Kekuatan seorang wanita mungkin tidak terletak pada fizikal tetapi semangatnya. Biar diuji dengan apa juga cabaran. Pasti mampu melaluinya apatah lagi jika perlu kuat demi anak-anak tersayang.
Kehebatan insan bergelar ibu sememangnya tak perlu disangkal lagi. Dengan keazaman yang kuat untuk menyediakan yang terbaik demi keluarga, seorang ibu sanggup melakukan apa saja termasuklah melakukan pekerjaan yang dipelopori oleh kaum lelaki.
Tampak lemah lembut dengan penampilannya yang berniqab tidak menjadi penghalang buat Nurazlinda Mahadi untuk menjadi pemandu lori kontena demi menyara lima orang anaknya.
Melalui akaun TikTok nur87ladytruckers, ibu kepada empat orang cahaya mata perempuan dan seorang anak lelaki ini memberitahu bahawa dirinya ibu dan ayah pada masa yang sama.
Di rumah berperanan sebagai ibu tetapi ketika waktu siang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah mencari nafkah buat mereka sekeluarga.
“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata.”
Biarpun sibuk dengan urusan kerja dan keluarga namun wanita tabah ini memuji kebesaran Allah SWT yang memberinya kekuatan untuk terus berjuang demi anak-anaknya yang masih kecil.
“Malam-malam balik kerja, anak yang kecil bangun. Pagi-pagi bangun pergi kerja semula. Bila waktu Nur rehat? Besarnya kebesaran Allah, diberikan kekuatan untuk ujiannya. Agar kita bersyukur, Allah takkan uji di luar kemampuan hamba-Nya.”
Teruja bila tengok ibu hebat ini memandu lori kontena, bukan biasa-biasa! Bukan semua mampu melakukannya. Didoakan agar Nurazlinda terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya.
Jangkaan JP Morgan yang meramalkan kes positif bakal berada di puncak sehingga mencecah 6,300 esok sedikit merisaukan kita. Namun begitu kes kumulatif sebanyak 4,817 kes setakat semalam membuatkan kita boleh menarik nafas lega. Malah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menjangkakan jumlah kes COVID-19 di negara ini esok adalah di bawah 5,000 kes.
Kenyataan ini membuktikan jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara kita masih berada di dalam kawalan yang baik sambil mengenepikan unjuran JP Morgan itu. Pun begitu sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, KKM sudah pun membuat persiapan awal menghadapinya.
Namun begitu, masalah kekurangan beberapa peralatan terutama PPE dilihat sebagai masalah utama. Kementerian Kesihatan (KKM) masih menggalakkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menderma peralatan perlindungan peribadi (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan dalam merawat pesakit COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bekalan PPE bagi melindungi petugas barisan hadapan masih diperlukan kerana ia antara peralatan pakai buang yang digunakan setiap hari. Dr Noor Hisham menjelaskan penggunaan PPE adalah setiap hari, berbeza dengan ventilator yang mencukupi setakat ini.
“Penggunaan PPE juga meningkat daripada dua hingga 10 kali ganda berbanding dengan keadaan normal.
“Setakat ini ventilator kita cukup, ada 956 unit, dah cukup tidak perlu ada pertambahan ventilator lagi. Tetapi tidak dengan PPE, NGO kalau nak derma, dermalah PPE kat kita (KKM). Kita masih terima PPE,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata KKM mempunyai sistem pemeriksaan stok PPE di negeri-negeri dan hospital di seluruh negara. Beliau berkata perolehan PPE adalah melalui tiga kaedah iaitu secara pukal dari negeri-negeri dan pusat, perolehan di peringkat negeri dan secara derma daripada NGO.
“Apa yang penting ialah kita kena berterusan untuk mendapatkan PPE daripada perolehan. Setakat ini, PPE ada, sekurang-kurangnya dua minggu kita boleh bertahan,” katanya.
Pereka Fesyen & Universiti Tampil Beri Sumbangan
Dalam pada itu, bukan hanya beberapa barisan pereka fesyen seperti Dato Radzuan Radziwill, Datuk Rizalman, Melinda Looi, Khoon Hooi, Bryan Koo, Justin Yap, Fizi Woo, Alia Bastaman, Jovian Mandagie, Rizman Ruzaini yang El Azman yang turun padang menyumbangkan PPE buat petugas flonliners tetapi beberapa NGO juga tidak kurang membantu.
Malah beberapa universiti tempatan juga tidak terkecuali membantu untuk menjahitkan PPE buat petugas flonliner. Antaranya seperti USIM, UUM, Pemadam dan sebagainya.
Terbaru hari ini, berbekalkan 13,000 meter kain tanpa tenun (non-woven), Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menyiapkan sekurang-kurangnya 6,000 gaun PPE untuk diserahkan kepada petugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Syabas buat semua!
Teruskan menyumbang buat petugas barisan hadapan kita.
Bayangkan hidup serba sederhana, hanya berniaga roti canai demi sesuap nasi, dengan satu harapan untuk membesarkan anak-anak dalam kasih sayang seadanya. Tapi siapa sangka, sekelip mata segalanya hilang.
Itulah kisah penuh pilu Allahyarham Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendi dan suaminya, Mohamad Azim Izat Ishak, yang kini menjadi bualan ramai selepas satu video lama mereka kembali tular bukan kerana promosi, tetapi kerana harapan yang tidak sempat kesampaian.
“Satu je… kami cuma nak teruskan kehidupan…” luah arwah dalam video TikTok sambil senyum ikhlas.
Pasangan ini yang mengusahakan sebuah gerai roti canai kecil, merakam video mempromosi perniagaan mereka dengan cara yang sangat jujur dan menyentuh hati. Mereka tak pernah bercakap soal mahu kaya, hanya mahu terus hidup. Mahu pastikan anak-anak cukup makan, cukup kasih sayang, cukup perlindungan.
Namun, takdir lebih awal memanggil mereka.
Enam beranak itu terkorban selepas kereta mereka dipercayai terbabas ke dalam Sungai Korok, Jitra, Kedah. Dalam Proton Iswara itulah mereka ditemukan sepasang suami isteri dan empat cahaya mata kecil:
Putra Rayyan Nur Izza, 9
Hawa Adriana Nur Izzat, 8
Annayla Humaira Nur Izzat, 7
dan si bongsu Tuah Haydar, baru 6 bulan…
Kesemua mereka disemadikan dalam satu liang lahad yang sama. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kini, tinggal hanya doa dan ingatan daripada seluruh rakyat Malaysia yang tersentuh dengan kisah mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui mereka tak kenal siapa arwah secara peribadi… tapi hati seolah-olah tersentuh seperti kenal lama.
“Manisnya wajah mereka… Moga Allah kurniakan syurga buat mereka sekeluarga,” Madiha Mohamad
“Cerita dia jujur, berniaga sebab nak hidup, bukan nak kaya. Hati tak tahan tengok video tu,” Muhammad Zairin
“Sangat nampak keikhlasan dalam setiap senyuman dan kata-kata mereka… Allah lebih sayangkan kalian,” – Mazlina Rubani
Kisah ini bukan sekadar tragedi. Ia satu peringatan. Bahawa dalam dunia serba mencabar ini, masih ada insan yang berjuang dalam diam tanpa mengeluh, tanpa menagih simpati. Mereka cuma mahu hidup. Cuma mahu anak-anak mereka terus membesar dalam kasih yang cukup.
Dan kini, satu keluarga itu sudah pun “pulang” bersama.
💗 Al-Fatihah buat Allahyarham sekeluarga. Semoga kisah mereka kekal menjadi cahaya dalam kegelapan dunia ini mengingatkan kita erti syukur, ikhlas, dan kasih yang sebenar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti mana yang kita ketahui, tahun hadapan kerajaan telah megeluarkan arahan penggunaan kerusi keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya. Ramai ibu ayah yang menyokong saranan ini dan tidak kurang ada juga yang sukar untuk menerimanya. Antara puncanya adalah bukan semua ibu ayah berkemampuan untuk membelikan kerusi keselamatan buat anak-anak mereka.
Walaupun begitu, ada ibu ayah yang sanggup berkorban apa saja demi menyediakan kerusi keselamatan dalam kenderaan untuk anak mereka. Bahkan ada yang sanggup mengenepikan keinginan sendiri demi keselamatan anak yang disayangi. Begitulah perkongsian Intan Dzulkefli yang melihat sendiri betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang sanggup menjual barang kemasnya semata-mata untuk mendapatkan car seat untuk anaknya.
.
Minggu lepas, selepas selesai urusan di bank, Insyirah merengek kehausan. Oleh itu, singgahlah kami di kedai serbaneka membeli air mineral. Entah macam mana, tiba-tiba terasa mahu singgah masuk ke kedai emas di sebelahnya pula.
