Gembira, happy, itu perkara yang boleh dicari dan bukan hanya dengan kebendaan semata-mata dapat mengukur kebahagiaan seseorang atau sesebuah keluarga. Tak bersyarat dan mensyukuri apa adanya itu cara untuk kita didik diri jadi bahagia.
Gembira juga subjektif, mungkin dimata kita rasa biasa sahaja tapi di mata orang yang mengecapi sesuatu itu besar nilainya. Jadi jangan mudah menilai orang hanya kerana kita rasa perkara yang tidak mereka rasa.
Jadi dalam mencari kehidupan yang gembira 10 perkara ini mungkin menjadi faktor kegembiraan dalam kehidupan.
10 perkara tentang HAPPY.
Happy adalah mood. Bukan mindset. Bagaimanapun, mindset sangat membantu mood setting kita.
Jangan letakkan syarat untuk jadi happy.
“Aku ada kereta besar baru aku happy.”
“Aku kawin baru aku happy.”
“Aku banyak duit baru aku happy.”
Nak happy, just be happy. Meletakkan syarat yang tinggi untuk happy, buat kita susah nak happy.
Happy yang paling best adalah bila kita happy sebab dapat happy-kan orang lain.
Instead of expect others to give you more, you give more to others.
Perkara pertama nak jadi happy adalah, kita kena suka dengan diri sendiri. Be happy & proud of being you.
Stop worrying about what others think of you. Selagi kita lakukan benda betul, persetankan judgement orang lain.
Happy yang lebih tahan lama datang dari perasaan kasih sayang.
Happy yang bersifat sementara dan mencetuskan ketagih, datang dari kebendaan. (happy dapat makan, happy dapat shopping, happy dapat hadiah dsb)
Find love. First, in yourself.
Ads
Mengira apa yang kita tak ada boleh membuatkan kita susah nak happy.
Sebaliknya, mengira nikmat yang kita ada, membuatkan kita bersyukur.
Its not about how much we have. But how much we enjoy.
1 happy thought in 1 minute every morning, will make you happy the whole day. Find it!
Salah satu caranya adalah, dengan buat nombor 6.
Cari kebaikan di setiap sisi.
Bak kata orang, jadi mata lebah. Yang sentiasa mencari bunga. Kemudian menyebabkan debunga.
Jangan jadi mata lalat. Yang sentiasa mencari benda kotor. Walaupun ada di taman bunga.
Senyum selama 1 minit selepas bangun tidur mengeluarkan hormon serotonin.
So whatever happen, smile.
Ads
Yang paaaaling penting…
Jaga urusan dengan Allah, Allah akan jaga urusan kita yang lain.
Kerana Dia yang bagi kita nikmat happy.
Live up your life & be happy.
Nah saya belanja gambar-gambar yang membahagiakan untuk kalian ubat mana-mana yang tak senang di hati.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Putu piring kebiasaannya berwarna putih namun putu piring ini paling istimewa kerana bukan hanya menggunakan gula merah dan campuran tepung pulut ke dalam adunannya bahkan penambah rasa air pandan buat rasa putu piring bertambah sedap.
Macam mana rasanya? Jom cuba perkongsian resipi Pn Iedaa Jahaya ini. Memang sedap!.
Putu beras gula merah pagi ini. Saya tak guna beras cuma guna tepung beras dan tepung pulut. Alhamdulillah sedap.Bahan dan cara penyediaan putu piring gula merah:
Setiap ibu bapa tentu mahu anak-anak mereka rajin belajar dan berjaya dalam akademik. Namun kadang-kadang anak sudah letih di sekolah dan sentiasa mencipta alasan untuk tidak belajar di rumah. Sebenarnya kita boleh galakkan anak untuk belajar tapi perlu betul caranya.
Anak-anak lebih mudah tertarik pada sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh mencuba pelbagai cara untuk membuatkan pembelajaran lebih menarik, seperti menggunakan permainan pendidikan, video interaktif, atau kad imbas.
Kena Ada Rutin Belajar
Penting untuk menubuhkan rutin harian yang tetap. Anak-anak lebih mudah belajar jika mereka tahu waktu tertentu yang dikhaskan untuk belajar setiap hari. Jangan lupa jadikan waktu belajar ini juga sebagai masa berkualiti bersama anak-anak. Anda boleh duduk bersama mereka, membantu jika perlu, dan beri mereka ruang untuk fokus dengan tenang.
Puji Anak Selalu
Pujian itu sangat penting dalam membina keyakinan diri anak. Apabila mereka mencapai sesuatu kejayaan, sekecil mana pun, berikan pujian yang tulus. Ini akan memberi motivasi untuk mereka terus berusaha. Elakkan memberi tekanan atau perbandingan dengan rakan sebaya, sebaliknya beri mereka sokongan berterusan agar mereka rasa dihargai.
Cipta Persekitaran Belajar Yang Selesa
Persekitaran yang tenang dan kondusif amat penting untuk fokus belajar. Pastikan anak mempunyai tempat yang selesa untuk belajar. Selain itu, pastikan juga persekitaran itu bersih dan teratur supaya mereka boleh belajar dengan lebih baik. Tahukah anda, penggunaan meja dan kerusi yang sesuai untuk anak juga boleh buat mereka lebih bersemangat nak belajar. Macam mana tu?
Pilihlah Set Meja dan Kerusi Impact Ergo-Growing!
Set meja dan kerusi Impact Ergo-Growing ini direka untuk berkembang mengikut usia anak anda, menawarkan persekitaran belajar yang ergonomik dan selesa.
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas, set belajar ini mudah disesuaikan untuk memenuhi keperluan mereka yang sentiasa berkembang.
Ciri-ciri Meja:
Ketinggian meja boleh laras: Julat tinggi dari 54cm hingga 77cm, sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun hingga dewasa.
Permukaan meja boleh dipusing secara inkremental: Membantu menggalakkan postur yang lebih sihat.
Reka bentuk laci yang luas: Menyimpan alat tulis dengan teratur.
Roda belakang tersembunyi: Direka untuk kemudahan mobiliti.
Tepi bumper membulat: Menambah keselamatan untuk kanak-kanak.
Kualiti profesional dan selamat: Rangka meja yang tahan lasak dan kukuh.
Ciri-ciri Kerusi:
Armrest mudah lipat: Boleh digunakan dengan atau tanpa armrest.
Larasan tepat: Larasan ketinggian tempat duduk dengan ketinggian yang tepat.
Larasan sudut sandaran: Membolehkan larasan sudut sandaran belakang kerusi.
Bahagian sandar belakang yang tebal: Memberikan keselesaan tambahan.
Bantal tempat duduk dengan rebound tinggi: Menawarkan keselesaan yang lebih baik.
Sandaran belakang mesh ergonomik: Membolehkan aliran udara yang lebih baik untuk keselesaan yang lebih lama.
Mudah dipindahkan dengan pemegang: Boleh dipindahkan dengan mudah menggunakan pemegang.
Kerusi boleh dikunci secara automatik: Menyediakan gelinciran senyap dengan kunci sendiri menggunakan graviti.
Penutup tempat duduk yang boleh ditanggalkan dan dicuci: Penutup tempat duduk dengan zip untuk kebersihan.
Set meja dan kerusi ini direka untuk memberi keselesaan dan sokongan optimum bagi anak-anak yang sedang membesar, sambil memastikan pengalaman belajar mereka menjadi lebih menyeronokkan dan sihat. Juga didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu biru, merah jambu dan kelabu.
Kenapa Ibu Ayah Perlu Dapatkan Meja & Kerusi Impact Ergo-Growing!
Untuk pengetahuan ibu ayah, set meja dan kerusi belajar ini mendapat sokongan dari Persatuan Chiropratik (Singapura) dan Persatuan Fisioterapi Singapura. Jenama ini juga menjadi finalis untuk Kategori Perabot Kanak-kanak Terbaik dalam Anugerah Pilihan Pembaca Expat Living 2024. Tak perlu ragu-ragu kerana Ergoworks mempunyai 20 tahun pengalaman dan kepakaran sebagai perintis dalam penyelesaian ergonomik secara holistik.
Selain itu, jenama ini juga yakin dengan kualiti produk yang ditawarkan:
Reka bentuk ergonomik: Menyokong postur yang sihat dan mengurangkan ketegangan fizikal.
Tahan lama dan selamat: Direka dengan mengambil kira keselamatan kanak-kanak, dengan tepi bulat dan bahan berkualiti tinggi.
Ruang kerja boleh disesuaikan: Berkembang bersama anak anda, menyediakan penyelesaian yang serbaguna dan tahan lama.
Tak ada rumahtangga yang sempurna kerana kita juga bukan insan yang sempurna. Maka saling bertolak ansurlah dalam menguruskan rumah tangga bersama.
Jangan hanya meletakkan rasa kepenatan itu kepada sebelah pihak saja. Biar sama-sama penat menguruskan anak dan rumah tangga.
Paling penting jangan meletakkan tanda aras sempurna dalam semua perkara. Terima seadanya. Inilah yang cuba dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin.
“Kau penat, aku pun penat…” Dalam rumahtangga, kalau kita nak lawan sapa yang lagi penat, sapa yang lagi banyak buat keje, maka sampai bila-bila pun kita akan bergaduh dan bermasam muka.
Prinsip rumahtangga saya, buat setakat yang larat sahaja, tak boleh buat, tinggal, jangan paksa diri, jangan nak perfect.
“Malam ni masak apa…?” Wife jawab tak tahu lagi, tak decide lagi sebab tengah ajar anak buat keje sekolah. Terus saya reply, “Tak payah masak, saya tapau makan malam…”
Balik rumah, sampai ja rumah, tengok baju masih kat ampaian. Panggil anak, mintak dia ambik bakul, saya kutip, bawak masuk dalam rumah. Lepas maghrib, sambil tengok berita, saya lipat.
Boleh ja saya balik rumah pastu tanya,”kenapa tak masak lagi, kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu, kenapa ini…” saya dah PENAT kerje kot, takkan balik rumah kena buat macam-macam lagi.
Tapi saya tak buat macam tu sebab isteri pun ada kerja dia sendiri. Isteri bukan membuta dari pagi sampai ke petang. Isteri bukannya goyang kaki, tak buat apa-apa.
Jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu bermakna dia TAK BUAT APA-APA.
Larat kemas, kemas, tak larat biar bersepah. Larat masak, masak. Tak larat kita tapau luar. Larat lipat baju, lipat…tak larat, esok kita buat.
Ada yang jenis nak perfect, nak siapkan jugak walaupun tak sempat…boleh, teruskan dan buatlah. Tak ada paksaan pun cuma jangan merungut je lah kalau pilih nak buat macam tu.
Dalam rumahtangga ni, penat tu dua-dua kena rasa. Kalau salah seorang sahaja yang PENAT, maka rumahtangga tu TENAT…✌️
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.