
Berbanding nasi goreng bewarna lain, nasi goreng cili padi antara kesukaan ramai. Bukan sahaja sedap bahkan bahannya juga mudah.
Namun hendak menjadikan nasi goreng jadi lebih mantap dan sedap, tak perlu dikisar atau dipotong halus. Cukup hanya ditumbuk.
Perkongsian resipi simple tapi padu Har Ryea ini mama kena cuba. Memang mantap!
Jom, masak simple-simple jer ni.
Nasi Goreng Cili Padi
Bahan-bahan (tumbuk):
Bawang Merah
Bawang Putih
Cilipadi hijau sikit
Lada hijau 2 btg
Ikan bilis (rendam sekejap je)
Belacan (sikit je)
Telur
Tumis bahan-bahan sampai garing, masukkan garam & ajinomoto.
Pecahkan telur dan ratakan perlahan-lahan (api kecikkan sikit masa ni)
Masuk nasi, gaul rata sampai berwap sikit.
Siap!
Mudah, sedap dan makan brtambah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bosan Menu Sama, Ayam Panggang Selera Pantang. Confirm Bertambah Nasi!

Makan menu sama je setiap hari sepanjang pantang pun bosan juga tau. Mesti lah nak makan menu yang lain daripada lain juga. Tapi, perlu pandai olah bahan yang bersesuaian dengan keadaan badan semasa pantang. Kalau tidak, banyak komplikasi yang boleh datang.
Teringin nak makan ayam panggang tapi takut mendatangkan kemudaratan dalam penggunaan bahannya? Jangan risau, banyak resipi yang dah diolah supaya para ibu berpantang juga boleh menikmati menu yang sedap- sedap sepanjang berpantang. Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Wan Noor Farhana di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESEPI AYAM PANGGANG

AYAM PANGGANG SELERA PANTANG
Mommies yang dekat luar sana mesti pening nak masa kapa kan terutamanya waktu berpantang ni. Banyak sangat makanan yang ada tapi tak pasti yang mana sesuai kan.
Haa tak perlu pening kepala, kakak dekat sini akan ajar resepi senang sangat senang dan juga sangat berkhasiat untuk mommies yang sedang berpantang.
Macam menarik je kan, jomlah masak dekat rumah.
Bahan- bahan:
– Ayam
– 1 batang serai
– 1 sudu jintan manis
– ½ sudu jintan putih
– 1 cm kunyit
– 1 cm lengkuas
– 1 cm halia
– 4 ulas bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– Garam
– Air asam jawa
– ½ cawan air

Cara- cara:
1. Ayam mestilah dilumur dengan sedikit garam, sedikit bawang merah, bawang putih dan kunyit tumbuk dan juga lengkuas.
2. Tumis bahan tumbuk tadi, masukkan jintan, air asam jawa dan juga garam.
3. Tambah sedikit air untuk menjadikan ia sedikit berkuah.
4. Kemudian ayam tadi bolehlah dituangkan ke dalam kuah dan dipanggang sehingga masak.
Baca Juga:
Kek Chip Chocolate Moist Mini, Boleh Dijadikan Dessert Jamuan Atau Jualan. Mesti Laris Kalau Jual!
Macaroni Cheese Bakar Dalam Cawan, Hidangan Untuk Pelbagai Jamuan. Lain Daripada Yang Lain!
Kacang Sira Pedas Manis, Kudap Rangup Hari Raya. Mesti Habis Satu Balang!
Senang sahaja resipi ayam panggang ni. Bukan sahaja sedap tapi juga berkhasiat tau. Para ibu berpantang tak perlu risau dengan menu makanan pantang. Tak perlu makan lauk sama hari- hari. Boleh cuba ayam panggang ni. Semoga bermanfaat dan semalat mencuba!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tengok Pun Dah Tau Sedap! Puding Karamel Cantik & Licin Tanpa Rongga, Ini Tipnya

