Dalam mendidik anak-anak memang setiap daripada kita mempunyai cara dan jalan yang tersendiri. Tak dinafikan apa yang dibuat mungkin tidak ada salahnya, tapi dalam kita tidak sedar, mungkin ada antara cara kita kurang tepat dalam memberi didikan kepada anak-anak.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh Puan Siti ‘Aisyah Rozalli yang menyatakan bahawa anak-anak yang masih kecil ini akan banyak belajar daripada ibu bapa mereka sendiri. Baik yang kita lentur maka baiklah hasilnya. Jika perlu tegurlah anak jangan hanya duduk membatu membenarkan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak.

Nak Tegur Anak Kena Dari Usia Muda, Senang Nak Didik. Dari Kecil Dah Tahu Beza Apa Betul & Apa Salah!

Dengan teguran dari usia yang masih muda, mungkin Nampak agak keras tapi itulah yang dapat membantu mereka membesar dengan akhlak yang baik untuk masa hadapan.

JANGAN SAMPAI “LATIH” ANAK JADI “DERHAKA”

 Saya bukan ustazah.

Tapi, tanggungjawab sesama muslim adalah saling mengingatkan bila terleka.

Kebelakangan ini. Saya selalu bertemu dengan ibu bapa yang terlalu permisif.

Membenarkan apa yang anak mahu lakukan.
Membenarkan apa yang anak mahu cakap.
Menyelamatkan anak dari “calaran emosi” dengan menyalahkan orang lain.

Alasan. Kasihan pada anak. Takut anak tercalar kalau ditegur.

Hmm…

Saya tahu.
Banyak ilmu parenting yang memfokuskan kepada menjaga emosi anak.

Menjaga emosi anak itu memang sangat penting.

Tapi…
Jangan sampai kita TAKUT NAK TEGUR ANAK.
Jangan sampai kita TAKUT NAK BETULKAN KESALAHAN ANAK.

Kadang-kadang saya dengar anak seawal usia 4 tahun, 5 tahun, sudah pandai kritik ibu ayah.

Nak Tegur Anak Kena Dari Usia Muda, Senang Nak Didik. Dari Kecil Dah Tahu Beza Apa Betul & Apa Salah!

“Ala, mama ni!!!”
“Ibu ni gemoklah!”
“Taknak lah, mak!!!!”

Dengan suara yang agak tinggi.

Memang….

IKLAN

Mereka kecil. Dan masih belum faham.

Tapi, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kalau kita mampu latih anak kecil untuk membaca, menulis dan kemahiran asas akademik yang lain…

Kita pasti juga mampu latih anak kecil supaya berhati-hati dengan pertuturan dan percakapan mereka.

Ingat.

Tegur Dari Usia Muda

 Yang dilihat akhirnya adalah betapa berjaya anak kita mengikut apa yang disuruh oleh Allah dan diingatkan oleh RasulNya.

Bukan betapa pandainya anak kita menulis, membaca, kerja bagus dan kaya.

Akhirnya Allah pandang kemampuan anak kita untuk mengikut suruhanNya.

So, tegur…..

Anak keras suara dengan kita, tegur dari usia anak masih kecil lagi.

“Eh… Cakap elok-elok je dengan mama”
“Anak soleh tak boleh cakap dengan mama macam tu ya”
“Allah sayang sangat anak-anak yang cakap elok-elok dengan kedua orang tuanya tau”.
 

IKLAN

Nak Tegur Anak Kena Dari Usia Muda, Senang Nak Didik. Dari Kecil Dah Tahu Beza Apa Betul & Apa Salah!

Jangan Biasakan Anak Dengar Kritikan

 Bila nak mula tegur?

It is a PROCESS.

Dari anak mula pandai cakap, JANGAN BIASAKAN ANAK DENGAR KRITIKAN KEPADA IBU / AYAH.

Ibu jangan kutuk ayah depan anak.

Ayah jangan kutuk ibu depan anak.

Respect needs to be gained.

Biar anak dengar YANG BAIK-BAIK dan CARA CAKAP YANG BAIK-BAIK tentang ibu ayahnya.

Anak masuk usia 2 tahun, bacakan cerita-cerita yang elok-elok.
Kisahkan cerita yang baik-baik.
Buat social story cara anak patung bercakap dengan ibu ayahnya.

Anak masuk usia 5 tahun, tegur.
Bila anak tinggi suara, tegur.

“Mama tahu awak marah. Tapi, dengan mama ayah, tak boleh cakap macam tu. Sini. Duduk kat pangku mama, dan cakap elok-elok apa yang awak marah kan.”

IKLAN

Tegur. Tapi, tetap acknowledge emosi anak.

Anak masuk usia 7 tahun, tegur dengan lebih tegas.

Kalau dah mula proses awal, masuk 7 tahun, kita kata,
“Suara tu. Ini mama awak”.
Pun anak dah faham.

Anak masuk usia awal remaja, tegur.

Tegur dengan kasih sayang.
Tegur. Tapi, acknowledge emosi.

Ibu ayah yang saya kasihi.

Nak Tegur Anak Kena Dari Usia Muda, Senang Nak Didik. Dari Kecil Dah Tahu Beza Apa Betul & Apa Salah!

Kasihanlah anak tu.

Kecil-kecil bila mereka kritik kita, tinggi suara dengan kita, memang nampak comel.

Tapi, takkan kita nak biar anak rasa OK dengan perbuatan tersebut.

Takut anak kita tergolong dalam golongan anak yang melahirkan tuannya.
Derhaka yang kita izinkan berlaku dari kecil

Na’udzubillah…

Teori, pendekatan parenting barat boleh diambil dan digunakan.

Tapi, KONSEP AKHLAQ yang diajar dalam Al-Qur’an dan hadith, jangan dilupakan.

Salam sayang penuh ikhlas,
Siti Aisyah Rozalli

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI