Bila anak sudah tidur, mak-mak lah insan paling lega dan gembira. Mana taknya, inilah masanya untuk kita menyelesaikan banyak perkara dan menguruskan pelbagai hal di rumah.
Menurut pelakon cantik, Mia Ahmad adalah lebih baik kita lakukan semua perkara itu bersama anak-anak.
Malah kata Mia, ia dapat memberi pengalaman berbeza pada anak bahkan kerja kita yang tertangguh pun dapat diselesaikan segera.
Menerusi Instagramnya, Mia turut berkongsi tip kepada mak-mak malah turut memuat naik video anaknya yang tekun mengemas rumah bersamanya.
“Selalu nya kita mak mak ni akan settle buat semua kerja waktu anak tidur.
Ads
“But some parenting tips yang saya belajar kita buat sama-sama dengan anak-anak contohnya basuh pinggan atau kemas rumah.
“Memang kerja jadi lambat sebab kita nak mengajar and at the same nak siapkan kerja rumah. Children see, children learn.
“One of my friend remind me today tentang pepatah melayu bersusah-susah dahulu bersenang kemudian hehe,” begitu kongsi Mia.
Ads
Bahkan kata Mia lagi, semakin anak membesar dan pandai berdikari semakin kerja kita sebagai mak-mak jadi mudah.
Bukan itu sahaja, bahkan anak juga dapat mempelajari sesuatu disamping mencipta bonding.
Ads
“Bila anak dah independent kerja makin jadi lagi mudah. Anak pun dapat belajar berdikari dan faham tentang rutin kehidupan. Saya pun masih belajar. Jom parents kita cuba?,” tulisnya lagi.
Untuk musim ke-4 yang akan mula bersiaran pada 12 Mac 2019, Pa&Ma tampil dengan kupasan baru memfokuskan kepada perjalanan kehamilan seorang ibu.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan kupasan Jurnal Kehamilan bermula daripada pasangan suami isteri merancang untuk hamil sehinggalah saat hendak melahirkan setiap hari Selasa di saluran Astro Prima dan Astro Prima HD jam 12 tengah hari.
Kalau tak sempat boleh tonton siaran ulangan pada hari yang sama jam 9 malam.
Pelbagai paparan kisah realiti topik-topik kehamilan dan permasalahan yang dihadapi oleh ibu hamil serta temubual dengan doktor pakar mesti ditonton oleh yang bakal bergelar ibu bapa!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mencuci bekas plastik seperti bekal sekolah anak paling memenatkan. Mana tidaknya, bekas dengan kesan kotoran berminyak tidak mampu disental dengan mudah.
Walau hanya dicuci sekali basuhan, kesan minyak pasti ada. Macam mana nak cuci bersih?
Perkongsian tip oleh pengguna Tik Tok @rifaatzahrawi ini anda perlu cuba. Memang senang!
Baru tau, walaupun ada yang dah tau. Saja nak share. Rasa seronok pulak!
Baru tahu, isteri saya ajar cara nak basuh bekas plastik tupperware.
Ambil tisu dan koyak-koyakkan sikit.
Letak sabun pencuci dekat dalam bekas.
Kemudian tuangkan air tapi tak payah sampai penuh bekas.
Tutup bekas plastik dan kemudian goncang. Balik-balikkan lagi sambil goncang.
Lihatlah hasilnya.
Taklah bersih seratus peratus tapi mudah kan? Memang menjadi!
Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun pasti ada tanda tanya, adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu;
1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. Anak kurang bergerak aktif
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!