Kita mulalah rungsing bila saiz badan anak kecil dan rendah berbanding rakan sebayanya. Tak tinggi-tinggi, buat kita bertambah risau. Adakah anak kita terbantut?
Sebenarnya pemakananlah paling penting untuk menambah ketinggian anak dan seimbang pada usianya. Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, sembilan jenis makanan ini termasuk ayam dan ikan antara yang wajib anak kita ambil.
Makanan pun penting untuk ketinggian anak. Ramai yang tanya; “Makanan apa boleh naikkan ketinggian anak?”. Ketinggian anak, bukan saja bergantung pada genetik.
Cukup keperluan mineral dan vitamin yang anak ambil setiap hari, mainkan peranan sangat penting untuk pertumbuhan badan anak, termasuk ketinggian.
Jom tengok 9 makanan yang boleh bantu anak capai ketinggian yang optimum untuk umur mereka.
Ads
1. Ikan
– Omega 3 dalam ikan, penting juga untuk kesihatan tulang dan pertumbuhan tulang anak dengan maksima.
2. Ayam
– Vitamin B12, antara vitamin utama dalam ayam untuk bantu naikkan ketinggian anak.
3. Telur
– Superfood yang anak-anak kena suka kan. Banyak sangat vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan badan anak.
Ads
4. Bijirin kekacang
– Antara sumber protein yang baik untuk anak, tinggi iron dan vitamin B.
5. Sayuran hijau
– Vitamin K dalam sayuran hijau penting untuk pertumbuhan tulang anak.
6. Yogurt
– Banyak nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan tulang, antaranya kalsium, magnesium, fosforus dan potasium.
7. Badam
– Padat dengan manganase, magnesium dan vitamin E, penting untuk pertumbuhan tulang anak.
8. Pisang
– Ada kandungan pottasium, manganase, kalsium dan vitamin B, bantu naikkan ketinggian anak.
9. Keledek
– Tinggi vitamin A, bantu perbaiki kesihatan tulang dan optimumkan pertumbuhan tulang anak.
Semua makanan ni, adalah real food kan. Real food memang penting untuk pertumbuhan anak. Nak dapatkan tulang yang sihat, anak-anak kena selalu ambil makanan sihat. Elakkan makanan tinggi proses yang tak bawa kebaikan pada anak.
Kita cuba sama-sama ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak yang berumur tiga hingga empat tahun menunjukkan tanda-tanda awal disleksia sebelum mereka mula membaca. Ini kerana disleksia boleh menjejaskan pelbagai kemahiran bahasa yang menjadi asas kepada proses pembacaan. Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang anda perlu kenal pasti.
#1 BERCAKAP SEPERTI BAYI
Kanak-kanak yang disyaki mengalami disleksia akan menyebut perkataan dengan salah sebagai contoh ‘almari’ menjadi ‘lamari’. Manakala penguasaan bahasanya juga kurang daripada rakan-rakan sebayanya yang lain dan dia juga kurang bercakap. Hal ini kerana disebabkan oleh perkembangan bahasa yang tertunda.
#2 MENGALAMI MASALAH MEMANGGIL SESUATU DENGAN NAMA YANG BETUL
Si manja akan mengalami masalah untuk menterjemahkan apa yang anda katakan. Misalnya jika anda memintanya memberikan sudu, dia akan berikan sudu. Ini berlaku kerana kanak-kanak disleksia mengalami masalah untuk mengenal pasti nombor, warna dan abjad. Disleksia mempengaruhi cara otak memproses bahasa. Ini akan menyebabkan si kecil mengalami masalah untuk menamakan sesuatu objek dengan tepat.
#3 MASALAH DENGAN PERKATAAN YANG MEMPUNYAI RIMA YANG SAMA
Perkataan yang mempunyai rima yang sama seperti “papan”, “lapan”, “lipan”, memang akan menyebabkan ia dikenal pasti kanak-kanak disleksia. Mereka sukar untuk mengenal pastinya dan sering kali tertukar kerana susah untuk memecahkan perkataan kepada suku kata yang berbeza bunyinya.
#4 TIDAK MAMPU MENGIKUTI ARAHAN
Apabila anda memintanya mengambil jaket dan kasut, dia hanya akan datang membawa kasut sahaja. Kanak-kanak disleksia tidak boleh memproses arahan yang kompleks. Mereka boleh mengikuti arahan yang pendek dan ringkas serta perlu sentiasa diingatkan. Ini kerana mereka hanya menangkap arahan yang diberikan pada awal atau akhirnya sahaja.
