Pasangan selebriti dan usahawan, Hanis Zalikha dan Hairun Azreen seringkali mendapat perhatian media. Bukan hanya kedua cahaya mata mereka, bahkan mereka sendiri punya aura yang cukup kuat.
Terbaru, Hairul Azreen membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenis Honda Vario 160 kepada Hanis.
Menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram, difahamkan hadiah tersebut diberikan sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-8 yang jatuh pada 5 Jun lalu.
“Tiada lagi lebih bermakna apabila dapat membuat isteri tercinta happy. #HappyAnniversary My Love,” tulis Hairul menerusi kapsyennya.
Ads
Hanis yang dilihat turun dari tangga seakan terkejut dengan hadiah yang tak disangka itu apa lagi ketika dihadiahkan dengan dua buah topi keledar berwarna merah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini turut memuji kejutan bersahaja dari Hairul.
Ads
Untuk rekod, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 4.
Rabiatul Kamsina Binti Md Yusof, 32, dan suaminya Muhammad Afif Bin Mohd Mustaffa, 36, telah melayari bahtera perkahwinan lebih enam tahun sejak mereka disatukan pada 9 Disember 2018. Sepanjang tempoh itu, mereka tidak pernah putus harapan untuk memiliki zuriat sendiri. Namun siapa sangka, setelah pelbagai rawatan dilalui, momen yang paling dinantikan itu akhirnya hadir secara semula jadi — tanpa diduga.
Baru-baru ini, video kejutan Rabia kepada suaminya tular di TikTok apabila beliau menghadiahkan sebuah kotak kecil berisi UPT (pregnancy test) dengan dua garisan yang jelas — simbol kehamilan yang selama ini dinanti.
Reaksi terharu Afif menyentuh hati ramai netizen sehingga video tersebut masuk ke FYP dan menjadi bualan hangat. Penuh rasa ingin tahu, Pa&Ma mengambil peluang untuk menemu bual Rabia dan merungkai sendiri kisah perjuangan zuriat mereka yang penuh harapan dan air mata.
Niat kami sejak hari pertama
“Sejak hari pertama bernikah, doa kami cuma satu — semoga Allah pinjamkan rezeki paling indah, zuriat yang akan melengkapkan cinta kami. Setiap bulan, penuh harapan. Tapi selepas enam bulan mencuba, tak ada tanda. Naluri seorang wanita buatkan hati rasa tak tenang. Lalu kami ambil langkah pertama ke hospital, untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku.”
Jawapan dari tubuh sendiri
“Diagnosisnya jelas — PCOS. Ya, saya memang ada simptomnya dari dulu: haid tak teratur, berat badan naik, sugar craving, dan yang paling mencabar, kesuburan saya terganggu. Bila doktor scan, ovum saya tak matang.
Terus kami berjuang dengan pelbagai rawatan. Dari ubat penggalak ovulasi, HSG, tiga kali IUI dan akhirnya IVF. Kami titipkan dua embrio yang sihat ke rahim saya — tapi semua percubaan itu gagal.”
“Sepanjang perjalanan ini, Afif tak pernah berhenti menjadi bahu yang paling kuat saya sandarkan. Dia bukan jenis yang terlalu emosional, tapi saya tahu — jauh dalam hati dia, keinginan memiliki zuriat itu mungkin lebih kuat dari saya sendiri.
Dia tak pernah mengeluh, malah sentiasa jadi pendengar dan pendorong terbaik. Dalam diam, dia selalu pastikan saya sihat — fizikal dan emosi. Dia jaga saya sebaik mungkin, jadikan saya isteri yang lebih tenang, lebih kuat, lebih baik.”
“Saya masih ingat satu detik yang sangat merobek hati saya. Selepas kami terima panggilan dari doktor IVF yang memaklumkan keputusan kami gagal, kami berdua hanya diam seketika. Tapi tak lama selepas itu, kami bertentang mata, dan Afif peluk saya erat.
Kami sama-sama jatuh terduduk, menangis teresak-esak macam babak dalam drama — tapi ini kisah sebenar hidup kami. Itu kali pertama saya lihat suami saya menangis begitu hancur, dan hati saya… remuk.
Saat itulah saya tekad, saya akan tinggalkan karier sekejap dan fokus sepenuhnya untuk ikhtiar hamil. Saya mahu tubuh saya bersedia. Dan lebih dari itu, saya mahu hadiahkan dia rasa bahagia yang selama ini dia pendam.”
“Saya ambil cuti kerja, ambil masa untuk ‘repair’ bukan saja tubuh, tapi juga hati. Saya mula fokus kurangkan berat badan, jaga hormon, dan cari ketenangan. Saya ikhtiar akupuntur dan rawatan tradisional — dua benda yang saya rasa sangat membantu saya urus tekanan dan seimbangkan kembali sistem badan saya. Rawatan demi rawatan saya lalui, seminggu sekali, kadang dua kali. Sambil itu, saya jaga emosi, jaga doa.”
“Belum sempat sesi rawatan keempat, saya disapa keajaiban. Hari itu, seperti biasa saya check UPT, sebagai rutin sebelum mula semula ubat hormon. Tapi kali ini, garis kedua muncul. Saya ulang test lebih 10 kali, pelbagai jenama.
