“Assalamualaikum minta jasa baik rakan-rakan doakan anak saya, dia sekarang dalam keadaan kritikal,” demikian luahan Eyka Rohmat dalam Facebooknya, Selasa lalu.
Eyka mengharapkan anak lelakinya, Naufal Nabil Fikri yang berusia 10 bulan itu diberikan keajaiban dan kesihatan seperti sedia kala.
“Jasa dan doa kalian hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya. Ummi rindu Naufal sayang, Naufal kuat ummi kuat… Naufal nyawa ummi,” katanya.
Terdahulu menerusi muat naik di Facebooknya juga, Eyka mengesahkan tempurung kepala Naufal retak, tisu kepala bengkak dan pendarahan dalam kepala serta di selaput mata.
“Allah SWT, sesungguhnya kami insan yang terpilih kau redakan aku terima segala ketentuanMu,” katanya.
Ads
Sementara itu menurut laporan media, bayi berusia 10 bulan itu kritikal selepas dipercayai terjatuh dari buaian ketika berada dalam pengawasan pengasuhnya.
Kini Naufal dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar sejak Selasa lalu, selepas dikejarkan ke Hospital Tangkak pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, bayi berkenaan dibawa oleh pengasuh ke Hospital Tangkak pada Selasa lalu selepas mengalami sawan.
Ads
Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan pada bahagian mata dan retak tempurung kepala.
“Pegawai perubatan yang merawat mangsa membuat laporan polis dan siasatan terhadap pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh daripada buaian sepanjang di bawah jagaannya.
Ads
“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan maklumat serta keterangan daripada ibu bapa mangsa, ahli keluarga dan jiran,” katanya.
Mohad Idris berkata, polis juga telah menahan pengasuh terbabit dan mendapat kebenaran menahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Eyka Rohmat’s & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpaksa ke Sabah atas urusan kerja, pelakon cantik Shakilla Khoriri terpaksa meninggalkan puteri tunggalnya, Ameena buat sementara di bawah jagaan Fizi Ali.
Shakilla sempat menunaikan permintaan Ameena untuk bercuti di sebuah hotel terkemuka sebelum terbang ke Sabah. Namun lain pula jadinya apabila Ameena mula memberitahu sesuatu kepada Shakilla ketika berada di bilik hotel.
Menerusi video yang dikongsi di Tiktok milik Shakilla, ternyata Ameena seolah-olah nampak sesuatu di dalam bilik tersebut. Ameena memberitahu ada ‘kawan comot’ di hadapanya sambil menunjuk ke arah ‘kawan comot’ itu.
“Nasibbbbbb baikkk dah sampai rumah baru tengok balik video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulakkkkkkk dekat sana. Kussssss semanggat makkk kau nakkkk……”
Mendapat tontonan lebih 300 ribu sejak dikongsi semalam, sebilangan ibu bapa berkongsi bahawa anak-anak mereka juga kerap mengalami perkara misteri seperti Ameena.
Tiada apa yang lebih menyedihkan daripada kehilangan orang tersayang. Perginya tidak kembali tetapi kenangan segar di sanubari.
Bagi ibu bapa, melihat anak membesar adalah segala-galanya. Apatah lagi jika kehadirannya dinantikan bertahun. Namun siapa kita manusia untuk menongkah apa yang telah direncanakan Yang Maha Esa.
Perkongsian daripada ibu ini menyentap perasaan tatkala si kecil yang ditunggu selama 2 tahun hanya dipinjamkam 1 tahun 2 bulan sebelum dijemput Nya kembali. Hatinya tabah dan reda, tidak dinafikan bila diingat kembali tanda-tanda sebelumnya dia kehilangan kata-kata. Kenangan bersama si kecil sentiasa di hati.
Ramai yg tanya punca kematian anak sy sebab apa..sakit apa… Jadi sy jawab semua di sini saja… Sebab tak mampu nak balas semua komen dan pm yg tanya.
