“Kotornya main pasir”. Begitu anggapan sesetengah dari kita bila memperkenalkan pasir dan rumput pada anak.
Hakikatnya aktiviti ini sangat baik untuk merangsang perkembangan otak anak, seterusnya membolehkan anak berjalan dengan cepat.
Ini yang dikongsikan oleh Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Nurul Sherina Musa.
Stimulasi pijak pasir sebenarnya sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak kita.
Anak-anak seawal usia bayi lagi sudah boleh diberikan stimulasi ini kerana boleh membantu mematangkan Reflex Infant Plantar yang akan membantu anak boleh berjalan.
Ada juga situasi anak tak suka pijak pasir atau rumput. Mak ayah boleh melatih anak-anak terutama pada usia tujuh tahun ke bawah.
Antaranya bawa anak ke pantai atau boleh dapatkan pasir macam ni dan letakkan dalam dulang untuk anak bermain.
Ads
Kenapa? Tekstur ini akan memberikan ransangan terus kepada neuron dalam otak anak. Jadi anak-anak akan lebih mudah untuk berjalan dan lebih mudah untuk menulis dan membaca.
Ramai ibu ayah risau aktiviti memijak pasir kerana terdedah dengan kotoran. Kesilapan besar bagi ibu ayah yang tidak mahu anak melakukan aktiviti pijak pasir dan rumput ini.
Ketika anak bermain pasir, bantu stimulasi anak dengan membiarkan anak meneroka sendiri tanpa gangguan. Jangan asyik melarang anak itu dan ini sepanjang anak bermain.
Biarkan anak merangkak dan merasai setiap tekstur pasir tersebut. Namun perlu hati-hati jika anak memasukkan pasir ini ke dalam mulut. Jadi pastikan ingatkan anak sentiasa, pasir bukanlah makanan.
Ads
Anak yang menunjukkan ciri-ciri ‘defensiveness’ sememangnya akan bertindak balas mengelak sebarang aktiviti semacam ini.
Jadi penting untuk ibu ayah bawa anak-anak bertemu dengan terapi untuk menilai tahap anak.
Paling penting biasakan anak bermain dengan pasir dan aktiviti memijak rumput untuk merangsang neuron dalam otak, seterusnya anak lebih cepat berjalan, menulis dan membaca.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Selepas lebih dua minggu berhari raya apa khabar duit raya anak masing-masing? SUdah selamat disimpankah atau sudah habis digunakan?
Kalau ada ibu ayah yang masih simpan duit raya anak-anak di rumah sementara tunggu raya habis, apa kata baca perkongsian ibu ini tentang cara mudah simpan duit raya anak.
Puan Aya Chalo berkongsi cara mudah simpan duit raya anak melalui akaun Maybank ke Tabung Haji (TH).
Masuk raya ke-6 ni duit raya anak pun berkepuk-kepuk sudah kan?
Macam kak dulu bertahun-tahun kak peram duit raya anak tu sebab liat ke bank, malar bz kannnn…
Rugi juga simpan di rumah sebab duit tu tidak boleh beranak berbanding masukkan dalam Tabung Haji. Masuk TH tahun-tahun dapat dividen.
Lagi rugi kalau mak bapa terguna pula duit raya anak tu kannn
Jangan macam tu mak mak, jom kita menyimpan untuk masa depan anak-anak.
So, hari ni kak mahu kongsikan 1 tips cara mudah simpan duit anak ke Akaun Tabung Haji memasing melalui perbankan atas talian maybank2u.
Lepas ni tidak perlu berbaris, tidak perlu keluar rumah dan hanya berurusan secara online untuk masukkan duit, keluarkan duit dan check baki akaun.
So ini step-step kena buat sebelum kita boleh just klik-klik. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian katanya.
Follow setiap step ya.
Step 1: Ibu/Bapa WAJIB ada akaun Tabung Haji dan WAJIB daftar terlebih dahulu di ATM Maybank (refer gambar).
