Benar, inilah dilema seorang ibu bekerjaya. Luahan pelakon, Uyaina Arshad seakan mewakili perasaan mak-mak yang terpaksa meninggalkan anak demi menggalas tugas hakiki.
Akui Uyaina menerusi Instagramnya, rasa serba salah selalu menghantui dirinya ketika keluar bekerja. Dan inilah yang turut menghantui ibu-ibu bekerjaya.
“Jadi seorang ibu memang bukan mudah. Selalu berada dalam dilema; nak pergi kerja, tapi tak nak tinggal anak.
“Tapi saya seorang wanita berkerjaya. Pergi kerja buat saya jadi waras & fikiran saya sihat. Jadi struggle bila kita selalu persoalkan diri; Adakah saya seorang ibu yang jahat sebab tinggalkan anak?. Adakah anak akan lupakan saya jika saya pergi terlalu lama?
“Kadang-kadang nangis tanpa alasan sebab rasa macam kita ni bukan ibu yang baik. Ada tak any mom or dad yang pernah rasa macam ni jugak?
Ads
“I read this somewhere; “Parenting is only difficult for good parents.” And this makes me feel slighly better.
“We feel that it’s hard because we care a lot. And nobody cares for a child more than his parents,” tulisnya berkongsi.
Menerusi entri itu, Uyaina turut berkongsi momen anaknya, Raja Urhan yang sedang menikmati buah naga dengan begitu berselera. Memang comel.
Ads
“This video was taken somewhere in April. And Urhan is turning 1 in a few weeks time. Rasa macam baru je semalam kebobot ni lahir.
“Alhamdullilah. Thank you Allah untuk rezeki ini. I doakan kepada semua yang sedang menanti kehadiran cahayamata akan dikurniakan zuriat secepatnya. Aamin,” ujarnya yang turut mendoakan pengikutnya yang sedang menantikan zuriat.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Uyaina turut berkongsi masalah yang sama malah turut mengiyakan pendapat Uyaina.
Terdahulu, Uyaina yang kini berulang alik dari Indonesia turut membawa anaknya bersama-sama untuk menetap di sana buat seketika.
Anak adalah anugerah Allah paling istimewa. Usah kecewa dan berduka bila mana impian untuk punya anak lelaki tidak dimakbulkan Allah. Dianugerahkan dengan kesemuanya anak perempuan memang istimewa. Teramat istimewa.
Namun menjaga anak-anak perempuan yang cukup istimewa ini perlukan pendekatan tersendiri untuk mereka sentiasa jadi lebih baik.
Perkongsian seorang bapa kepada empat anak perempuan, Abu Hurairah Roslan ini banyak benarnya. Jadikan ia sebagai panduan untuk kita sentiasa jadi lebih baik menjaga anugerah Allah ini.
Allah mengurniakan saya dan isteri, kami ada empat orang anak perempuan. Semuanya direzekikan lahir dengan keadaan yang cukup sempurna. Tidak ada cacat celanya.
Malah, setiap seorang yang lahir, selalu mengkagumkan saya, saya melihat wajah dan mata mereka. Saya jatuh hati dengan ciptaan Allah yang bernama anak perempuan.
Dari kecil hingga dewasa, tidak ada yang lebih utama melainkan memberikan mereka Allah dan Rasul, serta mengajar mereka untuk hidup didunia sebagai hamba dan manusia.
Hamba kepada Allah, dan manusia yang berkhidmat dan menghiburkan manusia yang lain.
Ada yang bertanya, “Bagaimana nak mendidik anak perempuan?”. “Apa yang ustaz buat pada mereka? Selain menjaga maruah mereka?”
Baik, ini perkongsian realiti dari saya dan isteri. Walaupun, kami jauh dari sempurna dalam mendidik mereka. Banyak lagi yang kami sedang belajar.
1. Setelah kepenatan bekerja dari awal pagi sampai tengah malam, saya terus masuk bilik dan nak melelapkan mata. Tiba-tiba pintu diketuk dan sorang-sorang anak masuk.
Arwaa, anak kedua paling manja dengan saya mendekati.
“Ayah, kita tak boleh tidurlah” “Oh. Arwaa nak apa?” “Boleh bacakan buku cerita kat kita?”
Allahuakhbar. Dengan penat, sakit kepala, tiba-tiba anak meminta itu ini, jujurlah memang berat. Rasa berangin je. Ayat biasa,
“Aduh, nak baca buku apanya. Tido je lah. Mengada-ngada!”
Namun, perlahan-lahan saya bangun, dan temankan dia di katil dan bacakan buku untuknya. Apabila seorang ayah melayan kaum wanita dengan baik dan penuh hormat, anak perempuan juga akan belajar untuk menghargai diri mereka seadanya. Ini yang saya belajar yang pertama.
2. Masuk rumah, tiba-tiba anak pertama diam je. Biasanya, dia akan sambut, salam dan peluk cium ayah dia.
“Ifa, ni ayah ada beli makanan kegemaran ifa. Makanlah”. Dia diam je. Senyap sunyi sepi. Tak cakap walau sepatah. Biasanya, mendidih rasa dalam ni. Nak meletup rasa. Kurang ajar dan tak hormat ayah!
Tapi saya diam dulu. Saya naik atas mandi semua. Saya turun dan usap belakang badannya. “Ifa, jom makan. Teman ayah”
Perlahan-lahan dia bangun, dan sedang makan dia meluahkan sakit hatinya. Pedihnya. Sedihnya. Masa inilah, kita menjadi hero mendengar. Jika dia mahu penyelesaian, kita nasihatlah. Ini yang saya belajar yang kedua.
3. Pam! Barang jatuh. Bersepah. Aduh! Dalam hati nak menjerit dah. Rasa menggigil tangan nak naik. Hayun bagi rasa sorang-sorang. Bagi takut sikit kat ayah ni.
Namun, panggil Allah banyak kali. Istighfar. Pejam mata lima saat dan buka kembali.
“Takpe sarah. Sini ayah buatkan. Sarah jauh sikit. Bahaya ni. Hati-hati ya lain kali”
Kadang saya terlepas juga. Termarah juga. Tertinggi suara sampai menggeletar anak ketakutan. Namun, lepas reda saya datang peluk dan minta maaf dengan mereka. Cium mereka. Hilangkan ketakutan mereka yang takut sangat pada saya ayahnya.
Apabila anak perempuan semakin membesar, mereka akan cenderung untuk menjadi lebih senyap, kritikal terhadap diri sendiri, dan kurang konfiden terhadap imej diri. Dengan adanya ruang privasi, anak-anak boleh belajar mengawal emosi sambil dipantau oleh ibu bapa. ini saya belajar lagi untuk yang ketiga.
Ini baru tiga. Banyak lagi yang saya belajar dan banyak lagi yang akan saya kongsi. Hanya saya seorang lelaki dalam rumahtangga ini.
Demi Allah, penatnya dan letihnya menjaga empat orang anak perempuan ni, apalagi mereka semua memang “anak ayah”. Semuanya ayah.
Namun, ingatlah. Jadilah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan kita.
Jangan biarkan mereka. Jangan abaikan perasaan mereka. Jangan kecilkan “keperempuanan” mereka. Jangan biarkan mereka dengan dunia yang merosakkan.
Sebagaimana sayangnya kita pada isteri, begitu juga kasih sayang kita pada anak-anak perempuan kita. Bermula dari makan bersama, solat berjemaah bersama, teman menonton tv bersama, membaca bersama, membuat latihan dan kerja rumah bersama.
Lihatlah bila mereka menjadi isteri dan ibu pula, percayalah mereka akan jadi sebaik ibu bapanya juga.
Membesarkan anak-anak memang memberikan kita satu seribu pengalaman. Setiap telatah lucu mahupun aneh yang di tunjukkan oleh anak-anak kadang-kala membuatkan kita sendiri rasa nak tergelak. Orang kata ‘macam-macam pe’el’ nak membesar!
