Selamat menyambut kelahiran anak perempuan keduanya pada 25 Jun lalu, pelakon Fizo Omar tampil berkongsi nama cinta hati terbarunya itu kepada umum.
Memilih nama yang ringkas dan indah, Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai sepakat memilih nama Wan Khaleeda buat bayi sulung mereka.
Menerusi Instagramnya, Fizo turut memuat naik video ketika melakukan pendaftaran kelahiran bayinya itu. Tidak hanya menunjukkan sijil kelahiran dengan nama yang dipilih bahkan Fizo turut berkongsi senarai dan tip untuk proses mendaftarkan kelahiran anak.
“Wan Khaleeda binti Wan Hafizol ✅.
“Dah nak setahun dah kawen baru ambik sijil nikah. Ni pun sebab nak kena daftar kelahiran baby.
“Daddy baru nak up macam ni la. Daddy-daddy kat luar sana kena ingat pendaftaran kelahiran ni dalam tempoh 60 hari je. So bertindak cepat k,” kongsinya.
Ads
Bagi memudahkan ibu bapa baru lain untuk membuat pendaftaran, Fizo turut berkongsi dokumen yang perlu di bawa semasa mendaftar kelak.
“Abe Joe share pengalaman dan checklist apa yang daddy-daddy di luar sana perlu bawak untuk mendaftar kelahiran anak ni.
Ini check list yang disenaraikan Fizo untuk memudahkan semua.
* Ic bapa (original dan photostat) * Ic ibu (original dan photostat) * Sijil perkahwinan (original dan photostat) * Kad pranatel (check up baby sebelum bersalin)
Ads
Tempoh pendaftaran tak boleh melebihi 60 hari.
“Rasa-rasa macam tahun depan nak repeat datang JPN ni pulak la, boleh tak @ffezyranesry,” kongsi Fizo berseloroh.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Fizo di Instagram turut memuji nama ringkas tapi bermakna yang menjadi pilihan Fizo dan isteri. Ringkas tapi sedap kata wargamaya.
Terdahulu, Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai selamat menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada 25 Jun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.
Kalau dulu peminat hanya menyaksikan Fad Bocey di pentas bersama rakan-rakannya, Abam dan Achey, kini Fad muncul sebagai pengacara program Pa&Ma TV bersama isterinya Syaheera A Rahman pula.
Aksi kedua-duanya sebagai pengacara memang cukup menarik. Masing-masing tidak kekok dan lokek untuk berkongsi ilmu dalam Pa&Ma TV.
Paling menarik, luahan hati Syaheera yang nyata cukup teruja dan berdebar dengan pengalaman baru ini.
” Tak sangka rezeki dapat rasa jadi pengacara. Selalu komen Fad ja atas pentas, jangan macam ni jangan macam tu, sekarang Fad pulak yang komen balik ?.
Terima kasih untuk komen-komen ,insyaAllah akan diperbaiki lagi . Jangan lupa episod pertama tau 12hb March. Its good untuk bakal jadi parents. Macam-macam kami akan kongsikan.
Truly saying, berapa kali kita beranak pun tetap kita kena belajar. For me, even second baby tapi banyak yang macam eh masa bersalin dulu taktau pun. So episod kali ni semuanya pasal kehamilan. Excited nak kongsi dengan korang.
Dalam pada itu, Syaheera juga sempat berkongsi kisahnya mengandungkan anak kembar dan anak kedua mereka, Nur Aminah Misyal, 1 tahun.
“Berbeza rasanya bila sudah ada anak kembar dan kini pula dengan Aminah. Dulu semua kerja jadi double, rasa tak menang tangan nak uruskan anak-anak. Saya terpaksa bahagikan kerja bila anak jaga waktu malam, Fad jaga dan uruskan Hayyan manakala saya pula jaga Zayyan. Kini dengan Aminah saya lebih fokus untuk handle dia.
Kalau ikutkan masa mengandung pun banyak bezanya. Masa mengandung kembar saya alami alahan sampai kandungan saya sembilan bulan. Saya memang tak kuat. Tapi bila mengandungkan Aminah saya jadi lebih kuat dan alahan pun hanya pada trimester pertama sahaja.
Paling seronok saya cukup kuat malah sanggup untuk memandu sendiri bersama Hayyan dan Zayyan kemana-mana. Pernah saya memandu sendiri ke Penang gara-gara craving nak makan sesuatu. Saya memang tak ada masalah ketika itu,” kata Sya berkongsi.
Begitulah kalau sudah teringinkan sesuatu. Ibu muda ini juga cukup aktif bersama tiga anaknya. Walaupun dibantu oleh pembantunya namun Sya akui dia senang menguruskan ketiga-tiga anaknya sendiri.
Jangan lupa saksikan perkongsian lebih daripada Sya dan Fad mengenai kehamilan menerusi Pa&Ma TV Musim ke 4 yang bersiaran setiap Selasa jam 12 tengahari. Aksi Sya dan Fad memang cute, kelakar habis!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendekati wanita ini yang pernah viral tahun lalu kerana membuat simpanan hampir RM14,000 dalam tempoh enam bulan. Menurut Siti Nurhazwani Mohd Zabri atau selesa dipanggil Wany, pada asalnya dia buat simpanan untuk menyambut kelahiran anaknya. Kini selepas melahirkan, Wany masih meneruskan tabungan tersebut sejak anaknya berusia satu bulan.