TIDAK SEMUA MENUNJUKKAN GEJALA YANG SAMA
Namun semua kanak-kanak disleksia mempunyai gejala yang sama. Antara gejala awal yang biasa dikesan pada kanak-kanak peringkat sekolah adalah menulis huruf terbalik, tertukar suku kata, tertinggal huruf, tertinggal perkataan, tidak minat dalam tugasan memerlukan membaca dan menulis, sukar mengenal waktu dan tertukar maksud perkataan.
Ibu bapa kerap menyalah tafsirkan disleksia sebagai developmental delay. Ia adalah satu stigma yang perlu diperbetulkan kerana disleksia adalah masalah yang berkaitan dengan neurological, tiada kaitan dengan IQ. Kanak-kanak disleksia biasanya mempunyai IQ yang normal, bahkan mempunyai kecenderungan dan bakat semulajadi yang istimewa dalam bidang lain seperti seni, kemahiran dan sebagainya.
PENGESANAN AWAL
Apabila ibu bapa melihat ciri-ciri yang meragukan seperti di atas, lakukan pengesanan awal dengan segera. Pengesanan awal penting bagi membolehkan penilaian dibuat dan penyesuaian dibuat terhadap kaedah mengajar dan belajar bagi kanak-kanak ini serta dalam proses rangsangan.
PEMAKANAN ANAK
Amat mustahak bagi anda untuk memastikan si manja membesar dengan sihat dan ceria. Pemakanan yang seimbang sangat diperlukan untuk tumbesaran si kecil. Perut dan penghadaman si manja adalah bahagian yang tidak boleh dinafikan penting agar nutrien penting yang diperlukan dapat diserap dengan baik.
Novamil ialah susu untuk membesar yang diperkaya dengan pelbagai zat dan mineral yang diperlukan untuk si manja. Novamil IT adalah susu tepung yang dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 1-3 tahun yang diimport daripada Eropah. Ia diformulasi oleh para ahli farmasi, pakar pediatrik dan pakar pemakanan untuk membantu menyeimbangkan tekstur najis anak dan penghadaman oleh usus yang lancar.
Novamil IT memberikan mereka nutrien seimbang termasuk asid lemak dan 26 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk perkembangan mental dan fizikal si manja. Novamil mempunyai rasa susu yang sedap tanpa tambahan sukrosa. Berikan anak anda 3 gelas Novamil IT kepada anak setiap kali menghidangkan 3 sajian utamanya.
Novamil DHA pula mempunyai tambahan DHA. Ia diperkasa dengan minyak ikan, prebiotik dan nukleotida tanpa sukrosa (gula) serta mempunyai rasa vanila yang lazat.
Novamil 1+ pula diperkuat dengan asid lemak yang penting seperti Omega 3 dan Omega 6 daripada sumber tumbuh-tumbuhan untuk membantu perkembangan mentak dan visual anak. 26 vitamin dan mineral di dalam susu ini membantu perkembangan dan tumbesarannya. Tanpa sukrosa iaitu gula adalah di baik kerana si kecil tidak mudah untuk menjadi penggemar makanan manis dan mengalami obesiti.
Jangan lupa saksikan rancangan Pa&Ma dibawakan oleh Novamil dengan episod Si Genius Disleksia di Astro Prima & Astro Maya HD pada hari Selasa, jam 12 tengah hari dan ulangannya pada jam 9 malam. Banyak info mengenai disleksia telah kami kumpulkan untuk anda!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ingin tahu kunci kejayaan anak di tadika? Ia adalah daya ingatan yang kuat. Nak tahu cara bagaimana untuk asah minda anak sejak kecil lagi untuk meningkatkan daya ingatan mereka.
Persoalannya, apa kepentingan semua ini? Dengan memiliki daya ingat yang baik dan kuat anak akan lebih mudah menerima semua pelajaran disekolah dan tidak mudah lupa. Ibu ayah boleh lakukan ini untuk membantu meningkatkan pembelajaran anak.
