Nombor Dua Ni Baby Girl! Black Akan Rakam Momen Bersalin Isteri Tapi Bersyarat

Share

Penyanyi Black Hanifah, 30, mengakui bakal merakamkan momen indah saat bayi keduanya dilahirkan kelak.

Namun Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah berkata, dia tidak akan berkongsi rakaman tersebut di mana-mana platform laman sosial kerana ia hanya untuk simpanan peribadi.

“Tak tahu lagi bagaimana keadaannya nanti. Mungkin saya akan rakam momen itu nanti tetapi ia hanya untuk simpanan peribadi, bukan untuk dipertonton umum.

“Biasanya seperti anak pertama saya sebelum ini, saya lebih suka melihat proses itu secara live daripada merakamnya tapi tak tahu bagaimana nanti,” katanya.

Isteri Black, Cira Khairi dijangka bakal melahirkan bayi kedua mereka pada 6 November depan.

Black memberitahu Cira yang sedang sarat hamil lapan bulan dinasihatkan berehat di rumah.

“Sekarang ni Cira tengah sarat dan memandangkan dia sangat fragile dan tidak mahu perkara yang lalu (keguguran) berulang lagi, jadi doktor nasihatkan supaya berehat di rumah.

“Kami pun teruja untuk menyambut kelahiran bayi perempuan, harap dia dapat dilahirkan dengan selamat dan sihat,” katanya lagi.

Sumber: astro gempak

IKLAN