DITUNGGU 2 TAHUN, DIPINJAMKAN 1 BULAN 2 BULAN Anak sy dilahirkan normal seberat 2.65kg. Anak yg sy tunggu hampir 2 tahun. Dipinjamkan 9 bulan 10 hari dlm rahim sy dan 1 tahun 2 bulan 9 hari di dunia bersama sy…
BENJOLAN DI KETIAK KIRI Sehingga usia dia 3 bulan..sy dpt kesan ada benjolan kecil di bawah ketiak kirinya..sebesar guli…
BERAT SUKAR NAIK, TIDAK MERANGKAK ATAU BERJALAN Jadi, saya rujuk ke Hospital ******* dan memang ada follow up setiap bulan di sana. Setelah beberapa bulan..berat anak saya sukar naik dan beratnya tak ikut graf atau tak tally dgn usia dia begitu juga dgn perkembangan yg lain spt tidak pandai merangkak dan berjalan (masa ni usia 11 bulan).
Saya juga ada ikuti perjumpaan dgn pakar pemakanan dan beberapa terapi ( maaf lupa apa nama terapi tu)…pernah juga scan bahagian benjolan tp mcm tak ada masalah dgn benjolan tu sebab kalau ditekan tak sakit dan dia tak membesar…
JARANG DEMAM & AKTIF Tetapi 2 bulan lepas doktor pakar kanak-kanak tu bg cadangan utk ambil darah dan air kencing utk buat ujikaji bg mendapatkan apa masalah sebenar kesihatan anak sy. Sebab anak sy jarang demam..aktif seperti biasa..cuma kdg2 kena selesema shj dan tak pernah batuk2..muntah2 atau cirit birit…
Sepatutnya keputusan tu keluar pada 28 sept 2018 nanti utk ketahui punca sakitnya apa…tapi Allah lebih menyayangi anak saya…
BIRU PADA KUKU, BIBIR & LIDAH, DOKTOR BERITAHU CIRI SAKIT JANTUNG Dan…saya dah redha bahawa anak sy memang ada sakit. Doktor pakar yang sahkan kematian anak saya tempoh hari ada bgtau keadaan mayat anak sy nampak biru di kuku dan bibir serta lidah.
Doktor bgtau ini ciri-ciri sakit jantung selain berat badannya yang sukar naik. Atas sebab itulah saya beranggapan anak saya memang ada sakit jantung kerana kadang-kadang kalau dia menangis kuku dia mmg ada biru-biru.
MAMA REDA MELEPASKANMU KEPADA YANG MAHA PENCIPTA Apa pun keputusan ujian yang bakal keluar nanti…saya dah redha dgn pemergiannya…. Saya dah redha melepaskannya pd penciptaNya kerana bg sy sakit tu hanya asbab kematiannya sahaja sedangkan Allah nak ambil sesiapa pun tak perlukan asbab sakit ataupun apa2 sebab tu hak Allah…
SEMOGA IBU BAPA YANG DUJI SABAR & KUAT Kepada ibu bapa yang di uji dengan anak sakit…saya doakan kalian sabar dan tabah…semoga anak2 kalian segera sembuh dan dipermudahkan segalanya…ameeb ya Rabb.. Yakinlah ada hikmah disebalik kejadian.
ALLAH PINJAMKAN DALAM KEADAAN SEMPURNA, DIJEMPUT KEMBALI DALAM KEADAAN SEMPURNA Saya sudah redha dgn pemergiannya….Allah beri pinjam pada sy dalam keadaan sempurna…saya hantar kembali pun dlm keadaan sempurna…dan sy harap tiada lg sebarang pertanyaan mengenai punca kematian anak sy. Sekian terima kasih. Doakan kami sentiasa kuat.
******************** 21 HARI SEBELUM PERGI SAYANG BERIKAN PETANDA, MAAFKAN MAMA TIDAK SEDAR
Allahuakhbar anakku…. Mama baru sedar….
21 hari sebelum adik tinggalkan mama, adik dh bg hint yg adik akan pergi tinggalkan mama selama nya.
TIDAK MAHU TIDUR Hari tu adik meragam taknak tidur. Macam-macam mama buat adik taknak tidur. Mama ingat adik rindu ayah. Mama try bedung adik dgn kain pelikat ayah kut-kut adik rindu ayah tp adik taknak.
BILA BALUT DENGAN SELIMUT MAMA BARU LENA Tapi, bila mama bedung adik dgn selimut busuk kesayangan mama yang ada dekat rumah nenek ni, adik diam dan adik elok tidur lena. Ada mama wasap ayah pasal adik nak tidur macam ni.