Step 2: Selepas ibu/bapa daftar di Maybank, barulah boleh daftarkan akaun anak-anak pula. Ini pun buat melalui ATM Maybank. (Refer gambar).
Pilih TABUNG HAJI di skrim menu utama ATM Maybank
Daftar tidak boleh buat online ya kena buat manual di ATM.
Mak bapa wajib DAFTAR akaun TH di ATM maybank ni terlebih dahulu,
Masukkan no akaun TH yang mahu didaftarkan
Pindaan tu pun boleh. Samaada dari Maybank ke TH or dari TH ke Maybank
Ni no acc mak dan anak2nya
Jangan lupa bawa Buku Akaun TH & MyKid anak bila nak daftarkan tu sebab perlu No Akaun TH, No Siri Buku Akaun TH dan No Mykid. Kalau Parents baru nak daftar, bawa Buku TH ke ATM juga‼️
Step 3: Selepas daftar, bolehlah TRANSFER duit raya anak2 melalui website maybank2u (atau kalau rajin ke ATM pun boleh) ke dalam akaun TH memasing. (Untuk cara transfer website maybank lama & baru ada dalam gambar)
Untuk masuk bhgn TABUNG HAJI, pilih TRANSFER dari menu utama kemudian pilih TABUNG HAJI
Mudah kan?
Inilah cara mudah kak buat bertahun-tahun setelah insoffff memeram duit raya anak.
Untuk bank lain kak tak sure, kak kongsikan apa yang kak buat jak.
Cara-cara Daftar/Linkkan Akaun melalui ATM maybank kak tunjukkan dalam gambar.
Bagi yang belum buka Akaun Tabung Haji, anda boleh buka akaun TH di TH, Bank Islam dan Bank Rakyat. Bawa dokumen Mykad ibu/bapa/penjaga (ibu bapa tiri bawa sijil nikah), bawa Mykid dan Sijil Kelahiran anak.
SHARE-lah ke suami/isteri/adik beradik supaya ramai-ramai dapat menyimpan untuk anak-anak.
Pssttt… tips ni boleh juga mak bapa pakai untuk simpan duit sendiri dalam akaun TH. Hehe.. daftar haji pun boleh.
“Eh tak sangka rupanya car seat pun ada tarikh luput. Bukan makanan je.”
Bila melibatkan soal keselamatan anak, ibu ayah tolong jangan ambil remeh atau pandang ringan kerana dibimbangi sikap tidak prihatin kita itu boleh mengancam keselamatan anak tersayang.
Hari ini semakin ramai ibu bapa yang mengambil berat soal keselamatan anak dalam kereta. Pemasangan kerusi keselamatan atau car seat dalam kereta memang langkah yang terbaik dilakukan oleh ibu bapa.
Tetapi berapa ramai yang tahu atau sedar yang setiap car seat mempunyai tarikh luputnya dan jika tidak diambil berat ia boleh menyebabkan banyak kesan buruk pada keselamatan anak.
Baca lebih lanjut tentang hal tarikh luput car seat yang ditulis oleh Jururawat Terlatih, Bel Nawhen ini. Semoga ia bermanfaat.
Car seat dan Tarikh Luput.
Saya tahu, ramai ibu bapa yang cakna dengan isu keselamatan anak-anak semasa di dalam kenderaan sehingga memastikan anak-anak duduk di dalam car seat.
Penggunaan car seat dilihat amat penting dalam mengurangkan risiko bayi atau kanak-kanak cedera akibat kemalangan.
Di negara-negara seperti United Kingdom, Jepun, Afrika, Amerika Syarikat dan Kanada sendiri, mereka telah mewajibkan ibu bapa menyediakan penggunaan car seat, jika tidak mereka akan didenda.
Secara asasnya, car seat basic ni terbahagi kepada dua jenis iaitu untuk bayi bawah satu tahun dan kanak-kanan berusia 1tahun-4tahun
Tapi, tahukah anda bahawa setiap benda mesti ada tarikh luputnya yang tersendiri.
