Sebut pasal menyimpan untuk anak bukan hanya wang ringgit sahaja. Bahkan nak lebih teruja dan lagi bertambah semangat mak ayah gantikanlah simpanan emas untuk anak kecil kita.
Masa anak baru lahir saja, belikan emas 1gm sebagai hadiah. Bila anak sudah besar bolehlah diberikan gelang atau rantai sebagai hadiah. Bukan sahaja cantik, mak-mak tengok pun rasa seronok. Betul tak?
Tak rugipun menyimpan dengan emas. Berbaloi!
Ruginya mak ayah kalau tak buat simpanan untuk anak-anak dari sekarang! Bukan apa. Waktu tahun 2000 dulu harga emas RM30 je. Dan tahun 2020 harga emas sudah cecah RM300 iaitu harga yang paling tinggi untuk tahun 2020!
Kita boleh lihat di sini dalam masa 20 tahun harga emas naik 10x ganda tingginya! Ini baru cerita untuk 1 gram. Bayangkan kalau mak ayah yang ada anak baru lahir. Setiap bulan kita hadiah simpanan 1 gram untuk dia.
Ads
1 bulan simpan = 1 gram 1 tahun simpan = 12 gram 18 tahun dah ada simpanan emas = 216 gram
Nampak tak nanti umur anak dah 18 tahun dah ada simpanan sebanyak RM57,672! **RM267 harga hari ini x 216 gram = RM57,672
Ini baru darab dengan harga emas yang tengah jatuh murah hari ini.
Ads
Bayangkan tahun 2038 umur anak 18 tahun. Masa itu mungkin harga emas sudah mencecah RM400 – RM500 segram! Best tak kalau anak dah besar mereka ada simpanan sebanyak itu?
Dengan duit itu la anak-anak nanti boleh guna untuk bayar kos pendidikan Diploma dan Ijazah mereka sekitar RM40,000.
Kita tak nak dah anak-anak generasi akan datang kena lalui macam mana ramainya anak muda lalui sekarang ini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sebagai ibu dan ayah, pastinya kita menginginkan yang terbaik buat anda-anak. Sedari mereka kecil, kita sematkan nilai-nilai murni dalam diri anak. Kita mahu anak membesar sebagai individu yang baik dan cemerlang.
Begitu juga dengan ibu ini, Siti Aminah Sulaiman, yang tidak berbeza seperti mana parents yang lain. Mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Ibu ini mengajar kedua orang anaknya mengaji, tetapi alpa tentang suatu perkara. Sehinggalah..
Saya masih teringat lagi kejadian beberapa tahun yang lepas..
Ketika tu saya begitu ‘sibuk’ mengajar kedua anak saya membaca dan menghafaz al Quran..
Pagi, petang dan malam saya peruntukan masa untuk ajar mereka..
Hingga pada satu hari anak lelaki saya tegur saya : “Kenapa Mak tak pernah baca Quran pun..?”
Soalan anak lelaki saya ibarat satu tamparan pada muka saya..saya tiada jawapan
Saya rasa nak marah..tapi tiada perkataan yang dapat keluar dari mulut saya..
Soalan anak lelaki saya buat saya berfikir lama..
Dalam hati sy mula berbicara “benar sekali..dah lama aku tak baca Quran..Ya Allah..aku begitu sibuk ajar anak hingga aku sendiri tak sempat baca Quran..”
Itulah TURNING POINT dalam hidup saya
Dari detik itulah saya mula berjinak-jinak semula dengan Al Quran
Lepas Maghrib saya tidak berganjak dari sejadah.. saya mulakan dengan hanya baca setengah muka Al Quran..itupun cukup seksa nak habiskan baca setengah muka!
Seminggu itu saya hanya baca setengah muka saja setiap kali lepas solat Maghrib
Saya mula dapat rentak..perasaan seksa bertukar jadi seronok pula
Saya tambah bacaan Al Quran hingga habis satu muka
Rupanya saya sedang diperhatikan oleh seseorang..
Anak lelaki saya yang mulanya hanya sekadar pemerhati mula tarik rehal dan baca Quran bersama saya,
Allahuakbar..indah sekali perasaan ketika itu Nikmat yang Allah beri apabila kita ingin kembali semula pada Dia..