SELAMA INI TIDAK SUKA SELIMUT Selama adik hidup, adik mana suka selimut. Dan adik tak pernah mahu tidur kalau mama selimutkan adik even adik tidur dlm aircond sejuk macam nak beku. Adik mesti keluarkan adik dr selimut.
RUPANYA PETANDA BAKAL TIDUR DENGAN KAIN KAFAN YANG TEBAL Tapi hari tu, adik nak tidur dibedung dgn selimut busuk mama. Rupanya adik bg hint adik bakal tidur dalam kain kafan yg tebal macam selimut busuk mama tu.
MAMA KEHABISAN KATA-KATA Ya Allah adik….mama kehabisan kata-kata. Satu persatu sebenarnya tanda adik nak tinggalkan mama Allah dah tunjuk tapi mama tak sedar.
TIDAK MAHU PANDANG KAMERA, SUKA CIUM AYAH Dalam sebulan terakhir ni adik taknak tengok kamera bila mama nak snap gambar. Semua gambar adik, adik berpaling muka. Dua minggu sebelum adik pergi, adik taknak kiss mama. Adik nak kiss ayah saja sampai mama jeles. Hihi…dan dlm masa yg sama mama dah perasan adik tidur dlm keadaan tangan tgh qiam. Allahuakhbar….tp masa tu mama tak fikir apa pn.
DUA HARI SEBELUM SUKA CIUM MAMA, ADIK CERIA Dua hari sebelum adik pergi…adik asik nak kiss2 mama siap main lidah. Adik mcm seronok sangat masa tu. Adik suka tarik muka mama kalau adik nak kiss mama. Muka nampak ceria.
GIGIT TANGAN MAMA KEMUDIAN SENYUM Selain adik suka curi-curi tarik tangan mama pastu gigit jari mama pastu adik senyum. Sakit tau adik gigit tu sebab gigi adik dah ada 11 batang…
BANYAKNYA MEMORI KITA BERSAMA, MAMA & AYAH AKAN SENTIASA MERINDUIMU SAYANG Adik..byknya memori sweet adik tinggalkan buat mama dan ayah. Mama dan ayah sentiasa merindui adik setiap masa. Tak pernah tak rindu.
Betul! Masa untuk menguruskan rumah sahaja sudah ambil masa berejam lamanya. Makin letih bila mana sudah kemas rumah, anak sepahkan pula. Semua ini buat mak-mak mula rasa stress dan istilah bertukar jadi ‘singa’ seakan sudah sebati.
Perkongsian seorang pengguna Facebook, Normaliza Mahadi yang berkongsi kehidupan masyarakat kaum ibu di Jepun terlalu banyak bezanya dengan masyarakat kita.
Tidak banyak barang yang hendak dikemas dan memudahkan menjadikan mak-mak di sana punya lebih masa untuk anak. Sesekali perkara yang positif boleh kita jadikan panduan.
Rumah orang Jepun lapang. Barangan yang ada minimum aje. Sepanjang saya di Jepun, saya tak pernah nampak kedai perabot yang berderet-deret macam kat Malaysia. Malah saya tak nampak langsung kedai perabot!
Rumah orang Jepun kecik-kecik aje. Walaupun kecik, rumahnya jadi luas dan lapang sebab tak banyak barang.
Sebab tulah mak kat Jepun ni jarang-jarang bertukar jadi dragon. Dia orang ada banyak masa main ngan anak, cakap baik-baik ngan anak dan melayan kerenah anak. Mak ni lebih stabil mental dan fizikalnya.
Mak kat sana, tak payah habiskan masa berjam-jam kemas rumah. Lipat kain baju yang berlori-lori. Sebabnya semua yang ada diminimumkan.
So, kepada mak yang kat rumah tu, cuba tengok sekeliling rumah. Sebenarnya sebahagian stress yang kita ada kat rumah adalah sebab rumah kita terlalu banyak barang.
Nak kemas aje dah amik masa berejam. Masa banyak buang untuk kemas dan tak masuk lipat kain baju. – Ochiai,tama-Shi.
Keputusan cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menjelang Aidilfitri mencetuskan reaksi ibu bapa dan guru, terutama yang sudah membeli tiket perjalanan lebih awal.