Baru sahaja tular sebuah video di tiktok @cyuhameran97 di mana memperlihatkan rakaman anak yang menangis kerana mahu menggigit seliparnya sendiri. Apabila disua dengan susu anaknya itu masih menangis dan tetap mahu menggigit selipar tersebut.
Bermacam reaksi yang dikeluarkan oleh netizen pada ruangan komen. Ramai yang risaukan tentang kebersihan selipar tersebut.
“Ya Allah dik.. Lain mcm dia punya hobi tu”
“bahaya kuman nanti kena jangkitan saluran pernafasan”
“kalau betol2 dia minat selipar..bgi selipar baru la..selipar tu kotor….kuman2”
Ramai ibu bapa ambil risiko dengan tinggalkan sekejap anak-anak dalam kereta atau motosikal dengan niat tak mahu rasa susah kerana nak membeli barang. Bukan itu sahaja ada juga yang membiarkan anak ketika di stesen minyak dengan enjin masih hidup.
Mungkin niat ibu bapa sekejap sahaja tetapi dalam tempoh itu juga apa sahaja boleh berlaku pada anak.
Perkongsian di Facebook Intan Huzaifah Haniff mengenai seorang bapa yang meninggalkan anaknya berseorangan di atas motosikal mengundang bahaya walaupun hanya beberapa minit.
Aku keluar kedai aku nampak budak ni beberapa meter dari kereta aku. Aku dengan Hannah terus pergi kat budak ni.
“Ayah mana dik?,” soalan aku sambil dukung dia turun motosikal.
“Tu haa…,” dia tunjuk dalam KK Mart.
Aku pun berdiri kat tepi motor sampailah ayah dia keluar kedai. Aku tengok jam dari mula aku tunggu sampai ayah dia keluar ialah 4 minit 17 saat.
Ayah dia pelik sebab ada organ berdiri tengok dia sambil pimpin anak dia.
” Salam bang.. Saya nampak dia seorang. Motor ni tepi jalan sangat. Pastu stand pun pakai tongkat yang sebelah jer. Saya turunkanlah dia,” ujar aku menghulur tangan bersalam. Lelaki ni agak berusia daripada aku. Sekitar akhir 30 an.
” Alaaa… Kejap jer pun. Bukan lama. Aku beli topup jer. Tahu la aku jaga anak. Ko baru anak seorang kan? Jaga jer anak kau tu.. Tak payah sibuk hal orang…,” aku dah agak. Sama ada positif atau negatif. Tapi hati aku tadi kuat rasa aku akan kena sound.
” Ok, tak apalah bang. Maaf sebab saya tolong tengokkan anak abang ni. Cuma nak beritahu saya tunggu abang tadi 4 minit juga. Sebab ramai orang beratur. Tak tahulah berapa lama masa sebelum saya nampak dia seorang. Saya rasa zaman sekarang ni 4 minit ni cukup masa untuk orang cekup anak abang bawa lari. Atau macam-macam boleh jadi. Assalamualaikum.. Dah jom Hannah,” aku hulurkan tangan anak dia dan beredar.
Aku harap kalau nampak kes macam ni, tolong jer jaga kejap. Orang tu nak marah lantaklah. Jangan ada sikap tu bukan anak aku. Sebab budak ni tak salah. Dia ada hak untuk dipertahankan keselamatan dia.
Orang culik satu hal. Kereta langgar satu hal. Jatuh motor satu hal. Aku tak tahulah, mungkin aku jenis paranoid kot sebab tu aku rasa semua kebarangkalian tu boleh berlaku.
Sebab malang tak berbau. Kalau jadi apa-apa jangan masa tu baru kita nak menangis tak berlagu.
Nampak kes macam ni, tolong alert. Tunggu kejap. Ada ramai jer yang boleh terima teguran. Abaikanlah kalau dia orang merentan. Bukan hari-hari jumpa pun. Fikir macam tu jer.. Yang penting budak-budak selamat.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.