Memandangkan Wany memang suka menabung sejak kecil, katanya tabungan dibuat apabila dia ada sasaran tertentu. Jika mahu dapatkan barangan berjenama, dia akan menyimpan wang untuk membeli tanpa perlu berhutang.
Simpan RM50 Setiap Hari, Cukup RM5000 Simpan Dalam Bank
Apabila ditanyakan tentang jumlah nilai wang yang disimpan, Wany memberitahu yang dia akan masukkan RM50 setiap hari untuk tabungan anaknya, Andra Gael Mateen Mohamed Azemi, 6 bulan. Wany memberitahu, dia mempunyai rezeki yang lebih untuk membuat tabungan RM50 setiap hari.
“Alhamdulillah mungkin rezeki saya mampu menyimpan sebanyak itu setiap hari. Tetapi tak salah untuk buat simpanan kurang dari itu. Ikut kemampuan kita,” terang Wany apabila ditanya tentang jumlah wang yang dia simpan setiap hari. Tambah Wany lagi, simpanan begini mudah dia kawal. Cukup RM5000 setiap kali menabung, saya akan pastikan duit itu dimasukkan ke bank,” kata Wany.
Tanda Pada Kalendar Untuk Pastikan Tabungan Konsisten
Wany memberitahu yang dia menjalankan perniagaan sendiri bersama suami. Dia membuat tabungan sebagai persediaan jika ada sebarang kecemasan. Biarpun ada mengambil pelan insuran untuk Gael, Wany tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat simpanan. “Saya ambil insurans untuk anak, tetapi ada masa tertentu kita perlu mendahulukan duit sendiri. Sebab itulah, saya selesa jika ada wang simpanan sebagai persediaan,” kata Wany.
Untuk membuat tabungan, perlu ada disiplin. Wany mengiyakan perkara itu. Menurutnya, dia seorang yang sangat disiplin dalam membuat tabungan. Wany akan membuat tanda di kalendar bagi memastikan duit yang dimasukkan ke dalam tabung direkodkan. Menurut Wany, dia lebih berdisiplin sekarang kerana banyak memikirkan soal masa hadapan. Tambah pula dia dan suami, Mohamed Azemi Ab Johar, bekerja sendiri. “Sebab itulah kami kena konsisten untuk buat tabungan, tak boleh mengelat,” beritahu Wany.
Buat Simpanan Fikirkan Anak
“Saya dan suami hanya fikirkan tentang masa depan anak. Sebab itulah kami memilih cara ini untuk menabung. Dalam simpanan sekarang ada RM6700, tapi biasanya apabila tabungan dah capai RM5000, saya akan masukkan ke bank,” kata Wany menjawab tentang jumlah tabungannya. Kata Wany, dia mula menyimpan untuk Gael sejak anaknya itu berumur satu bulan.
Cara Wany menyimpan duitnya adalah dengan menggunakan sebuah bekas kecil. Dia akan sumbat kesemua duit di dalam itu sehingga jika ia benar-benar padat. “Tujuan saya menggunakan bekas kecil adalah sebab saya tak mahu fikir ada duit banyak dalam tu. Nanti akan terasa nak ambil untuk gunakan ke arah lain. Jadi bila guna bekas kecil dan disumbat padat, nampak macam tak ada apa dalam tu,” seloroh Wany. Sewaktu hamilkan anaknya itu, Wany memilih sebuah tabung berbentuk buah nanas. Tak sangka apabila dikeluarkan, banyak juga duit di dalamnya.
Bercerita tentang pengalamannya membuat tabungan, dia sebenarnya sudah mula menyimpan serba sedikit sebelum disahkan mengandung. Pada waktu itu, Wany dan suami berhasrat untuk gunakan hasil simpanan itu untuk beli barangan bayi serta bersalin di hospital swasta. Apabila disahkan hamil, terus sahaja Wany memulakan tabungan RM50 setiap hari.
Didik Diri Menabung Sejak Kecil
Wany turut memberitahu bahawa dia memang suka menabung. Sejak kecil, dia sudah mendidik diri untuk mengumpul duit belanja yang diberi kepadanya. Kalau tidak 50 sen, 20 sen pun jadi. Asalkan ada duit untuk disimpan pada hari tersebut.
Dia memberitahu yang amalan menabung ini akan diajarkan kepada Gael supaya anaknya itu juga suka menyimpan sepertinya. “Semoga bila dia melihat ibunya simpan duit, dia pun akan ikut. Saya berhasrat untuk mengajar dia kepentingan dan kebaikan menabung,” akhiri Wany.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jodoh, ajal, rezeki anak semuanya rahsia Allah. Andai kata salah seorang pasangan kita pergi dulu, tentunya pemergian itu sangat dirasai.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh Nur Rieziyana Md Zamri ibu kepada empat cahaya mata yang perlu membesarkan amanah ditinggalkan arwah suami.