Saya simpan UPT dalam satu kotak dan terus plan untuk buat surprise pada suami — dengan romper baby yang saya beli sejak awal kahwin, ada tulisan ‘Coming Soon’ yang dah lama saya peram, penuh harapan.”
“Dalam setiap langkah TTC, doa menjadi senjata paling kuat. Doa Nabi Zakaria, Nabi Ibrahim, Nabi Yunus — semua saya selitkan lepas solat. Saya percaya setiap doa itu, walau lirih, Allah dengar.
Saya belajar sebut nama-nama Allah yang sesuai untuk doa zuriat — Ya Khaaliq, Ya Baari’, Ya Musawwir — dan itulah amalan yang saya pegang kuat sampai hari ini.”
‘Saya percaya rawatan yang saya lalui selama hampir dua tahun di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital banyak membantu tubuh saya untuk pulih. Daripada period yang hanya datang 3 ke 9 bulan sekali, kini ia mula teratur.
Itu pun satu nikmat yang saya tak pernah sangka akan saya rasa. Allah lorongkan saya bertemu dengan doktor yang sangat mahir dalam kes PCOS, Dato’ Dr. Zamri Abdul Rahim — dan di situlah perubahan besar bermula.”
“Pada 2 Disember 2024, jam 11.58 pagi, lahirlah Adeen Bin Muhammad Afif — buah cinta yang ditunggu-tunggu selama 6 tahun lebih. Seluruh keluarga menangis gembira. Saya berkongsi setiap langkah TTC saya dengan mereka, kerana saya tahu doa mereka juga tulus.
Hari ini, bila saya dakap Adeen, saya tahu — setiap titis air mata, setiap jarum, setiap doa — semuanya tak sia-sia. Dan Afif… dialah orang yang tak pernah lelah percaya, walaupun semua benda nampak mustahil.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila nak keluar rumah, berikan ciuman kepada isteri dan anak-anak. Ciuman ini adalah sebagai satu tanda kasih kepada mereka. Ia dapat boost semangat serta buat orang tersayang rasa bahagia. Isteri tak sabar nak tunggu suami balik kerja, yang anak-anak tambah hormat pada ayah.
Ciuman ini boleh menjadi cara untuk menunjukkan kasih sayang antara suami, isteri serta anak-anak dan membuatkan perasaan rindu sentiasa kuat di antaranya. Ya, perkara ini kecil sahaja tetapi impaknya besar dan meninggalkan pengaruh yang positif dalam kebahagiaan rumah tangga.
Amalan mencium pasangan dan anak-anak akan menggandakan rasa kasih sayang dan cinta dalam keluarga.
Saranan daripada Ustaz Sayuthi yang merupakan guru di SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin dan Imam di Masjid Al-Hadi, Bukit Besar, Yan, Kedah, ini sewajarnya anda jadikan panduan untuk menyemarakkan kebahagiaan sesama ahli keluarga.
Cium Anak Dapat PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt bahagia SELAMANYA***
i) Fadhilat Cium Anak
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan utk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah & tidak diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan “aku syg anak aku” akan tersemat terus ke dlm jiwa.
ii) Fadhilat Cium Suami
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau mengucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
iii) Fadilat Mencium Isteri
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dpt memberikan pahala kepada suami. Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka.
Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
Kesimpulannya: Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
Nota :Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM
Hidup berumahtangga, pasti ada ketidaksefahaman yang kadang kala melanda kehidupan kita. Namun paling utama, kala dilanda ujian ini, elakkan bertekak sehingga boleh menjejaskan emosi anak-anak.
Anak-anak orang yang paling terkesan bila melibatkan pergaduhan ibu dan bapa. Emosi anak terdera, anak mula berfikir dan mula mencari ketenangan di luar.
Menurut perkongsian Pakar Motivasi, Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad, usahakan ruang untuk elakkan ketegangan suami isteri agar anak-anak tak terjejas emosinya.
Dengarkan perkongsian beliau:
Kadang-kala kita lihat ada ibu bapa yang bergaduh depan anak. Memang sukar untuk kita elakkan seratus peratus sebab kita duduk dalam rumah yang sama. 24 jam sentiasa bersama.
Kalang kala kita terpaksa bertekak atas beberapa perkara yang mungkin anak ada terdengar.
Apa yang boleh saya katanya, sekiranya anak ada dalam rumah, nak bergaduh masuklah ke dalam bilik supaya anak tak dengar dek anak-anak.
Yang keduanya kalau kita marah sekalipun, elakkan dari menggunakan bahasa yang kasar sebab anak akan dengar dan anak akan ikut.
Contoh kalau kita maki hamun, mencarut dan sebagainya, elakkan perkara sebegitu sebab kesan jangka panjang pada anak yang melihat.
Sebaik-baiknya, kalau nak bergaduh sekalipun tunggu waktu anak pergi sekolah. Bergaduhlah masa itu.
Kalau tak dapat nak tahan, yang ayah bolehlah pergi keluar minum sekejap dengan kawan-kawan dan redakan keadaan supaya bila kita balik, kalau nak bergaduh pun keadaan dah tak setegang seperti sebelumnya.
Jadi tak adalah memberikan kesan negatif kepada kepada anak-anak. Sebaiknya kita elakkan.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...