium yang tinggi.

IKLAN

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan? Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Susu Dumex Dugro® NextGen NUTRI menyokong keperluan nutrisi diperlukan oleh generasi masa hadapan yang menyokong PERKEMBANGAN 360ᵒ setiap kanak-kanak bersama kasih sayang anda untuk mudah belajar, sihat fizikal dan mampu bersosial dengan ramai orang.

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan? Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Malah Dumex Dugro® NextGen NUTRI juga mengandungi DHA Tertinggi*, Tinggi Zat Besi & Vitamin C, DHA banyak ditemui di dalam otak, manakala Zat Besi membantu pembentukan sel darah merah dan Vitamin C menyumbang dalam penyerapan Zat Besi daripada makanan.

 

**Berdasarkan kandungan DHA/100G dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam lingkungan harga yang sama (<RM35/KG), Nielsen syer >9% sebagaimana pada Januari 2020.

IKLAN

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan? Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Tinggi Kalsium & Vitamin D

Susu yang mengandungi kalsium yang tinggi membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat, manakala Vitamin D pula menggalakkan penyerapan Kalsium.

Bukan itu sahaja malah ia tinggi dengan Vitamin A yang membantu menjaga kesihatan kulit dan membran mucus dan penting untuk fungsi mata, manakala Vitamin E melindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan.

Manakala Inulin pula adalah sejenis serat yang berasaskan sumber semulajadi.

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan? Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Tanpa Sukrosa

Ibu boleh mendapatkan sample percuma Dumex Dugro® NextGen NUTRI untuk merasai kebaikannya dengan klik di sini atau layari dugro.com.my untuk ketahui lebih banyak lagi.

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan? Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI