Rendang sememangnya hidangan wajib di pagi raya. Setiap kali menjelang lebaran, resipi rendang pasti menjadi tumpuan ramai. Namun, bagi yang pertama kali mencuba, memasak rendang dalam jumlah yang banyak mungkin terasa mencabar.
Jangan risau! Untuk anda yang masih baru, ada resipi rendang dengan sukatan yang mudah dan dijamin menjadi.
Jom cuba resipi perkongsian Puan Izani Shadila untuk Rendang Tok Perak Asli yang sedap dan pekat!
Saya bukanlah orang Perak. Tapi bila sebut pasal rendang, dalam banyak² versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya
Teksturnya yang kering-kering tak berkuah, pedas² rempah dan cili, harum sangat. Masak sampai kering gelap atas dapur berjam² perlukan kesabaran.
Kali ni saya buat daging 1 kilo setengah campur limpa 1 kilo.
Saya belajar resepi ni dengan orang Perak juga.
Semua bahan² rencah dikisar kering.
Ads
Saya halalkan resepi ni untuk yang suka mencuba
Resepi Rendang Tok Asli
Bahan² hiris :
10 biji bawang rose dihiris halus
1-2 labu bawang putih dihiris halus
4 inci halia dihiris halus
Bahan² kisar :
2 genggam cili kering pedas @ kurang pedas
– dicuci, direbus, nak buang biji pun terpulang ya.
– disangai dalam kuali sampai kering
– blend kering TANPA AIR
Ads
2 ketul lengkuas
5 batang serai
– dikisar kasar dgn air, lepas tu diperah buang airnya. kita guna hampas sahaja ya
1 senduk biji ketumbar
(jintan manis & jintan putih optional ya. boleh letak kalau suka)
– disangai dan dikisar kering
Bahan² utama lain:
1 1/2 kg daging pejal biasa yg ada lemak sikit² (bukan batang pinang. kita nak flavour dari lemak² daging juga)
900 gm limpa
– daging & limpa ni kita lakukan proses ‘mati air’ dulu sampai airnya kering.
– maksudnya rebus dalam periuk TANPA AIR. masak biar air daging tu keluar sendiri, sampailah air tu kering semua.
2 kg santan asli pekat
2 keping besar gula nisan (kalau guna gula melaka, boleh kurangkan sikit)
2 senduk kerisik, daun kunyit hiris
Ads
Cara masak :
1. Reneh santan atas kuali sambil kacau dalam 10 minit. Api sederhana je.
2. Masukkan bahan² hiris.
3. Masukkan cili kering yg dikisar kering² tadi.
4. Masak sampai terbit minyak sikit.
5. Masukkan daging & limpa.
6. Masukkan bahan² kisar yang lain.
7. Masak sampai pecah minyak.
8. Masukkan kerisik dan gula nisan.
9. Masukkan perisa & garam.
10. Tabur daun kunyit. Masak sampai kering. Kacau selalu. Proses ni dalam 2-3 jam juga. Bergantung pada kuantiti daging.
**Kalau daging belum empuk, air boleh tambah jika perlu saja ya. sebab resepi ni kalau boleh kita nak kurangkan air.
Umum ketahui, penambah rasa seperti garam dan gula dilarang dalam makanan bayi yang berusia setahun kebawah. Bukan seperti golongan dewasa, masih ada organ bayi yang sedang dalam proses matang antaranya buah pinggang.
Jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan, buah pinggang dewasa mampu untuk bersihkan yang lebihan daripada darah. Tetapi bayi tidak mampu lagi, yang berlebihan walaupun sikit, cukup untuk membuat buah pinggang bekerja berlebihan dan cepat rosak.
Untuk beri sedikit rasa dalam makanan bayi, mama boleh buat sendiri penambah perasa untuk anak sebagai ganti garam & gula dengan menggunakan bahan makanan semula jadi. Antaranya:
Cuaca panas-panas, kalau dapat makan puding memang sedap. Dinginkan dalam peti sejuk, kemudian dimakan bersama satu keluarga memang sedap. Puding atau agar-agar ada banyak jenis, ada yang boleh dibuat dalam loyang besar dan ada juga yang lebih sesuai dibuat dalam acuan kecil untuk lebih mudah.
Salah satu resipi agar-agar yang boleh dicuba adalah Puding Lapis Lumut. Ikuti perkongsian dari Rose Aien Ramli melalui Grup Masak Apa Hari Ni? (MAHN);
Puding Lapis Lumut📌 Harini sy share lagi satu resepi puding…asyik mkn yg sama ja nnty jemu☺️
Cara buat: Satukan semua bahan masak sehingga mendidih,last skli ttp api dan biarkan sehingga tiada wap panas…kemudian dah boleh penuhkan acuan tdi…tnggu sejuk kemudian simpan dalam peti ais sebelum dikeluarkan dri acuan…
Selamat mencuba😊
Selain puding lapis lumut perasa pandan, ada juga yang buat dengan gula melaka. Kedua-duanya memang sedap dimakan sejuk dan merupakan resipi tak lapuk dek zaman. Tak pernah bosan kalau makan puding versi ini. Bolehlah mommies buatkan untuk dimakan satu keluarga nanti!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...