Rupanya inilah RAHSIA untuk dapat anak Cinta Quran.. saya dulu perlu berubah menjadi Pencinta Al Quran
Hantar tahfiz ke atau mana-mana madrasah pun, tapi bila anak pulang rumah dan lihat kita tak pernah sentuh Quran.. Memang mustahil untuk lahirkan anak yang cinta Al Quran !
Pahit tapi inilah hakikat..
Anak perlukan SURI TAULADAN untuk mereka ikut.. dan ibu bapa adalah model yang paling hampir untuk mereka belajar sesuatu
Sejak saya mula membaca Al Quran, anak-anak juga jadi lebih mudah untuk diajak mengaji bersama.
1) Anak mesti NAMPAK apa yang kita buat.
Kerana itu sy suka mengaji diruang tamu supaya anak-anak nampak dan mereka boleh tiru. Biarkan anak bermain sekeliling kita. Jangan lari jauh dari anak-anak!
2) Peringkat seterusnya ialah perbuatan itu mesti diulang-ulang supaya anak INGAT.
Jadikan membaca al Quran sebagai rutin harian. Baca setiap hari. Kalau kita hanya ‘kadang-kadang’ saja baca Quran, anak sukar nak tiru perbuatan kita kerana mereka akan lupa.
3) Seterusnya anak akan cuba TIRU perbuatan tu.
Bila anak selalu lihat mak atau ayah baca Quran, mereka cuba nak TIRU. Peringkat ini anak mula tunjukkan perubahan dalam bentuk TINGKAHLAKU. Ibu ayah akan rasa sangat bahagia pada saat ini, tetapi perlu ingat bahawa anak perlukan MOTIVASI supaya dia dapat berterusan kekalkan perbuataan baik dia.
4) Beri Positive Reinforcement seperti pujian pada usaha anak.
Baru anak sedar bahawa mereka sedang buat perkara yang baik. Dengan MOTIVASI ini, anak akan berusaha untuk kekalkan habit baru mereka.
Inilah 4 peringkat yang saya amalkan untuk buat anak-anak saya ‘rajin’ baca Quran. Tak perlu lagi reward material atau marah-marah bila ajar Quran.
Saya sentiasa ingatkan diri saya jika saya mahu anak suka baca Al Quran, saya dulu perlu selalu baca Al Quran.
Kenangan baca Quran bersama ini yang akan saya tinggalkan untuk anak-anak saya akan datang nanti sebagai memori terindah mereka. Terima kasih Ya Allah atas peringatan ini..
Semoga dengan perkongsian ibu ini sedikit-sebanyak dapat memberi sedikit kesedaran kepada kita sebagai ibu ayah. Inginkan yang terbaik untuk anak, pastikan kita juga menunjukkan contoh terbaik pada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu yang ada anak kecil mungkin terpaksa bersolat sendirian di rumah sahaja. Maklumlah kalau dibawa ke masjid macam-macam kejadian boleh berlaku serta mengganggu jemaah lain pula.
Bagi yang mempunyai anak kecil tentu biasa berhadapan dengan situasi solat anda diganggu oleh mereka.
Kadang-kadang si kecil sengaja duduk di atas riba kita semasa sedang tahiyat awal, memanjat belakang badan semasa sedang sujud, mengorek lubang hidup, menarik telekung, menyelak kain, mencabut kopiah yang dipakai atau sengaja duduk di atas sejadah sehingga sukar untuk kita sujud dan bermacam aksi mereka lagi.
Lebih mendebarkan, kadangkala si kecil melakukan perkara yang membahayakan diri mereka seperti bermain dengan suis elektrik, bermain di depan bilik air yang basah lantainya dan sebagainya.
Tentu hati kita menjadi tidak khusyuk apabila mengetahui anak terdedah pada bahaya.
Perlukah kita memarahi anak yang berkelakuan begini, atau adakah kita patut membatalkan solat bagi mengalihkan kedudukan anak?
Bagi yang bergelar suri rumah pula kadang kala berhadapan dengan situasi sukar hendak mendirikan solat lantaran tiada sesiapa yang boleh menjaga si kecil.
Terpaksa tunggu anak tidur baru hendak mendirikan solat sehinggakan bersolat di akhir waktu.
Sebenarnya perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melengahkan waktu solat.
Kita perlu tahu bahawa Islam adalah agama yang sangat indah dan memudahkan penganutnya cuma jangan dipermudahkan.