1.Nyanyian Lagu
Tentu anda terfikir, kenapa anda mudah mengingati lirik atau lagu televisyen sejak zaman kanak-kanak. Ini kerana muzik adalah alat pembelajaran pra-bahasa yang terbaik dan mudah. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia boleh menjadi penggalak memori yang kuat. Untuk anak yang sudah boleh berdikari, ibu ayah boleh memberi arahan dengan menggunakan muzik, seperti membuat lagu ringkas cara mengikat kasut. Untuk anak yang masih kecil, anda boleh membuat permainan dengan menggunakan lagu seperti Twinkle, Twinkle, Little Star, pastikan juga menyebut beberapa perkataan mudah supaya anak boleh mengingatinya.
2.Minta Bantuan
Secara semulajadinya, anak-anak cuba untuk menjadi terbaik dengan cara berdikari. Tetapi dihalang tanpa sedari oleh ibu ayah yang datang dengan niat untuk menolong anak tersayang. Cuba ubah cara anda. Berikan keyakinan pada anak untuk cuba dan berdikari. Apa kata, jika bawa anak ke pasaraya. Minta anak untuk mengingati beberapa senarai barang yang akan anda beli nanti. Cara ini, bukan sahaja akan memberi pengalaman menghafal yang baik untuk anak anda, tetapi ia juga akan membuatnya merasa dihargai dan dirinya istimewa.
Satu kajian baru-baru ini oleh Northwestern University mendapati bahawa tidur yang mencukupi memainkan peranan penting dalam pengekalan memori. Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa semasa tidur kita akan menyimpan perkara-perkara penting yang dipelajari sepanjang hari. Jadi pastikan anak anda mendapat tidur malam yang baik (kanak-kanak perlu antara 11-13 jam sehari, termasuk tidur siang) adalah penting kepada kesihatan badan dan minda.
Bercerita adalah alat bantu yang terbaik untuk meningkatkan daya ingat pada anak. Story telling boleh digunakan sebagai bentuk permainan untuk meningkatkan memori yang lebih baik. Anak-anak akan dapat mengingat hal-hal penting dan kemudian mengingatnya dengan sangat cepat. Anak di prasekolah boleh diminta untuk hafal sebuah cerita pendek setiap hari untuk membantu mereka mengembangkan daya ingat. Cerita adalah alat bantu mengajar yang sangat bagus kerana anak akan membuat gambaran mengguna otak mereka.
5.Soal Jawab
Menurut DeAnn Davies Hospital Kanak-kanak Phoenix daripadanya penyelidikannya, mendapati perbualan yang membincangkan sesuatu perkara yang lepas akan membantu meningkatkan memori anak anda. “Sebagai contoh, selepas anda berada di taman dan bertanya soalan seperti, ‘Siapa di taman?’, ‘Apa namanya?’ Bukan sahaja jenis soalan ini dapat membantu ingatan anak, tetapi juga akan membantu anak mengenali kepentingan butiran dan mengingati, “kata Davies. Anda juga boleh bertanya kepada anak selepas membaca cerita, bertanya “Apa yang berlaku dahulu dalam cerita?” dan “Apa yang dikatakan oleh haiwan-haiwan itu?”
Lakukan cara ini secara konsisten. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tak kenal Fatimah O. Mukhlis, si cilik yang petah dan sentiasa menghiburkan? Pada usia 4 tahun, bintang Instagram yang terkenal menerusi akaun thefamily.uk ini merebut Kategori Khas – Personaliti Media Sosial Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-31.
Fatimah yang berkongsi video yang dimuatnaik di Instagram seakan-akan tidak percaya kerana beranggapan ia hanya sekadar gurauan. Berikut ialah status yang dikongsikan berserta video Fatimah;
thefamily.ukAlhamdulillah ♥️ Fatimah has won the #ABPBH31 award for MOST POPULAR SOCIAL MEDIA PERSONALITY ? We can’t thank all of you enough for your endless love and support. This priceless moment was captured when we broke the good news to her. Just look at her reaction…for the very first time, she was speechless! She couldn’t believe it, she thought that we were just kidding. She had tears in her eyes when we told her that she had actually won – bless her!
Penguasaan bahasa boleh dipupuk sejak awal lagi sementelah minda mereka seperti span, menyerap apa sahaja yang dilihat. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memupuknya. Kalau nak tahu lebih lanjut, rancangan TV Pa&Ma akan memberikan banyak tips mengenai topik ini dalam episod “ Si Cilik Multilingual.” Kami akan ke udara pada pada Selasa, 9 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Intan Najuwa hamil hampir 36 minggu dan berkongsi cabaran trimester ketiga termasuk Braxton Hicks yang semakin kuat serta kesukaran tidur menjelang kelahiran anak kedua.