Tinggalkan 4 anak kecil
Menurut Rieziyana, 31, suaminya, Ahmad Amirul Shaqim Abd Rahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 7 Jun tahun lalu, seminggu selepas dia melahirkan anak bongsunya.
“Arwah suami menghidap masalah injap jantung. Dia pernah jalani pembedahan pada usia 17 tahun. Pada Mac tahun lalu, dia jalani pembedahan tukar injap jantung sekali.
“Selepas pembedahan, berlaku jangkitan. Dalam dua ke tiga bulan juga dia di hospital sehinggalah arwah dibenarkan discaj sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Memang teruja sampai dia nak kemas beg pakaian sendiri pada waktu itu.
“Ketika raya, sempatlah bawa dia jumpa mak ayah dan ahli keluarga yang lain. Rasanya dia sihat dalam lima hari saja. Kemudian dia terus demam selama dua minggu. Tapi dia tak mahu ke hospital, arwah kata dia dah penat masuk hospital. Jadi dia hanya ke klinik dan bergantung kepada ubat macam biasa,” kongsinya.
Suami tunjuk sikap pelik sebelum pergi
Menurut wanita yang mesra disapa Rieziyana itu, suaminya juga turut menunjukkan perubahan sikap selain tidak mempunyai selera makan kerana apa saja yang dijamah berasa pahit.
“Dia juga tak boleh dengar apa yang saya cakap dan ketika itu juga dia mula tanya soalan-soalan pelik.
“Contohnya dia tanya sekarang pukul berapa? Apa warna cat bilik kami? Dia kata nampak warna hijau sedangkan bilik kami warna putih. Kadang-kadang dia nampak semua benda jadi kecil.
“Pada 30 Mei dia masuk ICU balik. Ketika sampai ke unit kecemasan, doktor kata keadaan suami dah 50-50. Doktor minta saya bersabar. Tapi saya macam tak percaya, tak jangka jadi macam tu,” katanya.
Seminggu selepas lahirkan bayi, suami meninggal
Kata Rieziyana, pada waktu itu dia dilanda kesedihan melampau memandangkan dirinya sedang sarat hamil dan menanti hari untuk melahirkan cahaya mata keempatnya.
Imbas Rieziyana, dia akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Banngi, Selangor pada 1 Jun 2021.
Hanya beberapa hari selepas melahirkan bayinya, dia diuji lagi dan kali ini lebih berat dugaannya apabila suami disahkan meninggal dunia di IJN 7 Jun.
“Ketika hamil, dia macam dah bagi hint. Dia tanya sama ada saya dah maklumkan pada ibu untuk teman saya bersalin? Saya rasa pelik pada waktu itu, kenapa ibu nak teman, sedangkan dia ada.
“Tapi arwah kata dia risau dia tak larat, sebab tu dia pesan supaya saya minta pertolongan ibu saya. Ketika saya bersalin, dia masih dalam ICU. Saya ada hantar mesej tapi dia tak sempat baca. Saya mesej maklumkan yang adik dah keluar (dilahirkan),” ujarnya lagi.
Berniaga kecil-kecilan
Menurut Rieziyana yang menetap di Banting, dia perlu mencari kekuatan diri untuk membesarkan empat anaknya termasuklah si bongsu yang kini berusia lapan bulan.
Bercerita mengenai situasi semasa, Rieziyana berkata dia kini berniaga pewangi kereta dan pewangi rumah serta benih ikan talapia untuk menyara kehidupan.
“Selepas bersalin anak kedua dulu, suami cakap dia tak nak saya kerja. Dia mahu saya jaga anak. Suami dulu kerja dengan syarikat oil and gas, tapi dia dah berhenti atas faktor kesihatan, kemudian dia banyak uruskan infaq ke rumah anak-anak yatim.
“Bila suami dah tak ada, saya pun tak ada pendapatan. Saya teruskan hidup dengan simpanan yang suami tinggalkan sikit. Tapi tetaplah saya kena buat sesuatu, jadi saya berniaga pewangi kereta dan rumah secara online.
“Tambahan pula anak sulung saya baru bersekolah. Dulu semua suami uruskan, dari sekecil-kecil hal baju atau susu, suami yang banyak buat keputusan. Sekarang saya kena buat sendiri, saya bagaikan budak baru belajar. Saya kuat sebab sokongan keluarga,” ujarnya.
Tambah Rieziyana lagi, dia juga sebak apabila anak sulungnya meluahkan rasa rindu untuk pergi bercuti dengan arwah suaminya.
“Kali terakhir kami bercuti ke Melaka pada awal Januari 2021. Sekarang musim cuti, bila tengok keluarga orang lain, memang akan terasa. Sebab arwah dulu kaki jalan-jalan.
“Saya dengar anak sulung saya cakap, dah lama tak jalan-jalan. Ada suatu hari, dia pandang tingkap dan baca Al-Fatihah untuk arwah. Dia kata sedih memikirkan ayahnya dalam kubur,” kongsinya.
Rieziyana dan suaminya mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Aqiel Zafri, Ayra Zafira, Arieq Zareef dan Arasy Ziqri.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!