Selain buah-buahan, hidangan pencuci mulut antara salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai. Bukan saja orang dewasa, anak-anak pun turut menyukainya lagi-lagi bila dihidangkan sejuk-sejuk.
Sebut je pencuci mulut yang terbayang di mata kita adalah puding, agar-agar atau ais krim. Sekarang dah macam-macam resipi diolah tetapi resipi orang lama tetap nombor satu.
Untuk resipi kali ini, dikongsikan cara-cara membuat puding karamel yang tak terlalu manis dan cantik kejadiannya. Biasa sebut je puding karamel, dalam fikiran kita dah terbayang kemanisan air gula tu kan.
Tapi istimewanya resipi ni, ia dijamin kena dengan selera anda dan sesuai dinikmati semua peringkat usia. Walaupun bahan utamanya adalah telur, ia tak berbau hanyir ya.
Lagi best, puding karamel ini akan terhasil dengan cantik dan licin jika betul-betul ikut cara pembuatannya. Tak percaya, anda kena cuba buat resipi Azhfar Md Saad.
Resipi Puding Karamel Licin
Bahan penyediaan puding:
Susu Cair – 1 tin
Air coway – 1 tin
Susu pekat – 1/2 tin
Telur AA 6 – biji
Esen vanila – 2 penutup
Bahan penyediaan karamel
Air – 30 gram
Gula – 150 gram
(Masak atas api yang sederhana sehingga menghasilkan gula yang berwarna perang.)
RESIPI MENARIK [Choco Rich Ball Mewah Dengan Rasa Coklat! Tanpa Bakar, Satu Adunan Dapat 60 Biji]
Cara membuatnya:
Satukan semua bahan puding itu dalam satu bekas dan kacau manja saja dengan senduk.
Tip:
- Cukup sekadar telur sebati. Kalau pukul laju macam nak buat telur dadar tu, memang akan berongga bila dah siap kukus nanti.
- Bagi nak dapatkan puding karamel yang licin dan cantik seperti ini, penting sekali adalah penggunaan api masa mengukus kena jaga. Kukus api paling perlahan.
Hasil selepas siap puding karamel ini adalah tak terlalu manis dan tidak berbau hanyir.
**Tanpa roti, agar-agar, gelatin mahupun tepung. Gula pun tak perlu letak pewarna macam sesetengah orang buat. Kukus api perlahan, insyaAllah cantik.
Kredit: Azhfar Md Saad
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Goreng Biasa Dah Bosan, Cuba Fries Daging Burger & Cheese Pula, Super Padu!

Jika anak-anak sukakan kentang goreng biasa, apa kata kali ini kita tambahkan sedikit daging burger dan cheese yang buat lagi sedap.
Resipi simple tapi padu yang dikongsikan Pn Nor Azlinda Linda ini mama kena cuba. Sedap!
Nak cakap tak tau menu apa. Tapi sedap. Setahun sekali je buat ni, cheese mahal weh.
KENTANG GORENG DAGING BURGER BERCHEESE
Bahan-bahan:
Kentang jejari -digoreng.
4 keping daging burger
1/2 biji bwg besar -potong dadu
Sos cili
Mayonis
Mozarella cheese.
Tumis bawang besar, masukkan daging burger.
Kemudian letakkan sos cili dan black paper. Siap!
Masuk kentang yang siap di goreng dalam loyang, tabur daging burger tadi atas kentang.
Paipkan sos dan mayonis. Sukahati banyak mana kemudian tabur cheese mozarella.
Bakar suhu ikut oven korang. Atas saja 10 minit (agak-agak dah cair dan angkat)
Siap sedia!
Kalori memang banyak ye, yang diet tu dinasihatkan makan sekali suap je. Buat rasa-rasa.
Menarik: First Time Bawa Afwa Naik Flight, Dato’ Siti Kongsi Gelagat Comel Aafiyah & Afwa Bercuti
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI