Mempunyai 3 orang anak yang masih kecil tidak menghalang personaliti media sosial, Diana Nasir untuk menguruskan tiga orang anak dan dalam masa yang sama membereskan kerja rumah tanpa bantuan daripada pembantu rumah.
Ibu kepada The Angguns, sepasang kembar yang cukup famous dan juga seorang lagi anak perempuan yang comel berkongsi kepada pengikut di Instagram tip-tip menguruskan rumah tangga bersama anak-anak yang masih kecil tanpa pembantu.
Menurut kakak kepada pelakon Anzalna Nasir ini, dia sering diajukan soalan tentang bagaiman dia menguruskan tiga anak kecil tanpa pembantu dirumah. Ini jawapan untuk persoalan yang sering ditanyakan itu:
“Saya sering ditanya bagaimana cara saya menguruskan tiga anak kecil? Adakah saya mempunyai pembantu? Siapakah yang melakukan semua kerja rumah?
Baiklah, jawapan kepada semua soalan ini ialah: ME, MYSELF & I, 24/7. Tiada pembantu tiada masalah! Bagaimanakah saya melakukannya?
1. Jangan malas. Jika malas, semua benda tak akan berjalan!
2. Kurangkan masa dengan telefon. Ini perkara yang paling penting.
3. Wajib mempunyai disiplin. Bukan sahaja Angguns, tapi papa pun sekali. Lol. Semua kena berikan kerjasama kerana saya adalah mama dan isteri, bukannya pembantu.
4. Jadi orang yang terawal. Untuk saya, penting untuk bangun tidur sebelum Angguns, jadi saya dapat kemas dan mencuci rumah terlebih dahulu, mandi, menyiapkan diri saya agar kelihatan kemas, menyediakan sarapan untuk suami dan banyak lagi.
Ads
Tak Suka Rumah Bersepah
Menurut Diana untuk keseluruhan rumah juga dia yang uruskan sendiri kerana dia tak suka keadaan rumah yang bersepah. Itu membuatkan dia kurang selesa. Tambahan pula dirinya merupakan seorang yang mementingkan kesempurnaan, jelasnya jalan terbaik adalah melakukan sendiri untuk lebih berpuas hati.
“Untuk keseluruhan rumah, saya sendiri yang menguruskannya kerana saya tak gemar mempunyai rumah yang bersepah! Ia akan membuatkan saya kurang selesa, jadi saya akan terus mengemas dengan secepat mungkin bila rumah bersepah.
Dengan kebanyakan perabot di rumah berwarna putih, jika setiap kali ia terkena kotoran walaupun sedikit, saya akan gunakan wipes, sebab itu ia tetap akan kelihatan bersih.
Ya, saya seorang yang OCD / perfectionist. Saya lebih rela melakukannya semua sendiri, lagi puas hati. Jika ada pembantu pun, tak akan sama bersih bagaimana kita melakukannya sendiri. Saya juga tak selesa ada orang luar di rumah dan saya sendiri masih mampu buat semua dan ia merupakan senaman yang baik untuk saya juga, jadi tak ada sebab untuk saya bazirkan wang suami bagi membayar pembantu.
Jika ibu saya mampu melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa satu masa dahulu, saya juga boleh melakukannya!
Latih anak-anak sejak kecil
Menurut Diana lagi, dia juga turut melatih anak-anaknya untuk memberikan bantuan. Walaupun masih lagi kecil jelas Diana ia perlu bermula sewaktu usia anak-anak masih muda.
Ads
5. Rutin. Siapkan rutian seharian untuk hari-hari anda, jadi anak-anak dan anda bakal boleh menguruskannya dengan lebih baik.
6. Latih anak-anak anda untuk memberikan bantuan. Walaupun Darleesa dan Darleena baru berusia 3 tahun, mereka banyak membantu saya di rumah. Mereka membersihkan apa yang mereka sepahkan, membantu saya mengangkat barang dan banyak lagi. Mereka perlu bermula sewaktu usia muda!
7. Sediakan makanan kegemaran anak-anak anda. Jadi, bila anak-anak meragam, keluarkan ‘senjata’ makanan! Ia membantu! LOL!
8. Jika anda menghadapi hari yang kurang baik, tidak mengapa. Segera berdoa agar suami balik kerja dengan lebih awal. Jika tidak berkesan, hubungi suami agar balik segera,” selorohnya.
Dalam pada itu, Diana atau nama sebenarnya, Nur Diana Md Nasir, 34, juga sempat menyelitkan pesanan buat kaum ibu di luar sana.
“Untuk semua ibu, rendahkan jangkaan anda! Semua perkara tak seharusnya jadi sempurna. Anda dibenarkan untuk mempunyai rumah bersepah, rambut yang kusut dan anak-anak yang selekeh.
Ads
“Nikmati dan hargai masa anda dengan anak-anak. Saya percaya jika seorang ibu sentiasa berada dalam keadaan tenang, anak-anak mereka juga akan mengikutinya,” kongsi Diana lagi.
Diana yang mendirikan rumah tangga dengan suami, Mohd Azwan Mohd Noor dikurniakan tiga orang anak iaitu pasangan kembar, Anggun Darleesa bersama Anggun Darleena, 3, dan Anggun Darniella, 2.
Sumber: Gempak & IG Diana Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia, semua negara mula mengambil langkah pencegahan awal sebagai salah satu usaha mengekang wabak ini dari terus berleluasa dan mengelakannya daripada memberi kesan negatif kepada rakyat.
Terbaru kerajaan juga telah mengumumkan akan membawa pulang rakyat Malaysia di Itali dan Iran kerana kedua-dua negara berkenaan kini berada dalam keadaan kritikal.
Sesi persekolahan ditutup sehingga diberitahu
Bagaimanapun bagi rakyat Malaysia yang berada di Sejong, Korea, Mohd Razif Sawal keadaan di kawasannya masih lagi terkawal walaupun Korea antara lokasi yang mencatatkan angka yang agak tinggi.
“Di sini keadaannya lebih kurang Malaysia. Walaupun angka akibat jangkitan COVID-19 sentiasa bertambah tetapi belum ada lagi arahan rakyat kena kuarantin di rumah. Aktiviti harian berjalan seperti biasa.
“Cuma sekolah sahaja ditutup sejak 2 Mac lalu dan belum tahu lagi bila akan dibuka untuk sesi pembelajaran. Macam isteri saya pun yang kini sedang menyambung pengajian di universiti, kelas pun dibatalkan dan digantikan dengan kelas live streaming di rumah,” kongsi bapa kepada dua anak berusia 11 tahun dan 3 tahun.
Boleh beli seorang satu mask sahaja
Menurut Razif lagi, berdekatan kawasan tempat tinggalnya dah ada 35 kes direkodkan. Kalau diikutkan memang risau. Jadi sebagai langkah pencegahan setiap kali keluar rumah memang akan pakai mask sepanjang masa dan bersihkan tangan.
“Malah dalam setiap lif di apartmen dan bas turut disediakan hand sanitizer untuk orang awam.
Seorang hanya satu saja mask boleh beli
“Disebabkan permintaan mask di pasaran meningkat dan tidak cukup menampung permintaan rakyat di sini, kerajaan Korea telah mengehadkan dan mengetatkan pembelian mask untuk setiap individu.
“Untuk beli mask sahaja perlu disertakan dengan Alien Registration Card, yang mana setiap seorang hanya boleh beli satu sahaja setiap kali membuat pembelian. Stok mask agak susah untuk dapat di sini.
“Biasanya farmasi akan buat jualan mask pada hari Sabtu dan waktu ini memang ramai akan beratur untuk mendapatkan mask. Hanya seorang individu akan dapat beli satu sahaja. Jika ada 4 ahli keluarga dan mewakilkan pada seorang yang membeli tetap tidak boleh.
Kira-kira dua jam beratir untuk dapatkan satu mask
“Kalau nak beli 4 kena beratur 4 orang. Setiap orang perlu tunjukkan Alien Card masing-masing.
“Boleh dikatakan untuk mendapatkan satu mask saja pun terpaksa beratur panjang dan mengambil masa 2 jam,” jelasnya.
Kata Razif lagi, oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan mask, sebagai langkah penjimatan dan mengurangkan risiko jangkitan ini, isteri dan anak hanya berada di rumah sahaja.
“Jika nak beli barang atau nak selesaikan urusan tertentu hanya saya seorang yang keluar. Tapi apabila pulang ke rumah terus akan mandi,” ujarnya.
Keadaan agak lenggang berikutan orang ramai lebih selesa berada di rumah
Sebelum ini media melaporkan kes kematian akibat COVID-19 seluruh dunia hampir mencecah 5,000 mangsa, menurut statistik daripada Worldometer berkaitan wabak tersebut.
Setakat Jumaat (13 Mac), angka kematian direkodkan sebanyak 4,979 kes seluruh dunia manakala angka jangkitan positif COVID-19 mencecah 134,702 kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, iaitu merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat kelasakan anak sulung lelaki dan kemudian menimang pula cahaya mata perempuan, pasti mak ayah rasa lega kerana kurang lasak. Sangkaan itu meleset sama sekali bila mana penangan anak perempuan lebih hebat dari anak lelaki. Setuju tak?
Suami kepada pelakon dan pengacara, Yana Samsudin, Fadzil Zahari turut berkongsi hal yang sama mengenai gelagat anak keduanya, Aura Aisy Sofea.
Menurut kata bapa penyayang ini, tanggapannya pada anak keduanya ternyata meleset sama sekali.
“Dulu masa memula dapat anak pompuan abang dah bayangkan Aura Sofea ni mesti penuh dengan kesopanan dan kesusilaan kalau nak di bandingkan dengan abangnya Mateen.
Menurut kata Fadzil, anak keduanya itu seorang yang cukup berani dan lasak. Ada sahaja aktiviti yang dilakukannya setiap hari tanpa serik.
Malah kata suami kesayangan Yana Samsudin ini juga, memanjat dan bergayut adalah perkara biasa buat puterinya itu.
“Dia sejenis paling berani panjat sofa, meja makan, bergayut kat tangga sejak umur 11 bulan.
“Baru baru ni, hulur jari masuk kipas.. treettttt!!! Bunyinya pastu nangis, ingatkan insaf. Rupanya dia buat lagi 2 3 kali,” tulisnya berkongsi.
Namun kata Fadzil lagi, adakalanya sifat kedegilan ini amat diperlukan untuk membentuk kekentalan diri, lebih-lebih lagi untuk menjadi seorang usahawan berjaya kelak.
“Memang dalam diri usahawan perlu ada sikap degil, jatuh sekali bangun semula, tersepit lagi keluaq balik,” tulisnya lagi berkongsi.
Biar bagaimana pun jenis kelasakan anak kita, biarkan sahaja kerana inilah petanda anak bijak. Biarkan mereka aktif dan kita sebagai mak ayah perlu terus memantau.
Terdahulu, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 15 Februari 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam sehari kalau suara ibu tak tinggi, ibaratnya tak sah. Mesti juga sekurang-kurangnya sekali. Memang cuba nak kawal tetapi ia berlaku tanpa disengajakan.
Suami pun kena faham dan ambil peranan dalam hal ini. Bukan sepenuhnya serahkan pada isteri untuk urus anak dan emosi. Itu sebab isteri lebih ramai yang stres kerana otak dan fizikalnya penat.
Perkongsian dari Puan Siti’ Aisyah Rozalli ini boleh dijadikan panduan untuk suami isteri.
5 PERKARA BERPOTENSI UBAH MAK-MAK JADI IJHOO
1️⃣ Baru lepas kemas rumah 2 minit lepas, anak dah sepahkan semula.
Mak-mak, relax. Tarik nafas. Cakap “All is Well”
Ayah-ayah, pergi masuk campur! Tolong sapukan ke, suruh anak sapu ke, atau cakap kat isteri tu: “All is Well”
Bantu mak tu plan macam mana nak susun atur perabot dan bekas penyimpan supaya anak senang tolong kemas balik. Mak tu tengah serabut. Dia tak boleh fikir.
2️⃣ Baru lepas sapu / vacuum, dah penuh sisa makanan macam biskut dan lain-lain atas lantai.
Mak-mak, relax. Tarik nafas. Cakap “All is Well”
Ayah-ayah, pergi masuk campur! Tolong belikan vacuum robot tu ke, tolong sapu ke, tolong remind anak makan satu tempat ke.
3️⃣ Tak cukup tidur.
Mak-mak, try tidur. Memang. Kalau anak tak tidur lagi, kita susah tidur. So, plan macam mana nak bagi anak boleh tidur segera. Dan supaya mak-mak boleh dapat tidur yang mencukupi.
Ayah-ayah, pergi masuk campur! Tolong sekali tidurkan anak, make sure anak settle. Bantu sekali laksanakan plan mak tu untuk dapat tidur yang mencukupi.
4️⃣ Tiada masa nak buat perkara yang release tension dia.
Mak-mak, CURI MASA! Takpe. It’s okey. Bila rasa dah nak habis teyyy tu, curi masa untuk release tension.
Ayah-ayah, pergi masuk campur! Tolong bantu mak tu curi masa dia. Mak yang gembira, kan menjamin ayah yang gembira
5️⃣ Dia lapar. Tapi, dia nak diet
Mak-mak, fikir balik kenapa kita nak kawal pemakanan. Untuk kesihatan kan? Marah-marah buat apa? Kalau kita tak sihat, kan susah satu keluarga. Tabah
Ayah-ayah, pergi masuk campur! Tolong belikan, sediakan makanan sihat untuk mak. Galakkan semua orang pun makan sama. Kang takdelah mak tu terliur sampai stress.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.