Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
Cuba la sesekali tu pujuk dan ajar suami kita supaya cakna dan sensitif dengan keperluan dan emosi anak-anak
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Ads
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
Ads
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
Ads
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
Ibu ayah mesti rasa teruja menyambut kelahiran anak kedua dalam keluarga. Tapi jangan abaikan anak sulung. Perasaan mereka juga perlu dijaga. Selalunya papa dan mama akan beranggapan anak sulung sudah besar dan faham tentang kehadiran adik.
Hakikatnya walaupun mereka sudah besar, kehadiran adik walaupun sangat dinantikan tetapi ada sedikit rasa cemburu. Apatah lagi kalau yang sulung itu masih anak kecil yang tidak berapa faham lagi tentang kehadiran adik baru.
Tentu sahaja bila perhatian papa dan mama tertumpu pada adik baru, si sulung akan buat perangai sebagai salah satu cara memberitahu perasaannya.
Papa dan mama yang tidak faham dengan tindak-tanduk anak akan terus memarahi dan memusuhi anak sulung. Inilah yang akan memberi kesan buruk kepada perkembangan mereka.
Sebenarnya ada cara yang sepatutnya dilakukan oleh papa dan mama terhadap anak sulung ketika menerima kehadiran anak baru. Jom semak apakah dia.
DIA TETAP YANG TERUTAMA
Lahirnya anak kedua di dalam suatu keluarga, kadang kala membuatkan anak sulung terasa seperti dipinggirkan. Padanya adik itu seakan-akan mengambil tempat di hati, perhatian dan kasih sayang mama dan papa darinya.
Lantas, ada yang berubah sikap dengan kehadiran adik. Kerana mereka kanak-kanak, komunikasi verbal mereka terhad, perubahan kelakuan adalah signal untuk mereka menyatakan apa yang terbuku di hati.
Apatah lagi, bila adik lahir terlalu dekat dengannya. Pada mama dan papa, kasih sayang tidak luak walau setitik pun tetapi anak sulung mungkin tidak beranggapan begitu.
Bagaimana mengendalikan anak sulung kita ini? Mungkin tips yang saya kongsikan ini boleh membantu:
Semoga dengan masa yang kita sudah berikan pada anak sulung kita, berkuranglah dia membuat onar dan berkelakuan yang kita tidak senangi.
Situasi semasa penularan dan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut, Ketua Pengarah Kesihatan membuat kenyataan rasmi pada 11 Julai 2018.
Berikut kenyataan daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 11 Julai 2018 yang disampaikan menerusi kpkesihatan.com;
Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan 11 Julai 2018, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan bilangan kes penyakit HFMD di Malaysia. Sehingga 30 Jun 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 27,296 kes berbanding hanya 21,303 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 28%. Bilangan kes di 12 buah negeri telah melepasi paras amaran kecuali Johor, Sabah dan Sarawak.Paras amaran adalah purata bilangan kes HFMD untuk lima (5) tahun kebelakangan dan nilainya berbeza-beza mengikut bilangan kes HFMD bagi setiap negeri.
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Ianya disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71). Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis kes.
Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh (7) ke 10 hari. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis. Tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan penyakit HFMD.
Sehingga kini, di seluruh Malaysia, sebanyak 341 buah taska / tadika / tabika / pra-sekolah telah melaporkan kluster HFMD di premis mereka, iaitu 50% dari jumlah wabak yang dilaporkan pada tahun ini. Survelan virus HFMD juga mendapati peningkatan aktiviti virus EV71 dalam persekitaran semenjak bulan Mac 2018.
PERINGATAN KEPADA PENGUSAHA DAN PENJAGA KANAK-KANAK DI TASKA / TADIKA / TABIKA / PRA-SEKOLAH
Bagi menghalang sebaran virus HFMD, KKM menggesa orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska / tadika / tabika / pra-sekolah untuk:
KEPADA IBU BAPA/ PENJAGA ANAK YANG DIJANGKITI HMFD
KKM juga ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD supaya:
AMALKAN MENCUCI TANGAN
Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
Biarpun anak-anak masih kecil, mereka mempunyai perasaan malu. Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ada masanya boleh membuatkan anak-anak terasa hati. Jika anak-anak membesar dalam keadaan kurang keyakinan diri dan suka merasa dirinya tidak cukup bagus, sebenarnya rasa ini telah ‘tertanam’ sedari kecil.
