Anak anda dah masuk usia 3 tahun? Memang mencabar layan perangai mereka. Ibu ayah perlu ada strategi untuk ‘tawan’ mereka supaya tidak buat perangai.
Orang kata kalau anak dah masuk usia 2 tahun, perangai mereka sangat menguji kesabaran ibu ayah kerana proses transisi daripada bayi menjadi kanak-kanak susah nak difahami. Fasa itu dikenali sebagai ‘terrible twos’ .
Tapi bila si kecil makin membesar dan masuk usia 3 tahun, lagi banyak perangai dan ragam mereka yang sukar dijangka. Bersedialah ibu ayah! Jom kita semak serba sikit perangai anak usia 3 tahun ni.
* Setiap hari anda seolah-olah perlu bermain teka-teki macam mana dengan ‘mood’ mereka. Kalau pagi mereka ceria, nanti bila anda balik kerja jangan anggap keceriaan itu akan berkekalan. Begitu juga kalau pagi hari kita hantar mereka ke taska atau rumah pengasuh, anak tengah bad mood apabila petang anda terkejut melihat si kecil sudah ceria kembali.
* Itu belum lagi bab anda tak faham apa yang mereka mahu. Masalah komunikasi pun boleh meletuskan amukan pada pihak si kecil. Oleh kerana kita kurang faham dengan apa yang mereka mahu maka anak akan tantrum kerana keinginannya tidak dapat dipenuhi.
* Bermain sepanjang masa dan tiba-tiba merengek tanpa sebab. Kalau nampak si kecil sibuk bermain dan ‘explore’ banyak benda di sekeliling dia mesti kita rasa lega tapi tiba-tiba tanpa sebab anak akan datang pada kita dan merengek. Masa ini memang anda pun akan keliru apa yang tidak kena padanya.
* Cerewet bab makan. Kalau hari ini dia suka makan roti keju, esok belum tentu menu yang sama akan diterimanya.
Ads
* Adakalanya ketika kita sedang sibuk buat kerja di rumah, si kecil merengek nak kita sentiasa duduk atau baring sahaja sebelahnya. Kalau tak sibuk atau mengejar masa maka tiadalah masalah tapi kalau masa itu ibu atau ayah pun sedang kesuntukan masa, memang boleh jadi naik angin juga.
Kalau anda sedang berhadapan dengan situasi anak yang berperangai macam ini, ada strategi yang betul untuk kawal mereka supaya sentiasa ceria dan tidak mengamuk.
1. Jaga mood anak
Jangan mulakan waktu pagi anda dengan memarahi si kecil terutama kalau dia bangun dalam keadaan masih mengantuk dan merengek. Walaupun masa itu anda nak cepat tapi cubalah bersabar dan jaga mood dia supaya tidak berterusan bad mood. Cubalah guna strategi anda untuk pujuk anak supaya dia boleh tersenyum semula. Bila mood anak dah ok, barulah senang untuk anda buat urusan lain.
2. Layan anak dengan baik
Walaupun kita penat balik dari kerja, jangan sesekali biarkan anak keseorangan. Ambil masa seketika untuk layan kehendak anak. Misalnya layan dia makan atau tengok TV sama-sama sekejap. Kalau dia nak mandi, layan sekejap kehendaknya untuk mandi dan main air dalam bilik air dan sebagainya. Maka tidaklah dia rasa merajuk kerana anda membiarkan sahaja dia tanpa layanan selepas seharian tidak berjumpa.
Ads
3. Bergurau dengannya
Bila balik dari kerja, anda boleh agak bagaimana mood si kecil. Kalau sekali panggil nama sahaja, dia sudah tersenyum dan memanggil anda kembali maka itu tandanya mood dia ok. Tapi kalau dia buat tak tahu dan mukanya masam maka itu tandanya dia sedang bad mood. Jangan anda pun sama bad mood, sebaliknya cuba ceriakan kembali anak anda dengan cara bergurau-senda dengannya. Usik-mengusik, geletek dia atau cium pipinya dengan manja mesti boleh buat si kecil gembira dan hilang bad moodnya.
4. Beri perhatian
Sebenarnya anak kecil tak perlukan benda lain selain daripada perhatian dari ibu dan ayah. Mereka faham yang anda sibuk dengan bermacam urusan. Tetapi anak hanya perlukan sedikit sahaja dari masa anda untuk beri perhatian padanya.
5. Bermain dengan anak
Bila anak ajak ibu atau ayah main bersama, jangan tolak atau buat tak layan. Cuba luangkan masa sekejap sahaja untuk layan dia bermain. Walaupun si kecil ajak ayah main masak-masak tapi layan jugalah ya. Nanti dia pun rasa seronok dan gembira sebab tahu ibu dan ayah sayangkannya. Sekurang-kurangnya ia membantu si kecil belajar banyak perkara masa tengah bermain.
