Nak anak makan buah dan sayur tapi tak tahu nak bagi yang mana dulu? 5 jenis buah dan sayur ini boleh mama perkenalkan dahulu. Bukan sahaja kaya dengan khasiat malah ia juga dapat membantu anak-anak membesar dengan sihat dan cerdas.
Selain itu, cara mama mengolah masakan dengan menggunakan sayur dan buah juga penting agar si kecil mama suka dan seronok setiap kali menikmati buah dan sayuran yang ada.
Kenalkan 5 Jenis Buah & Sayur
Ajar anak untuk makan sekurang-kurangnya 5 jenis buah dan sayur macam ni.
Ada anak yang belum suka lagi dengan buah dan sayur. Jadi kita nak mula dengan yang mana dulu?
Avokado
– Buah ni tak mahal pun sebenarnya kalau nak banding dengan betapa padatnya nutrisi yang anak boleh dapat. Sama harga dengan sepaket jajan dan lebih murah dari 1 bar coklat paket ungu kegemaran anak-anak. Kan?
– Tinggi dengan vitamin C, E dan B6. Juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak anak-anak.
Ubi keledek
– Warna oren terang dari keledek ni mampu pikat mata anak-anak kalau kita cari idea untuk pelbagai menu keledek.
– Tinggi vitamin C, E dan copper. Bagus untuk imuniti anak. Ada kajian menyatakan kalau kita bagi anak sekurangnya 1g keledek setiap hari, dapat kurangakn risiko demam selsema pada anak-anak sampai 13 peratus. Hebat kan khasiat keledek.
Carrot
– Suka sangat saya letak carrot dalam sup ayam anak. Atau chop halus masukkan dalam sos bolognese untuk breakfast anak.
Ads
– Tinggi vitamin A dan beta carotene. Bagus untuk mata anak-anak dan pembentukan sel baru.
Tomato
– Anak saya suka betul ratah tomato ceri macam snack. Tak boleh jumpa dalam dalam peti ais, mesti sehari dua dah habis. Masuk dalam sup ayam pun best sangat tau, ada masam sikit rasa sup. Sedapp.
– Ada kandungan lycopene, bantu untuk kurangkan risiko kanser dan masalah jantung.
Kacang peas
– Anak-anak saya belum suka sangat yang ini. Sebabnya saya jarang buat dulu. Sebabnya saya pun kurang suka. Korang nampak tak pengaruh saya yang tak sediakan selalu kat rumah kacang peas ni, buat anak jadi kurang minat. Kena ubah lah kan.
– Tinggi kandungan vitamin C, vitamin K, folate dan fiber. Bagus untuk pertumbuhan mata, otak dan tulang anak.
Ads
Kita cuba sama-sama ok.
Struggle jugak saya pun buat nasi goreng letak kacang peas, kena lenyek dulu baru anak tak rasa sangat.
Gitulah mak-mak kan. Nak anak makan makanan sihat padat nutrisi, kena lah cuba sedaya mungkin perah otak sikit cari jalan macam mana nak bagi anak suka.
InsyaAllah, moga Allah bantu kita selalu, untuk sediakan makanan sihat tanpa putus asa buat anak-anak.
Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peminat tegar kudapan boleh cuba buat sendiri kudapan popia seaweed ni. Kalau dulu selalu beli, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula, lebih jimat dan lebih berbaloi. Cara mudah untuk hasilkan kudapan ni, jom buat!
Kebiasaanya apam puteri ayu berperisa pandan namun kali ini anda boleh cuba resepi apam puteri ayu versi red velvet cheese yang mudah.
APAM RED VELVET CHEESE
Satukkan gula, ovellate dan telur (guna blender). Kisar sampai gebu dan putih ye…pastu masukkan susu cuka yang kita dah buat tadi..kisar lagi.
Terus masukkan cecair dalam bekas berisi tepung…kacau sebati..letak pewarna merah. Guna star brand je.
Masukkan dalam plastik..senang nak paipkan dalam acuan…Mula-mula sapu acuan dengan minyak.. kukus dulu cheese dalam 3 min..baru masukkan adunan red velvet..kukus lagi dalam 7 hingga 10min..siap.
ADUNAN CHEESE
Blend semua ni hingga sebati..*kalau nak guna red velvet emalco, skip je cuka…tak perlu buat susu cuka..tapi tetap masukkan 1 cawan susu segar dalam bancuhan.
Sejak dalam rahim lagi kanak-kanak telah mula belajar kemahiran makan dengan menghisap jari mereka sendiri. Proses perkembangan ini terus berlaku sehingga mereka boleh menikmati makanan orang dewasa.
Sehingga kini, dianggarkan kira-kira 25% dari kanak-kanak normal menghadapi masalah kemahiran makan (Chatoor, I, 2009). Selain itu, dianggarkan juga 80% dari kanak-kanak berkecelaruan perkembangan menghadapi masalah ini (Chatoor, I, 2009).
Masalah Makan
Kemahiran makan yang bermasalah selalunya dikaitkan dengan masalah komponen perkembangan yang lain seperti masalah motor halus, masalah tingkah laku serta masalah emosi.
Sebahagian dari gejala yang menunjukkan masalah makan di kalangan kanak-kanak adalah;
-Tercekik,
-Pemilihan makanan yang cerewet
-Muntah
-Kegagalan menaikkan berat badan.
-Enggan makan sama sekali.
Keengganan kanak-kanak ini makan dapat dilihat dari pelbagai jenis makanan termasuklah;
-Enggan makan makanan lecek seperti bubur
-Enggan makanan lembut seperti kuih talam/puri
-Enggan makan makanan yang keras seperti biskut
Selain dari enggan makan makanan tertentu, ada juga yang hanya memilih jenis/keadaan makanan yang tertentu seperti;
-Hanya makan makanan berkuah.
-Hanya memilih makanan berasa manis
-Hanya makan nasi tanpa apa-apa lauk pauk.
Walaupun mereka berhadapan dengan semua masalah di atas, kanak-kanak tidak pandai menyatakan apa yang mereka mahu dan apa yang mereka tidak mahu/ tidak lalu makan sepertimana orang dewasa yang lain.
Kecelaruan Tingkahlaku Ketika Makan (Behavioral Feeding Problems)
Behavioral Feeding Problems adalah temasuk semua tingkah laku bermasalah yang berlaku semasa waktu makan. Kanak-kanak ini biasanya menunjukkan gejala berikut;
-Enggan duduk di meja makan/tempat makan
-Enggan menyuap sendiri walaupun dia mampu untuk melakukannya.
-Membaling makanan ketika masa makan
-Merampas makanan dari orang lain
-Sengaja menangis, menjerit atau muntah untuk mengelak dari kena makan.
Dan lain-lain
Kanak-kanak yang menghadapi sensory feeding problems ini biasanya tidak selesa dan mudah terganggu dengan makanan/minuman melalui;
-Rupa makanan yang dihidang
-Rasa
-Bau
-Tekstur
Manakala, masalah yang biasanya dihadapi oleh sebahagian besar dari mereka ditunjukkan sebagai, sukar menerima makanan yang mempunyai tekstur berbeza. Contohnya,
-Mereka menghadapi masalah untuk meninggalkan makanan dalam bentuk cecair (susu) atau puri. Terdapat kanak-kanak berusia lima tahun minum dua botol susu sebelum pergi ke sekolah, enggan bersama dengan kelas semasa makan dan apabila pulang, terus mendapatkan dua botol susu.
-Mereka enggan sama sekali mencuba makanan yang lebih pejal.
-Kebanyakan masa, apabila mereka dipaksa makan juga, mereka akan muntah atau gag secara tidak sengaja
Kecelaruan Pemakanan yang Lain
Selain dari kecelaruan pemakanan berasaskan tingkahlaku dan deria, kelewatan perkembangan dan masalah perubatan juga boleh menyebabkan masalah kemahiran pemakanan. Walaupun gejala yang dipamerkan hampir sama, untuk menangani dengan baik, seorang Terapi Pertuturan-Bahasa perlu mengenalpasti punca dan asas sesuatu masalah itu.
Kanak-kanak Berisiko Tinggi Untuk Behavior Feeding Problem
Kanak-kanak yang mempunyai risiko yang tinggi menghadapi masalah kecelaruan kelakuan pemakanan termasuklah;
-Kanak-kanak Autisma
-Kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan
-kanak-kanak yang kurang sokongan / tiada model pemakanan yang baik
-Lain-lain lagi
Pengendalian Kanak-kanak Behavior Feeding Problem
*Strategi yang dinyatakan di sini boleh berbeza sedikit untuk disesuaikan dengan keperluan individu. Tidak semua strategi di sini sesuai untuk semua kanak-kanak bermasalah kelakuan pemakanan.
