Seronoknya dapat ahli keluarga baharu! Umpama satu hadiah besar tatkala Syawal semakin menjelang tiba. Tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kelahiran cucu perempuan semalam.
Sumber foto: Instagram Nurul Ilham Anwar
Perkhabaran gembira itu telah dikongsikan oleh Datuk Seri Anwar menerusi hantaran Facebook.
“Alhamdulillah! Hadiah Ramadan. Nurul Isra Mitsuki, anakanda Ilham dan Luqman Watanabe.”
Sesetengah ibu hamil akan mengalami masalah gigi semasa mengandung. Ketika ini ibu membuat andaian yang bayinya ‘menyedut’ kalsium dari giginya menjadi rapuh dan terpaksa dicabut.
Adakah kenyataan ini sebuah mitos atau kebenaran? Benarkah bayi dalam kandungan mengambil kalsium dari gigi ibunya sehingga ia menjadi rosak? Inilah penerangan dari Dr Mazwin Mazlan, Pegawai Pergigian berkenaan hal ini.
“Doktor saya tak larat nak cabut gigi dah doktor. Setiap kali saya mengandung sebatang gigi saya jadi korban kena cabut.”
“Ini anak saya yang ke 6, habis semua gigi geraham belakang dah tak ada. Dah kena cabut”
“Itulah bila mengandung ni habis kalsium gigi saya anak dalam perut saya ni serap, pasal itulah gigi saya semua rosak.”
Begitulah Kakak ini mengomel, bila berjumpa dengan doktor giginya.
Tonton video ini;
1️⃣ Adakah benar kehilangan gigi akan terjadi pada setiap kehamilan?
Mitos mengatakan bahawa wanita akan kehilangan gigi pada setiap kehamilan. Tetapi dengan kebersihan mulut yang baik dan penjagaan berterusan kesihatan mulut profesional, gigi wanita hamil boleh kekal sihat.
2️⃣ Adakah bayi yang belum lahir benar-benar mencuri kalsium ibunya?
Satu lagi kepercayaan mengarut yang salah adalah bayi yang didalam kandungan mengambil kalsium dari gigi ibunya, yang menyebabkan kerosakan gigi. Ini tidak benar.
Semasa mengandung, wanita mungkin berisiko tinggi untuk merosakkan gigi kerana mereka makan lebih kerap untuk mengelakkan mual. Kerosakan gigi adalah 100% dicegah. Tetapi, jika tidak dirawat, kerosakan gigi boleh menyebabkan kesakitan dan boleh mengakibatkan kehilangan gigi.
Keadaan akan bertambah buruk kerana rata-rata ibu hamil 70-80% sedia ada mempunyai masalah gigi sebelum kehamilan lagi.
3️⃣ Adakah wanita hamil benar-benar mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk gingivitis?
Apabila wanita hamil, tubuh badan mereka melalui perubahan ketara. Ramai akan mengalami keadaan gusi mereka sakit, bengkak, dan terdedah kepada pendarahan. Ini adalah gejala gingivitis, sejenis jangkitan tisu gusi. Sesiapa sahaja boleh mengalami gingivitis.
Tetapi wanita hamil berisiko tinggi untuk gingivitis kerana perubahan hormon. Sekiranya gingivitis tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit gusi yang lebih serius yang boleh menyebabkan kehilangan gigi.
4️⃣ Bagaimana wanita hamil boleh mencegah kerosakan gigi dan gingivitis?
Cara terbaik untuk wanita hamil mencegah kerosakan gigi dan gingivitis adalah dengan penjagaan gigi dan gusi mereka supaya sentiasa bersih dan sihat. Pembersihan dengan menggunakan ubat gigi berflourida sekurang-kurangnya dua kali sehari, membersihkan celahan gigi dengan penggunaan floss (bebenang) atau interdental brush (sejenis berus gigi halus), dan mendapatkan pemeriksaan pergigian profesional adalah cara terbaik untuk mengekalkan gigi dan gusi wanita hamil. Mengelakkan makanan yang tinggi gula juga sangat membantu.
Jika kerosakan gigi terjadi, rawatan di klinik pergigian adalah satu-satunya cara ia boleh diberhentikan. Jika kerosakan gigi dan gingivitis dicegah atau dirawat, tidak ada sebab wanita hamil kehilangan gigi.
Bau badan bayi yang baru lahir sangat disukai. Bukan sahaja ibu bapa yang sukar untuk menahan godaan mencium bayi, tapi adik beradik lain pun sama. Mengapa aroma bayi begitu menyenangkan?
Menurut penganalisis kimia dari Monell Chemical Senses Centre di Philhadelphia, Amerika Syarikat, George Preti, aroma badan menyenangkan berasal dari bahan kimia yang berasal dari kelenjar bayi baru lahir. Satu lagi sebab mengapa aroma bayi sangat menyenangkan adalah metabolismenya.
Malah menurut pendapat lain, pada masa kelahiran, pengambilan makanan bayi hanya datang dari susu ibu sahaja. Bagaimanapun, selepas dia mula makan dan minum, aromanya mulai berbeza.
Selain itu, aroma tubuh unik bayi ini juga adalah disebabkan kerana lapisan putih pada kulit bayi baru lahir. Walaupun beberapa hari kemudian bayi itu dimandikan dan perlahan-lahan salutan itu longgar, aroma bau bayi masih ada lagi.
Apa pun alasan di sebaliknya, Preti menyakini aroma tubuh bayi yang menyenangkan ini merupakan cara ibu bapa makin jatuh cinta pada si kecil ini dan ia antara tarikan untuk orang sekeliling.
Preti juga menyatakan, aroma tubuh bayi membantu ibu menyedari kehadiran bayinya dan boleh mengukuhkan ikatan dengan kehadiran buah hati baru.
Hal ini terbukti melalui kajian yang menunjukkan ketika ibu mencium aroma tubuh bayi, ia secara tidak langsung membuatkan ibu rasa tenang. Ini menjadikan ibu mahu menghabiskan masa yang lama menjaga bayi dan tidak kisah menghabiskan masa bersama si comel.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kurma adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Sudah tentu ia mempunyai banyak kebaikan kepada semua lapisan manusia yang gemar memakannya. Tidak terkecuali kepada ibu hamil yang sangat disarankan memakan kurma. Ia turut diakui oleh perubatan
1. Penuh zat besi
Sangat sesuai dimakan terutama bagi anda yang mengalami masalah anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam badan.
2. Kaya khasiat
Kurma mengandungi protein (1.8% – 2%) serat (2% – 4%), glukosa (50% – 57%), vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.
3. Mudah kenyang
Kandungan gula dalam kurma mudah diserap badan dan dapat memberikan tenaga segera apabila anda memakannya ketika lapar. Anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan pemakanan secara berlebihan.
4. Tinggi potassium
Kandungan potassium sememangnya penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah kanser payu dara dan rahim.
5. Memudahkan proses bersalin
Kurma boleh membantu anda memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan khusus di dalamnya yang membantu proses berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...