Biarpun perkongsian ini sudah setahun yang lalu, tiada salahnya untuk kita jadikan pedoman. Ibu ini, Adlil Rajiah berkongsi bagaimana kata-kata orang dewasa boleh ‘mencederakan’ emosi anak kanak-kanak.
“Benih-benih insecurities itu, KITA yang tanam..”
Tidak disangka-sangka, tetapi inilah yang berlaku.
April lepas, Haikal hilang 2 gigi depan. Dan sejak tu, macam2 saya dengar orang cakap pada dia–
rongak, dah tak handsome, dah tak comel, macam dracula, macam terowong, macam2.
Dan tadi, ada sepasang suami isteri minta nak selfie dengan Haikal. Macam biasa, Haikal tak pernah menolak bila ada strangers nak bergambar dengan dia.
Dah elok posing, tetiba si isteri tu cakap– “Alamak Haikal. Senyum tutup mulut boleh tak? Buruk la gigi takde. Seram aunty tengok.”
Aku kat tepi tu cuba bertenang walaupun dalam hati rasa nak sumbat kaki kat mulut dia 😑
Betul lah. Di mata anak2, takde yang dilihat buruk pada diri mereka– sehingga lah KITA sendiri yg ajar betapa buruknya mereka.
Maka membesarlah anak itu dengan rasa diri tak sempurna, tak cukup putih, tak cukup tinggi, tak cukup sado, tak cukup comel, tak cukup flawless.
Benih2 insecurities itu– KITA yang tanam.
Habis selfie, suami isteri tadi happy lalu beredar sambil lambai2 pada Haikal.
Hilang je mereka dari pandangan, saya terus tanya Haikal– “Haikal ok?”
“Ok.” Tapi di wajah dia jelas, dia TAK OK.
So saya tanya lagi– “Ada apa2 yang Haikal nak share dengan mama?”
Sambil tunduk dia jawab– “Hmm. Orang tadi cakap Haikal buruk. Bila gigi baru Haikal nak tumbuh ni, ma?”
See?! Begitu2 sahaja benih insecurity berjaya ditanam. 😩
Selama ni Haikal tak pernah rasa yang proses ganti gigi ni sebagai satu nightmare– sampai lah tadi.
Dear parents & adults sekalian. Before running your mouth, remember to plug in your brain. Setiap butir kata yang keluar dari mulut kita ni akan jadi inner voice dalam diri anak2. It can either make them or break them.
Segala provokasi, ejekan, makian, leteran, hamburan, sindiran, dari mulut kita, walaupun bergurau– BE AWARE. BE MINDFUL.
Ingat, kita nak tanam benih2 self-esteem, confidence, self-worth, dan empathy dalam diri anak2. Bukannya benih insecurities yang buat mereka semakin lama semakin hilang diri sendiri.
Fikir-fikirkanlah.
Oh I should’ve said thank you kat pasangan suami isteri yang minta selfie tadi. Kalau takde diorang, takde lah post ni. 😂 So thank you guys for this lesson you’ve taught us today.
Sebagai orang dewasa yang mempunyai akal serta perasaan, seharusnya isu ini tidak timbul. Kita perlu lebih berhati-hati ketika bertutur supaya tidak menyakitkan hati anak. Proses tumbesaran dalam persekitaran yang positif sangat penting supaya mereka menjadi individu yang cemerlang dengan nilai-nilai murni.
Supaya perkongsian dari ibu ini dapat membuka mata kita sebagai ibu ayah yang bertanggung jawab. Jagalah hati mereka supaya mereka merasa bahagia serta dapat belajar tentang kepentingan beradab dengan orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!