Seperti kita tahu, car seat ni diperbuat dari plastik yang keras yang mana ketahanannya boleh merosot dari masa kesemasa.
Ada beberapa faktor yang boleh menjadi sebab kepada tarikh luput car seat antaranya:
• Kemerosotan bahannya disebabkan oleh haba, kesejukan melampau, pendedahan kepada matahari, kelembapan serta usia car seat itu sendiri boleh menyebab bahan plastiknya rapuh lalu menyebabkannya tidak selamat lagi.
• Karat. Ia boleh terhasil dari bahan besi/metal yang ada kalanya tidak kelihatan atau diselaputi oleh plastik dibahagian luarnya, hanya boleh kelihatan jika car seat itu mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan.
• Model itu tidak digunakan lagi atau tidak dikeluarkan pada batch seterusnya, ini bermaksud bahan gantinya juga tidak ada dijual dimana-mana ataupun sukar untuk ditemui.
• Kehilangan sebahagian alatan (missing pieces). Kita pun tahu, ada bahagian pada car seat boleh dibuka, dibasuh dan dipasang semula malahan ada yang mudah rosak dan terkoyak kerana fabrik buatannya yang tidak tahan lasak dan tidak mustahil ada bahagian kecil pada carseat boleh hilang tanpa sengaja. Ini boleh menyebabkan keberkesanan car seat itu tidak lagi di tahap optimum sebagai pelindung.
• Car seat pernah terlibat dalam kemalangan tidak kira kemalangan kecil atau besar, car seat itu sudah tidak selamat untuk digunakan.
Adalah amat penting untuk anda tahu bahawa tidak semua kerosakan pada carseat boleh dilihat pada mata kasar, anda boleh bayangkan apa terjadi kepada mainan kanak-kanak seperti lego yang bila kerap diguna, dicampak dan terdedah kepada pelbagai bahan asing lain hatta air liur anak-anak, ia masih boleh rosak dan berubah bentuk asalnya.
BERAPA LAMA CAR SEAT ELOK DIGUNA SELEPAS PEMBELIAN PADA HARI PERTAMA?
Secara purata, kebanyakan car seat boleh digunakan dari 6tahun-10tahun (mengikut model tertentu) tetapi ia juga bergantung kepada pengilang yang mengeluarkannya.
Kebiasaannya tarikh luputnya dicetak dan ditampal pada car seat tersebut ataupun diletakkan pada manual yang disediakan. Jika tidak ada, anda boleh membuat panggilan kepada pengilang dan bertanyakan hal ini.
Anda boleh lihat jenama car seat dan tarikh luputnya di link ini :
Atau, anda periksa pada car seat anda dan lihat pada
1. Manufacturer Date. 2. Expired Date.
• Tarikh luput disini bukan bermakna anda boleh terus lupuskan sahaja car seat itu, jika ia masih kukuh dan masih tahan lasak
• Jika ia tidak rapuh/mudah tercalar dimana-mana apabila anak anda menggigitnya, maka ia tahan lasak dan masih boleh digunakan.
• Ini juga tidak bermakna, semakin mahal harga satu-satu jenama car seat itu, bermakna jangka hayatnya juga panjang, tidak betul sama sekali.
• Jika car seat pernah mengalami kemalangan, bawa kepada pengilang bagi tujuan penilaian terhadap tahap kerosakan. Anda tidak boleh menilai sendiri tahap ini mengikut apa yang anda rasa.
• Tetapi, jika anda rasa ragu-ragu terhadap tahan lasak car seat anda, seeloknya ia dilupuskan sahaja bukannya diberi kepada orang lain.
• Kita pun kena menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak dari masa kesemasa.
• Seeloknya, dari sekarang, dah boleh menyimpan untuk membeli car seat anak-anak yang baru jika sudah tiba tarikh luputnya (jika berkongsi setiap anak untuk satu car seat).
