Tempoh kehamilan merupakan saat yang amat penting bagi setiap ibu yang sedang mengandung. Atas sebab itu ibu harus mengamalkan makanan awal kehamilan yang sihat supaya perkembangan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang terbaik.

Nak Bayi Sihat Semasa Dilahirkan, Ibu Harus Amalkan 7 Makanan Terbaik Ini

Makanan awal kehamilan ini bukan menyalurkan nutrisi kepada bayi dalam kandungan sahaja, tetapi turut memberikan tenaga dan nutrien kepada ibu.

Jadi apakah makanan awal kehamilan yang perlu diambil dalam diet pemakanan seharian? Ikuti artikel ini.

Makanan awal kehamilan yang bagus untuk ibu

Produk tenusu

Ketika hamil, ibu perlu mengambil lebih protein dan kalsium untuk memenuhi keperluan tumbesaran fetus.

Produk tenusu merupakan sumber makanan terbaik semasa kehamilan yang mengandungi kalsium dan membekalkan khasiat yang tinggi iaitu fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan zink.

Yogurt antara produk tenusu yang memberikan banyak manfaat dan mengandungi lebih banyak kalsium berbanding produk tenusu yang lain. Sesetengah yogurt turut mengandungi beberapa jenis bakteria probiotik, yang menyokong kesihatan sistem pencernaan.

IKLAN

Makan telur

Telur merupakan sumber terbaik bagi protein, ia adalah bahagian penting dalam diet pemakanan ketika hamil. Asid amino yang menghasilkan protein merupakan blok bangunan sel dalam badan anda dan bayi.

Telur turut mengandungi banyak vitamin dan mineral, termasuklah kolin (choline) yang berfungsi membantu perkembangan otak dan saraf tulang belakang bayi.

Bahkan, ia juga dapat mencegah kecacatan tiub neural yang menyebabkan keabnormalan pada otak dan tulang belakang bayi.

Ubi keledek

Kaya dengan beta-kerotin iaitu sebatian yang akan bertukar kepada vitamin A di dalam badan. Vitamin A penting untuk pertumbuhan bagi kebanyakan sel dan tisu sihat.

IKLAN

Ubi keledek juga mengandungi serat – yang membuatkan perut lebih kenyang, mengurangkan kenaikan gula dalam darah dan mempertingkatkan kesihatan sistem pencernaan.

Oat

Makanan yang kaya dengan serat, vitamin B, zat besi dan pelbagai mineral. Bersama dengan karbohidrat kompleks lain, serat yang terkandung di dalam oat dapat membantu mencegah masalah sembelit.

Brokoli dan sayuran berdaun hijau

Selain mengandungi nutrien penting untuk kesihatan ketika hamil, brokoli dan sayuran berdaun hijau, seperti bayam turut kaya dengan serat, pelbagai jenis vitamin, zat besi, kalium dan antioksidan yang membantu mencegah penyakit.

IKLAN

Sayuran hijau ini dapat membantu badan anda menyerap zat besi daripada makanan yang dimakan. Serat yang tinggi dapat mencegah sembelit yang merupakan masalah utama wanita hamil.

Salmon

Asid lemak omega-3 adalah penting untuk perkembangan sihat bagi tumbesaran otak dan mata janin serta dapat membantu meningkatkan mood ibu sewaktu mengandung.

Salmon adalah pilihan makanan rendah merkuri yang digalakkan pengambilannya setiap minggu dalam jumlah 8 ke 12 auns.

Daging merah

Daging lembu dan ayam adalah sumber terbaik untuk kandungan protein berkualiti tinggi. Daging lembu kaya dengan zat besi, kolin dan vitamin B iaitu nutrisi yang diperlukan dalam jumlah yang tinggi ketika tempoh kehamilan.

Zat besi adalah mineral penting yang digunakan oleh sel darah merah sebagai hemoglobin. Di mana ia penting untuk pengedaran oksigen kepada sel di seluruh badan.

_

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI