Ads

Oral Over Sensitive Pada Anak, Rupanya Ini Punca Payah Gosok Gigi & Muntah Bila Makan!

Oral Over Sensitive Pada Anak

Ada anak yang setiap kali diajak gosok gigi, mulalah mengelak, menangis atau menutup mulut rapat-rapat. Bila diberi makanan bertekstur sedikit kasar pula, terus diluah, ditolak malah ada yang sampai termuntah. Jangan cepat anggap anak memilih atau sengaja buat perangai ya, mama.

Keadaan ini mungkin berkait dengan oral over sensitive, iaitu apabila bahagian dalam mulut anak terlalu sensitif terhadap sentuhan, rasa atau tekstur tertentu. Sebab itu perkara yang nampak biasa seperti memberus gigi atau mengunyah makanan boleh menjadi sangat tidak selesa buat si kecil.

Kalau dibiarkan, anak mungkin semakin sukar menerima pelbagai jenis makanan dan hanya selesa dengan makanan lembut seperti puri. Jadi, penting untuk mama kenal pasti tanda-tandanya lebih awal. Dr Ain Zul kongsikan beberapa tip yang boleh membantu mama menangani keadaan ini dengan lebih baik.

Oral Over Sensitive Pada Anak

Anak Tolak Makanan Bertekstur, Apa Puncanya?

Menurut perkongsian Dr Ain, antara isu yang sering berlaku ialah anak yang sudah berusia lebih setahun tetapi masih menolak makanan bertekstur kasar.

“Anak yang tolak makanan bertekstur macam nasi biji-biji, ayam ketul-ketul atau apa yang kasar mungkin ada masalah oral yang over sensitive.

“Dia tak boleh nak deal dengan makanan yang bertekstur kasar sikit, sampai boleh muntah atau gagging reflex.

“Even berus gigi pun tersangatlah susah rupanya bila ditanya. Actually bukan salah anak tu tau, tapi otak dia dah terima signal kata makanan kasar ni macam bahaya untuk ditelan, so dia kena muntahkan balik.

Keadaan ini dipanggil over sensitive kerana anak sukar menerima makanan yang mempunyai tekstur tertentu. Apabila makanan yang agak kasar masuk ke dalam mulut, anak mungkin mengalami refleks muntah atau gagging.

Ads

Dalam sesetengah keadaan, kesukaran ini bukan hanya berlaku ketika makan. Aktiviti harian seperti memberus gigi juga boleh menjadi cabaran.

Oral Over Sensitive Pada Anak

Oral Over Sensitive: Apa Mak Ayah Boleh Bantu!

Apa yang parents boleh buat untuk anak yang ada masalah macam ni:

1- Jangan marah kalau anak muntah, buang balik makanan. Jangan bagi anak rasa waktu makan tu waktu yang stressful untuk dia.

2- Encourage untuk makan satu benda setiap masa, jangan paksa. Contoh introduce balik sayur tapi satu persatu.

Ads

3- Try finger foods. Kalau sekarang makan bersuap lagi cuba buat makanan dalam bentuk yang boleh anak pegang. Kita tak boleh suap anak sampai dia besar. Ibu kena belajar tengok meja makan bersepah hikhik.

4- Anak yang over sensitive tend to be picky eater dan kadang-kadang dia lapar tak ikut timing. Ibu kena sediakan snack on the go yang berkhasiat.

5- Boleh sediakan makanan anak dalam bentuk yang menarik e.g. bento for kids.

6- Cuba kenalkan makanan yang bertekstur seawal mungkin bila anak dah nampak bersedia. Contohnya, jangan asyik bagi makan puree walaupun anak dah 10 bulan.

7- Gum massage / Oral massage – boleh tengok youtube

Ads

8- Ajar anak aktiviti yang banyak guna oral muscles, macam tiup bubbles, tiup cotton balls, hisap air dengan straw.

Oral Over Sensitive Pada Anak

Ni antara yang boleh ibu ayah buat di rumah. Tapi nasihat mummy, boleh bawak anak jumpa occupational therapist jugak tau untuk dapatkan nasihat. Biasa OT akan assess anak dan offer cara untuk bantu parents yang ada anak bermasalah oral over sensitive. Sebenarnya OT lagi terer nak handle bab ni.

Tapi jangan biarkan lelama anak yang ada problem macam ni. Jangan tunggu anak dah besar baru nak intervene ye parents.

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!

Sumber: Dr Ain Zul

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Taman Permainan Mesra OKU Bangi, Inisiatif Hebat Raih Pujian Ramai

Taman permainan mesra OKU di Tasik Cempaka, Bangi raih pujian ramai kerana menyediakan kemudahan inklusif untuk kanak-kanak berkeperluan khas.