• Sebenarnya, kalau ikutkan disini berbaloi kita beli car seat sebab ia memang tahan lama mengikut jenis dan jenama. Anak kita pun akan membesar dari tahun ke tahun hingga tidak perlu duduk di dalam car seat lagi.
• Dalam tempoh masa nak tiba tarikh luput tu, dah boleh bersedia untuk tukar kepada jenis baru dan terkini agar mudah nak cari alat ganti jika ada mana-mana bahagian yang rosak.
• Jika anda mahu membeli pre love car seat, anda dinasihatkan untuk terus beli kepada tuan punya dari direct kepada kedai kerana tuan punya lebih tahu sama ada car seat mereka pernah terlibat dalam kemalangan ataupun tidak.
Dengan adanya tulisan berkaitan car seat dan tarikh luput ini, saya berharap tidak ada ibu yang mengambil remeh tentang hal keselamatan anak kerana merasa satu kerugian ekoran adanya tarikh luput sebegini. Setiap benda ada tarikh luputnya, nyawa kita juga begitu.
Notakaki: Dalam hal anak, kita tak boleh kedekut lebih-lebih lagi hal keselamatannya. Nyawa anak tidak boleh ditukar ganti. Wang ringgit kita boleh cari.
Untuk mendapat anak yang bijak dan cergas, ibu bapa boleh menggalakkan anak melukis supaya dapat merangsang otak kanannya. Oleh itu, biarkan anak-anak melukis di dinding, kertas, lantai malahan atas air dan di mana sahaja. Mereka melukis apa sahaja apabila dapat memegang sesuatu seperti pen dan pensil.
Malah ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak dan cerdik. Oleh itu, ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan.
Otak kanan sebenarnya lebih efektif berbanding sebelah kiri tetapi perlu kerap merangsangnya. Oleh kerana otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span, inilah masanya untuk melakukan rangsangan kepada anak.
Melukis adalah antara aktiviti yang menggunakan jari jemari supaya dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalahh hasil daripada kerahan otak kanan.
Menerusi proses melukis, kanak-kanak berupaya memahami dunia yang dilihatnya dari segi bentuk, apa yang berlaku di sekelilingnya sama ada dunia semulajadi dan dunia sosial. Alasan, peraturan, apa dan bagaimana kanak-kanak melukis adalah unsur semulajadi asalkan kita tidak mengganggunya. Sama kesnya dengan bermain kita perlu memberi kebebasan kanak-kanak bermain mengikut caranya tersendiri.
Tahukah anda, melukis memberikan kepada kebaikkan kepada perkembangan anak-anak. Biarkan anak tidak boleh membaca atau menulis. Tetapi jangan halang, kebebasan anak untuk melukis.
Matlamat utama lukisan untuk kanak-kanak adalah:
1.Meluahkan pemikiran, pengetahuan dan idea
2.Meneroka, mencuba dan mencipta dengan menggunakan pelbagai media
3.Membuat eksperimen dengan warna, garisan, bentuk, tektur dan rekaan
4.Meluahkan perasaan dan emosi
5.Menjadikan kreatif dan merangsang minda
Ibu bapa boleh menggalakkan anak mereka bereksperimen dengan produk lukisan menerusi cara berikut:
a)Hindarkan jenis buku garisan mewarna atau buku kerja.
b)Kesabaran dengan hasil kerja lukisan anak dan terus menggalakkan
c)Elakkan daripada anda membuatkan atau melukis untuknya atau terlalu banya membantu
d)Menerima hasil kreatif tanpa mengkritik hasil kerjanya
e)Beri komen positif cara kanak-kanak menyelesaikan masalah berkaitan dengan hasil kerjanya
f)Berkeyakinan pada diri anda bahawa kanak-kanak menghasilkan produk yang unik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melatih anak-anak kecil berpuasa ini, memerlukan kita menjernihkan hati kita. Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah.Bila kita faham akan perkara ini, maka bila...