Ketika kita dapat peluang bersama dan melayan anak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita tak sedar anak-anak petugas barisan hadapan terpaksa menanggung rindu untuk dipeluk kedua ibu bapa mereka.
Mungkin bagi anak yang dah besar mereka faham pengorbanan ibu bapanya tapi bagi anak kecil, mereka seolah merasakan ke mana perginya orang yang disayangi. Lagi pula nak jumpa susah. Hanya suara dan gambar di telefon penghubung buat masa ini.
Perasaan ini turut dikongsi oleh seorang jururawat dan juga seorang ibu di Facebooknya, Nurfathiah Mohamad Mahadi. Dia yang berkongsi foto anaknya memegang kad dengan tulisan menyentuh hatinya.
Ibu jauh dengan saya untuk tolong anda
Melalui apa yang dikongsikan oleh Nurfathiah, foto anak perempuannya yang sedang memegang kad itu dihantar oleh pengasuh dan tertulis mesej meminta orang ramai duduk di rumah.
Ads
“Ibu saya seorang jururawat, dia berjauhan dengan saya untuk menolong anda. Bolehkah anda semua tolong duduk di rumah untuk bantu ibu saya…”
Malah melalui kapsyen yang ditulis Nurfathiah, sebagai seorang ibu dia juga sangat rindukan anaknya.
“Bila pengasuh hantar gambar ni terus berjurai air mata 😭😭😭😭😭😭 i miss you sayang ibu.. Nanti semua dah okay ibu amik adik ye.. Stay strong anak ibu.. Ibu sayang anak ibu…”
Ads
Ibu kena kuat
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, pengasuh anak kecil ini, Nur Ikemah Muhammad Tahir menjelaskan Icha (panggilan manja) okay je duduk di rumahnya.
“Ibu tak boleh sedih.. Ibu kena kuat, sabar ya.. Insha’Allah ni semua sementara je.. Semoga kita semua dapat jalani kehidupan seperti biasa.. kita ramai-ramai doa..
Ads
Daripada air muka anak kecil ini, semestinya dia sedang rindu ibunya. Tapi demi berjuang untuk negara, semua itu terpaksa dipendam. Bukan itu saja perkongsian gambar ini juga buatkan rata-rata netizen sebak.
Anak faham pengorbanan ibu dia
Bila orang kata bosan duduk di rumah lama-lama dan tak tahu nak buat apa dalam tempoh PKP kita kena faham anak-anak barisan hadapan ini terpaksa berkorban masa dan memendam perasaan untuk berjumpa kedua ibu bapa mereka.
Sama-samalah kita memberi kerjasama pada arahan kerajaan agar wabak ini dapat dicegah secepat mungkin dan semua kakitangan yang bertungkus lumus siang dan malam dapat bersama dengan keluarga mereka.
Ketidaksuburan bukan hanya disebabkan masalah pada wanita. Lelaki juga tidak ketinggalan. Dr Say Shazril bercerita mengenai ketidaksuburan yang dialaminya.
Dr Say Shazril dalam posting Instagramnya bercerita tentang ketidaksuburan di mana selepas 4 tahun berumah tangga dan merancang keluarga secara inzal. setelah bersedia untuk hamil, kehamilan tidak kunjung tiba dan hasil pemeriksaan mendapati isterinya normal sebaliknya dia mengalami Teratozoospermia iaitu banyak sperma yang abnormal secara morfologi dan sejumlah kecil sahaja sperma yang normal.
Berikut ialah perkongsian Dr Say Shazril;
Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 1
Post ni panjang skit n dikhaskan tuk yg dah atau akan berkahwin sb lusya (18SX) skit. Anyway kami kawin dah 4tahun setengah. 2 tahun lpas kawin kami merancang xmo ade kids sb yelah bz housemanship (xmo habis lmbt n xmo gune ngandung/ anak sbgi alasan salu ponteng/ dtg lmbt) dgn cara kuah asing (buang luar) semata2.
Sepanjang 2 tahun kuah asing tu mmg x lekat n sy pun ingat woah power kuah asing ni maka kami teruskan kuah asing smpi lah kami di Terengganu. Bile kt Tengganu pn kami sambung rancang sb suasana agak x kondusif tuk pregnancy (jauh dari family n sy kerja shift n bini pn oncall sokmo). 2 tahun berlalu di Terengganu b4 kami quit gomen n pulang ke Selangor.
Sejejaknya kami di Selangor ape lagi kuah campur siap kuah banjir sy bagi tp seperti normal Malays bile xlekat mula pikir salah bini kot sb dulu die pernah operate besar2an belah perut (explorative laparotomy) tuk burst appendicitis. Maka bini herself dh mula risau thinking die xleh pregnant.
Maka kami consult specialist kami di Serdang dlu n die sarankan kami both buat checkup. Sy pun typical pemikiran lelaki pikiaq “aku nk buatpa, aku sihat salu p gym jaga makan”. Maka bini buat checkup dlu. Amik darah check hormon normal. Buat HSG (nk tengok saluran peranakan tersumbat) pun came back normal. Now its my turn. Tp kna tnggu part 2 naa peeps ahaha.
Tiba masa sy tuk buat checkup. Sy dgn yakin & bangganya pergi thinking “ah mesti aku ok lah, aku gagah”. Masa pi tu agak ramai lelaki lain yg buat checkup dtg ngn bini masing2. Tp sy relax dtg solo sb yelah kite kuat kan ahaha. Tup tap Semen Analysis (ujian kecemerlangan kuah) sy came back as Teratozoospermia (banyak sperm yg abnormal morfologi, xbnyk sperm yg normal). Terduduk sy bang.
Teringat banyak crita2 yg sy dgr sebelum ni bile psgn xleh pregnant, bini dipersalahkan, suami mintak cerai sb bini mandul. Sy pun pikir lah nasib sy “gulp mati aku bini ak mintak fasakh sb kuah aku basi”. Sy sempat curi2 intai keputusan laki2 lain yg kt situ n mostly semua mcm sy Teratozoospermia cuma yg lebih menyedihkan bini depa ada kt sebelah nk mengadap skali kputusan yg kuah lelaki mereka bukan seperti yg mereka idamkan.
Sy anta kputusan Semen Analysis sy kt specialist sy sebelum sy roger bini sy. Specialist sy reply “not bad, there is still hope, u kena…”. Bila sy dgr “there is still hope” tu, langit jadi cerah gilaaa bakhang. Maka sy terkinja-kinja wassap bini telling her my result n terus dgn cepat sy sandarkan ayat specialist sy “there is still hope”, bini pun akur & positif.
Terus sy amalkan nasihat specialist sy yakni jgn pki seluar ketat2, kurangkan pengambilan caffeine & patuh makan ubat yg disuruh. Awat sperm sy jadi lagu tu? Sy pn xtau, sb sy xamik supplement lama dh tp mmg sy suka gila minum pepsi black dekat 4-5 cawan sehari campur ngn kopi lg & at d same time makan benda2 xsihat. Sy amalkan dekat 2 bulan, lepas tu… Aishhh sabaq naa part 3 coming soon heheh.
Part 2 aritu ayat last “lepas tu” eh? Silap2 patutnya “tapi”. Tapi dlm tempoh 2 bulan ni mmg challenging. Wlpn kuah sy yg bersalah tp d pressure is always on d female side, mrk lah yg kne berhadapan dgn soalan mek bawang “bile nk dpt anak”, “tunggu ape lg, rezeki xelok tangguh2”, “kilang ko tutup baru tau” n bini being a good bini xkn nk balas “owh xleh dpt anak sb kuah suami basi”. Almost hari2 bini termenung, menyepi & knkdg menangis.
Kite laki mmg kite chill. Kalau boleh, nk nmpk mcm bujang selamanya. But seeing bini mcm tu it somehow affects me. One day bini bukak topik nak buat IVF (persenyawaan luar rahim) yg cost easily RM15-18k. Terduduk lg skali sy bang, mane nak cari duit bnyk tu dgn baru pindah rumah & aku keje insta review je. Sy comfortkan bini “bg i masa 3 bulan tuk i habiskan ubat ni & tuk i ubah lifestyle b4 i repeat another Semen Analysis. If xde improvement kite IVF ikut cara u” Bini akur.
Maka bermulalah lifestyle changing sy. Kalau korg ikut story sy sb tu lah sy rajin masak sendiri, pagi2 breakfast amik tea instead of coffee, pepsi black mmg sy buang. Semua demi bini (ada skit la sb sayang duit heheh). Tup tap 3 bulan tu xsampai lagi sb skang masih dlm proses perubahan so belum tiba maseny nk repeat balik Semen Analysis sy. Sorry bukan happy ending spt yg korg idamkan cz this is life, bukan Kabi Kushi Kabi Gam.
Morale of d story, ketidaksuburan is 50-50 kpd perempuan & lelaki. Wahai kaum lelaki jgn ingat 100% ketidaksuburan terletak kt bini cz dgn environment nowadays yg penuh dgn pencemaran (asap okok, asap2 lain) & gaya hidup yg penuh caca merba (pemakanan melalut, excessive caffeine, supplement yg xtau ada apa dlm) sume bley menyumbang kpd ketidaksuburan. Yang paling penting ego kne letak tepi bang. Jgn ingat kite ni muka tajam, dahi licin, kuah kite lazat pdhl bile chck expired.
Kpd mrk yg teka2 mase part 2 yg bini sy dh preggy, sy ambil teka teki anda sbgi doa yg one day kami akan dimurahkan rezeki ye? Alhamdulillah lpas sy buat post ni ramai yg opened up dgn mslh trying to conceive masing2. Till then kalau ada good news InsyaAllah sy share kt sini deh?
Siti Aafiyah, anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia menjadi kesayangan ramai. Dato’ Sri Siti Nurhaliza mensasarkan untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
Beliau yang dilahirkan 11 Januari 1979 menerima kehadiran permata hati pertama pada iaitu Siti Aafiyah yang kini sudah berusia satu tahun selepas 11 tahun menanti.
Kata Siti kepada Gempak, hasrat pada awal perkahwinan ialah untuk memiliki anak yang ramai.
“Selepas berkahwin, saya memang teringin untuk mendapat cahaya mata yang ramai. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian.
“Alhamdulillah, selepas menanti lama baru saya dikurniakan dengan kehadiran Siti Aafiyah.”
MAHU TAMBAH BILANGAN ANAK SEBELUM USIA 43 TAHUN
Isteri kepada Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa ini juga menyatakan hasrat untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Insya-Allah, jika diizinkan Allah dan ada rezeki, saya mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Sebelum itu, saya harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihar terlebih dahulu.
“Saya mohon doa yang baik-baik dari semua peminat, Insya-Allah,” kata Siti.
SEBAK LIHAT AAFIYAH MEMBESAR
Siti yang ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersama kelab peminatnya, Sitizone di The Pearl Kuala Lumpur menyatakan rasa sebak melihatkan perkembangan si kecil Aafiyah yang kini semakin membesar.
“Masa itu terlalu cepat berjalan. Rasa macam sekejap sahaja, kini Aafiyah sudah boleh berjalan. Jujur saya akui saya rasa sebak dan gembira melihat dia membesar depan mata.
SYUKUR ATAS PENGALAMAN MENJADI IBU
Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini juga memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan Ilahi memberi peluang menjadi ibu. Siti turut mendoakan pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga.
“Naluri ibu, saya rasakan semuanya pasti dapat fahami apa yang saya sedang hadapi sekarang. Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk saya merasai pengalaman menjadi ibu.
“Saya juga mendoakan agar semua ibu bapa yang menanti cahaya mata di luar sana turut dikurniakan rezeki yang sama, Insya-Allah,” katanya lagi.
Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warga maya yang tidak bermoral sehingga sanggup menyunting gambar anak sulungnya, Muhammad Bilal setelah wajah anaknya itu tersebar di sosial media semalam.
Perbuatan seperti ini sememangnya salah lebih-lebih lagi melibatkan wajah bayi yang masih kecil dan tidak berdosa. Bukan sesuatu yang lawak untuk dijadikan bahan jenaka.
Menurutnya, perbuatan menyunting gambar Bilal telah mengundang komen-komen negatif warga maya yang lain.
Neelofa turut meluahkan agar warga maya tidak melampaui batas semata-mata untuk memuaskan hati sendiri.
Dia juga memohon agar individu-individu ini untuk menjaga perasan ahli keluarganya dan baginya hanya ibu-ibu yang melalui fasa melahirkan anak pasti akan sedih apabila anak dijadikan bahan jenaka di media sosial.
Neelofa dan Haris juga masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak sulungnya di media sosial namun dia tidak akan menyorok anak jika terpaksa keluar.
Sebelum ini tular sekeping gambar Bilal di sebuah hospital terkemuka yang disebarkan oleh orang awam dan gambar tersebut mendapat pelbagai riaksi dari warga maya.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.