Ads
Membesarkan anak usia ini memang perlukan banyak kesabaran sebab kadang-kala kita sendiri tak faham keinginan mereka. Tetapi percayalah dengan layanan dan perhatian yang kita berikan mampu membantu si kecil melalui proses membesar dengan gembira dan ceria. Barulah dia boleh jadi anak yang berjaya satu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kaedah belajar sambil bermain adalah salah satu cara paling mudah untuk menarik minat anak-anak. Lagi-lagi dalam usia anak tengah aktif bermain. Biasanya usia anak 5 hingga 6 tahun, pendedahan awal membaca penting sebagai persediaan untuk masuk Tahun 1.
Cuma yang menjadi masalah, kita sebagai ibu bapa lebih suka memaksa anak pegang dan baca buku dan tak bagi alternatif lain untuk anak. Disebabkan itulah anak lagi cepat protes.
Kali ini nak kongsikan kepada ibu bapa teknik untuk menarik anak membaca buku selain buku seperti dikongsikan di FB Idea Homeschool via Myza Dany.
Banyak kaedah atau teknik untuk menarik anak-anak membaca selain buku semata-mata. Salah satunya adalah dengan menggunakan dam suku kata.
Dam suku kata ni lebih kurang macam dam ular. Cuma dam suku kata ni ada suku kata terbuka.
Apa yang menariknya bila main dam suku kata ni?
✅ Anak-anak akan baling dadu dan mengira (konsep matematik)
✅ Meningkatkan kemahiran motor halus (membaling dadu)
✅ Mengecam suku kata
✅ Mengenal suku kata
✅ Menyebut suku kata
✅ Meningkatkan koordinasi mata dan tangan
✅ Mengenal warna
Wow, banyakkan manfaat anak-anak akan dapat.. Bestnya. Alhamdulillah. Dan yang paling penting belajar membaca akan menjadi lebih seronok dengan bermain.
Cikgu..Guru tegas bukan garang..Berusaha mengamalkan Teknik Nabi
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mak ayah kena tahu 3 jenis learning style ni. Setiap anak cara belajarnya tak sama. Salah cara ajarnya, risau boleh makin tercicir anak nanti.
1 – Visual
Paling ramai jenis visual. Lebih kurang 65 peratus kanak-kanak dalam kategori ni. Selalu nampak mereka ni macam kuat berangan, termenung & susah fokus belajar.
Mereka ni hebat belajar jika ada :
– warna
– bentuk
– riak muka
– corak
– tempat menarik
– bahasa tubuh
– gambar
– video
– peta
– graf
– jadual
2 – Auditory
Telinga paling sensitif adalah auditory learner. Sekitar 30 peratus kanak-kanak dunia, dan cara mereka belajar adalah dengan mendengar.
Cara terbaik auditory belajar ialah :
– arahan
– kata-kata
– muzik
– bunyi bunyian
– irama
– peraturan
– audio book
– perbualan
– tukar pendapat
– bercakap
3 – Kinestetik
Hanya sekitar 10 peratus sahaja tapi mereka ini la yang paling bertenaga & paling aktif sekali berbanding lagi dua di atas. Susah nak duduk setempat, ramai orang tak faham & tahan nak ajar anak kinestetik.
Sebab mereka ni kalau nak belajar kena ada :
– gerakan
– aktiviti
– hand on
– sentuhan
– stimulasi fizikal
– praktikal
– buat sendiri
– kaitan dengan diri
– cabaran
Setiap anak yang normal pasti ada ketiga-tiga deria visual, auditory & kinestetik ni. Cuma selalunya hanya satu sahaja yang paling dominan & paling besar pengaruh dalam gaya belajar anak..
Eh, beruntung dapat tahu apa learning style dominan anak sejak dari awal. Learning style ni ibarat dapat tahu ‘formula rahsia’ untuk anak jadi orang yang hebat kelak.
Wallahu a’lam…
Hanya seminggu bagi satu surah, demikian cara Datuk Dr Sheikh Muszaphar memudahkan cara anaknya menghafal Al-Quran sejak kecil.
Bella yang sudah khatam Al-Quran pada usia enam tahun. Ia adalah sesuatu yang membanggakan. Angkasawan pertama negara ini bukan sahaja mementingkan ilmu dunia, malah melengkapkan anaknya dengan ilmu agama.
Semalam beliau telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya yang membantu Bella menghafal Surah Al-Maun.
Setiap malam Ahad saya cuba mendorong Bella untuk menghafal satu surah pendek.
Dan Alhamdulillah … Mudah untuk Bella. Dan saya merasakan menghafal menjadi sesuatu yang semula jadi kepada anak-anak apabila anda memulakan mereka muda.
Perkenalkan AlQuran kepada anak-anak anda dari usia yang sangat muda. Insya Allah semuanya akan dipermudahkan. Membaca Al-Quran membersihkan hati dan pasti meningkatkan daya ingatan mereka.
Ini bukan satu arahan tapi ia wajar! Andaikan suami meninggal dan ibu tidak dapat memandu, semua urusan sekolah anak boleh jadi terbantut. Kesannya bukan pada diri ibu sendiri tapi pada anak-anak.