Oleh itu jika berhadapan dengan situasi solat digangguu oleh anak kecil ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan tanpa perlu membatalkan solat.
1. Dibolehkan bersolat sambil mendukung bayi
Dalam keadaan tertentu kita dibolehkan mendukung bayi semasa solat sama ada yang menjadi imam, makmum atau solat bersendirian. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra:
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasulullah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud, Baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari)
Tetapi mestilah mematuhi syarat-syaratnya seperti:
a. Bayi bebas daripada najis. Tukarkan lampinnya sebelum mula solat.
b. Kawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut.
c. Pastikan dada sentiasa menghadap kiblat.
d. Melakukan hanya dalam keadaan yang benar-benar memerlukan sahaja dan bukan hanya suka-suka.
Cara solat sambil mendukung bayi:
1. Anak yang didukung harus dibersihkan dari sebarang najis.
2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mendukung bayi.
3. Tangan tak perlu diangkat ketika takbir dan tak perlu diletakkan di atas dada kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkan di atas dada hanyalah sunat.
4. Baca surah al-fatihah seperti biasa dan surah pilihan jika keadaan mengizinkan.
5. Rukuk dengan tangan memegang erat bayi, tak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi dan kemudian didukung semula apabila mahu bangun ke rakaat seterusnya.
7. Laksanakan langkah ini hingga solat selesai.
Untuk lebih jelas berikut adalah panduan bergambar:
2. Dibolehkan melakukan pergerakan sekiranya bayi melakukan sesuatu yang bahaya.
Sekiranya semasa solat anak anda melakukan sesuatu yang bahaya atau berada jauh daripada tempat solat anda, dibolehkan melakukan pergerakan anggota yang besar tidak lebih tiga kali.
Contohnya, boleh melangkah ke hadapan, ke sisi atau ke belakang dengan syarat pergerakan besar tidak melebihi tiga kali berturut-turut.
Hanya pastikan dada masih lagi dalam keadaan menghadap kiblat sertai tidak bercakap.
3. Dibolehkan mempercepatkan solat ketika bayi sedang menangis.
Apabila anak kecil anda menangis sehingga boleh merisaukan anda maka dibolehkan untuk mempercepatkan solat.
Ada hadis yang membuktikan Rasulullah s.a.w turut memendekkan solat apabila terdengar tangisan bayi.
Terdapat sebuah hadis Qatadah bahawa Anas Bin Malik menceritakan kepadanya:
Bahawa Nabis s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku berminat untuk memperpanjangkan solat. Tiba-tiba aku mendengar tangisan seorang anak lalu aku memendekkan solat itu kerana aku mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisannya.”
Bolehkah membatalkan solat sekiranya anak mengganggu solat kita?
Sebenarnya kita tidak boleh sesuka hati membatalkan solat kecuali disebabkan faktor keuzuran.
Bagaimanapun ia dibolehkan sekiranya melibatkan kebimbangan terhadap keselamatan diri sendiri, harga atau menyelamatkan nyawa orang lain.
Bahkan jika ada keinginan untuk membuang angin atau buang air, kita dibolehkan membatalkan solat.
Daripada contoh-contoh yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w seperti diceritakan dalam beberapa hadis sahih jelas membuktikan betapa Baginda tetap menyayangi anak-anak kecil sehingga di dalam solat pun Baginda meraikan telatah mereka.
Semoga kita mampu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak melalui amalan solat dan dalam masa yang sama mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w terhadap kanak-kanak semasa dalam solat.
Sumber: muzir.wordpress.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini merupakan hari pertama buat seluruh umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Pada bulan yang mulia, bulan Ramadan kita di anjurkan supaya banyak berbuat ibadah serta kebaikan, menahan diri dari nafsu dan amarah.
Bulan ini bulan yang tepat untuk kita berubah menjadi insan lebih baik. Dr Taufiq Razif berkongsi panduan bagaimana anda serta pasangan boleh membina keluarga yang bahagia di bulan ramadan ini. Ikuti perkongsian beliau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah, jangan terlepas info penting ini! Bantuan tunai kerajaan melalui STR 2026 bakal memasuki fasa seterusnya. Buat keluarga yang bergantung pada bantuan ini untuk urusan anak-anak, keperluan sekolah dan perbelanjaan harian, pastikan semakan serta kemas kini maklumat dibuat supaya tidak terlepas bayaran yang layak diterima.