Nelydia Senrose Bakal Timang Anak Lelaki, Sebak Ucapan Suami!

Share

Bakal bergelar ibu tidak lama lagi, pelakon jelita Datin Nelydia Senrose dan suaminya Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid sebak bila mengetahui bakal menimang seorang cahaya mata lelaki. Perkhabaran menggembirakan itu dikongsikan menerusi sebuah majlis gender reveal yang berlangsung dalam suasana penuh emosi dan sederhana bersama ahli keluarga serta kenalan rapat.

Berita gembira mengenai kehadiran orang baharu dalam keluarga kecil mereka mula menjadi perhatian selepas pelakon Nadiyah Shahab berkongsi momen indah sekitar majlis pengumuman jantina bayi menerusi Instagram Story miliknya pada Ahad lalu.

Majlis Gender Reveal Nelydia Senrose Berlangsung Penuh Bermakna

Dalam majlis tersebut, Nelydia Senrose tampil anggun bersama suaminya dengan mengenakan busana sedondon berona merah hati. Suasana majlis turut diserikan dengan dekorasi berwarna-warni yang menceriakan lagi detik istimewa pasangan itu.

Pengumuman bahawa mereka bakal menerima cahaya mata lelaki disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur oleh ahli keluarga serta tetamu yang hadir.

Ucapan Romantis Suami Buat Nelydia Senrose Buat Ramai Sebak

Apa yang lebih menyentuh hati ialah apabila bakal ibu cantik manis ini dilihat tidak dapat menahan sebak ketika suaminya menyampaikan ucapan penghargaan yang cukup bermakna.

“Tidak lama lagi, keluarga kecil kita akan bertukar daripada berdua menjadi bertiga. Kehidupan kita akan berubah dan kita akan memulakan fasa baru dalam hidup kita.

Sebelum mendedahkan kejutan pada hari ini, saya ingin berterima kasih kepada Nelydia kerana menjadi isteri yang hebat,” luah Hafez penuh romantis.

Momen penuh emosi itu jelas menggambarkan keterujaan pasangan berkenaan untuk melangkah ke alam keibubapaan selepas lebih enam tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.

 

Doa Peminat Mengiringi Kehamilan Nelydia Senrose

Ramai peminat turut mendoakan agar segala urusan kehamilan Nelydia Senrose dipermudahkan sehingga saat kelahiran nanti. Kehadiran cahaya mata sulung pastinya bakal melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan ini.

Untuk rekod, Nelydia Senrose dan Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid mendirikan rumah tangga pada April 2019. Sejak berkahwin, pasangan ini dikenali sebagai antara selebriti yang gemar menjaga privasi kehidupan peribadi mereka.

Baca lagi: Fattah Amin, Amira Othman Timang Cahaya Mata Sulung. “Jadi Anak Soleh Penyejuk Mommy Daddy”

Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil 

RM100 Sebulan Untuk Rakyat Selangor, Semak Kelayakan Anda Sekarang!

Published by
SRM