Awkward terasa kerana pertama kali singgah di kedai itu. Waktu saya masuk, ada seorang wanita di dalam kedai itu. Saya duduk di kerusi sebelahnya. Insyirah leka minum air dan makan cookies.
“Nak beli gelang ke kak?” tanya salah seorang jurujual. Saya geleng kepala sambil tersengih.
“Tak… Ni saja nak tengok-tengok. Tak pernah datang sini.” kata saya berterus terang.
Apabila saya berkata begitu jurujual itu tersenyum sahaja sambil mengangguk lalu dibiarkanlah saya mencuci mata melihat berbaris gelang tangan di balik kaca.
Wanita di sebelah saya tadi ralit melihat barisan perhiasan emas. Lama sungguh dia merenung. Saya ni pula leka merenung gelagatnya berbanding merenung kerlipan emas permata di depan mata.
_
Tak lama selepas itu beberapa orang lagi wanita masuk ke kedai itu. Wanita tadi masih lagi terpaku seperti tadi.
Saya dalam pada itu sibuk juga melayan Insyirah mahu minum air dan membersihkan kotoran di mukanya yang comot makan cookies.
Masa berlalu, akhirnya tinggal saya dan wanita tadi semula berdua sahaja di kedai itu.
Apabila melihat jam, saya rasa sudah lama juga kami di situ. Tatkala saya mahu berkemas-kemas keluar, wanita itu rupanya sudah beredar dulu.
_
“Akak tu tadi tiap hari datang sini lepas dia datang jual barang kemas dia haritu.” kata jurujual itu tanpa diminta.
“Oo.. Mungkin nak aim beli yang lain kut,” ujar saya.
Jurujual tu tersenyum je.
“Akak tu kata, dia terpaksa jual. Masa dia serahkan barang-barang tu pun dia macam nak menangis. Tapi dia kata perlu duit. Nak beli carseat anak-anak dia.”
.
Kali ini saya pula yang tersentuh.
MasyaAllah…
“Semoga murah rezeki dia. InsyaAllah.” doa saya sambil diaminkan jurujual tadi. Kemudian kami berdua meminta diri kerana lihat langit sudah semakin gelap.
_
Waktu memandu pulang ke rumah, cerita tadi masih terngiang-ngiang lagi.
Seakan terbayang lagi betapa lama renungan wanita tadi. Mungkin dengan susah payah dia mengumpul duit untuk membeli barangan kemas tersebut, atau ada kenangan sentimental tentangnya, namun demi anak-anak, keputusan begitu yang diambil akhirnya.
Selama ini saya cuma membaca perkongsian dan kisah suka duka pengorbanan ibubapa membeli carseat untuk anak-anak di facebook.
Kisah ibubapa yang tekad membelikan carseat setelah salah seorang anak kembar mereka meninggal dalam kemalangan. Kisah surirumah ikat perut dan bersusah payah menabung untuk membelikan carseat untuk anak-anak.
.
Serta banyak lagi kisah yang menginspirasikan.
Namun, hari itu, saya mendengar sendiri, dan melihat sendiri. Betapa kadang menjadi ibubapa ini bermakna mengenepikan kehendak dan keperluan diri sendiri demi keselamatan dan keperluan anak-anak.
_
Hal carseat ini, kita semua ada ‘kasut’ masing-masing, struggle masing-masing. Namun, saya berpendapat betapa keras usaha setiap ibubapa mahu memberikan yang terbaik itulah yang patut dipuji.
Berkorban hal kesukaan. Berkorban wang simpanan. Berkorban harta kesayangan.
Saya cuma mampu doakan semoga semua urusan ibubapa yang sedang berusaha untuk menyediakan carseat untuk anak-anak mereka juga dipermudahkan Allah, walau kadang untuk urusan itu banyak berlaku konflik dan salah faham antara suami isteri, emosi yang bercampur baur, stress serta begitu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
.
_
“Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Surah Ali Imran: 159)
Apapun niat kita, moga Allah melihatnya sebagai amal yang membawa kita ke syurga, insyaAllah.
Segala susah payah kita, harta yang kita keluarkan atas niat kerana Allah, insyaAllah pasti Allah akan balas, tak di dunia di akhirat kelak. InsyaAllah.
Besar sungguh pengorbanan si ibu tadi. Mungkin sesetengah orang berpendapat ia perkara kecil, tetapi mungkin tidak buat wanita di dalam cerita ini. Semoga urusan ibu itu dipermudahkan dan dia dapat menyediakan kerusi keselamatan buat anak-anaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!