Tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah. Bila kita memberi, memberilah dengan hati penuh rela dan rasa tawaduk sebab ada orang untuk kita memberi.

Nak Anak Berterima Kasih, Kita Pun Kena Berterima Kasih Pada Pemberi. Barulah Anak Contohi

Dan bila kita berada di bawah, menerima, menerimalah dengan hati yang penuh bersyukur dan bergembiralah kerana Allah mendatangkan seseorang untuk memberi kepada kita. Itu rezeki kita juga yang Allah datangkan melalui orang itu. Maka ringankan mulut mengucap terima kasih dan janganlah mulut berat untuk mendoakan orang yang sudi memberi.

Menurut Ibu Rose, dia melihat terlalu banyak orang tidak tahu menerima pemberian dengan hati yang gembira dan bersyukur. Malah bila orang memberi ada yang berasa terhina. Pelik bin Ajaib mindset ni.

Dan lagi pelik bila mereka menyuruh anak mereka mengucap terima kasih bila diberi sesuatu. Mereka tidak sedar, apabila mereka di tempat menerima itu, mereka telah menunjukkan contoh yang sangat tidak baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.

Kadang-kadang yang terbit di muka mereka adalah rasa sedih dan bersalah kerana orang memberi. Ada juga yang masam kerana orang memberi kepada mereka atau anak-anak mereka. Yang ini memang Ibu tak faham langsung mindset mereka.

IKLAN

Ibu teringat satu kejadian di dalam hidup Ibu. Pada masa itu Ibu masih seorang Ibu muda yang penuh masalah. Hari itu, Arwah Mak Mertua Ibu membawa Ibu, suami dan anak-anak membersih kubur Arwah nenek.

Tiba-tiba kami didatangi seorang lelaki yang tua dan nampak uzur. Arwah Mak Mertua mengatakan dia itu menjaga kebersihan kubur di situ. Ibu lantas bertanya, “Boleh Ji nak bagi sikit sedekah Ma?” Ma mengatakan boleh.

Ibu hulur beberapa ringgit yang Ibu ada masa itu. Masa itu Ibu tidak bekerja jadi beberapa ringgit tu kira banyaklah bagi Ibu .Dia lalu mengangat tangan dan terus membaca doa kesyukuran. Ibu ingat lagi doanya; ” Ya Allah murahkan rezeki budak ini…”

Tak sampai sebulan selepas itu; memang rezeki Ibu melimpah ruah dengan peluang pekerjaan yang bertambah-tambah. Masalah pun telah banyak dapat diatasi.

IKLAN

Inilah contoh akhlak mulia seseorang itu bila menerima. Menerima dengan penuh rasa bersyukur dan menunjukkan penghargaan kepada yang memberi.

Tidak kira di mana tangan kita; tunjukkanlah akhlak yang baik bila memberi dan juga menerima.

Jangan berat mulut mengucapkan terima kasih. Jangan susahkan diri menunjukkan muka yang manis. Tidak hina kita bila menerima pemberian.

Jika kita tidak menunjukkan contoh yang baik bila menerima, untuk mengucap terima kasih dengan muka yang manis dan hati yang gembira; agak-agaknya adakah anak-anak kita akan tahukah berterima kasih kepada kita?

IKLAN

Kita ajarlah seribu kali untuk dia mengucapkan terima kasih bila dia diberi kita beri sesuatu, kalau contoh dari kita sendiri tidak pandai mengucap terima kasih, maka jadilah kita seperti ketam mengajar anak berjalan betul!

Adakah kita mahu begitu?

Kredit: Ibu Rose

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI