Nak Anak Percayakan Kita, Kena Pandang Mata Mereka Bila Bersembang

Share

Sebagai seorang ibu, kita harus bijak menarik perhatian anak ketika bersembang dengannya terutama anak lelaki. Mereka mungkin kelihatan seperti tidak kisah, tetapi impak dari cara kita mendekati mereka akan terlihat apabila anak-anak ini semakin menginjak dewasa.

Artikel Berkaitan: [Awas! 7 Ayat Ini Pakar Psikologi Larang Ibu Bapa Gunakan Semasa Bercakap Dengan Anak]

Selebriti serba boleh, Yana Samsudin turut berkongsi beberapa tip ketika berkomunikasi dengan anak untuk membina kepercayaan dalam diri mereka.

Berkongsi tentang hal ini menerusi salah sebuah posting di laman Instagram peribadinya, Yana memberitahu dia selalu mendengar cadangan atau pendapat Aisy Mateen dan sekiranya perlu dibangkang, Yana akan pastikan dia memberi penerangan atau solusi terhadap perkara itu. Ibu muda ini juga menyenaraikan beberapa teknik berkomunikasi berkesan melalui posting tersebut.

Artikel Berkaitan: [Masa Pandang Baby, Rajinlah Bercakap Dengannya. petua Anak Cepat Cakap Dari Speech Therapist]

Tip untuk bina kepercayaan anak terhadap kita ialah sentiasa jadi pendengar yang baik, nak bercakap dengan :

1: Anak lelaki guna tone suara rendah
2: Mata bertentangan sama paras
3: Sentiasa puji kalau dia bagi idea tapi kalau tak bernas bagitau dia kenapa idea dia tak berapa bernas
4: Akhir sekali sudahi dengan perkataan ‘faham tak?’ kalau dia ada respon, jawap ‘faham atau dia mengangguk’ tandanya dia faham lah tu.
5: Dan yang paling terakhir serta basic adalah ‘SENYUM’ kat anak kita! Bagi senyuman paling manis sekali dan pelukan paling hangat dan penuh kasih sayang!

Pa&Ma bersetuju dengan perkongsian Yana ini kerana ia dapat membantu para ibu bapa untuk berkomunikasi dengan anak-anak tanpa membelakangkan mereka. Semoga dengan perkongsian berguna ini dapat memberi manfaat kepada kita semua ketika melayan karenah anak-anak. Terima kasih Yana!

Sumber: Yana Samsudin

IKLAN