Ibu bapa merupakan model yang terbaik untuk mempamerkan sikap pemakanan yang baik.
Semasa waktu makan, adalah baik semua anggota keluarga duduk bersama di meja makan. Tiada siapa dibenarkan untuk makan di depan televisyen. Apabila ibubapa menggariskan satu peraturan yang sama untuk semua ahli keluarga, kanak-kanak bermasalah pemakanan ini berpeluang untuk memerhatikan dan seterusnya memahami serta mengikuti peraturan tersebut.
Pecahkan objektif kepada langkah-langkah yang mudah dicapai
Kanak-kanak dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila matlamatnya mudah dicapai. Perhalusi langkah yang besar dan pecahkan objektif yang besar menjadi lebih kecil agar mudah dicapai oleh si kecil.
Berikan penghargaan kepada setiap langkah yang dicapai
Apabila kanak-kanak berjaya mencapai setiap satu langkah kecil, berikan pujian dan penghargaan. Berikan penghargaan berupa objek yang beliau sukai dan hargai, ini akan merangsang kanak-kanak agar kerap mengulangi langkah tersebut. Setiap kali kanak-kanak berjaya mencapai satu langkah seterusnya, ibubapa/penjaga mestilah memberikan pujian.
Sebahagian kanak-kanak memerlukan ulangan untuk setiap langkah kecil ini semasa waktu makan. Kerapkali mereka perlu mengulang berhari-hari atau berminggu-minggu sebelum mereka dapat menyempurnakan langkah kecil tersebut dengan baik. Oleh itu, ibabapa perlulah memberikan mereka masa dan tidak jemu membantu mereka melalui fasa ini.
Mulakan dari sifar
Teknik ini sesuai diaplikasikan ke atas kanak-kanak pra-sekolah dan yang lebih besar. Kanak-kanak akan memulakan setiap harinya tanpa objek/ aktiviti yang digemari. Kanak-kanak perlu menyempurnakan langkah kecil tersebut dahulu sebelum dia mendapat objek/aktiviti kegemarannya.
Contohnya, kanak-kanak boleh menonton satu rancangan televisyen sekiranya beliau berjaya memakan separuh roti planta semasa sarapan.
Kanak-kanak yang mudah mengamuk dan sukar bertoleransi
Terdapat kanak-kanak yang sukar bertoleransi dengan langkah sangat kecil yang hendak dicapai atau perubahan paling minima yang telah dirancang. Ada ketikanya keadaan menjadi lebih teruk apabila objektif itu telah meningkatkan kekerapan dan keterukan tingkah laku yang tidak diingini. Terdapat sebahagian kecil dari mereka boleh bekerjasama pada peringkat awal tetapi kemudiannya mundur ke belakang atau kemudiannya enggan maju ke hadapan (static).
Pelan pemakanan untuk kanak-kanak yang mudah mengamuk dan sukar bertoleransi mestilah dirancang dengan teliti dan perlu dipantau agar kanak-kanak serta keluarganya berada dalam keadaan yang selamat. Semua kes seperti ini perlu mendapat perhatian dan panduan dari ahli profesional pelbagai disiplin (interdisciplinary team).
Memilih Teknik Yang Sesuai
Ibubapa mestilah berjumpa dan berbincang dengan ahli professional terlibat untuk menentukan teknik manakah yang sesuai dengan masalah anak mereka. Kanak-kanak bermasalah pemakanan ini seperti ini mestilah dinilai oleh Terapis Pertuturan-Bahasa yang pakar dalam pemakanan kanak-kanak atau ahli interdisciplinary feeding team.
Sebarang permasalahan berkaitan dengan pemakanan perlulah dibincang dengan ahli professional yang terlibat sejak awal lagi agar masalah ini tidak berlarutan. Gejala masalah pemakanan yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain terutama apabila usia semakin bertambah.
Rujukan
Chatoor, I. (2009) Diagnosis and Treatment of Feeding Disorders in Infants, Toddlers and Young Children. Washington DC
Behavioral and Sensory Feeding Problems http://nutrition.cedwvu.org/feeding-and-swallowing-clinic/behavioral-and-sensory-feeding-problems.php
Morris, S.E. & Klein, M.D (2000) Pre-Feeding Skills 2nd Edition. United States of America