Kehamilan

“Orang Ingat Kembar…”Kandungan Makin Membesar, Suami Kasihan Tasha Manshahar Bawa Perut

Share

Bila kandungan makin membesar, sememangnya para suami akan kasihankan isteri ‘membawa’ perut.

Apatah lagi bila lihat perut ibu hamil besar ramai yang menyangka kandungan kembar. Itulah yang dialami suami Tasha Manshahar, penyampai radio Zayan, Raqib Majid yang kasihan melihat isteri yang semakin sarat hamil.

Dengan perkembangan kandungan yang membesar, Raqib turut mengatakan ramai meneka kandungan pertama mereka kembar. Apa pun, bakal bapa ini berharap doa yang baik daripada semua.

raqibmajid Kesian tengok ibu mengandung bawak perut. Kebetulan agak besar jugak perut Tasha. Orang tengok ingt kembar. Hehe. Nak jalan pun tak larat. Macam penguin jalannya. comel!

Biasanya perut besar tak semestinye kembar kan? Ke macam mane?

Doakan semuanya sehat2 belakanye? ‘Amin ya RABB’

Para follower berkongsi pengalaman dan mendoakan agar kehamilan Tasha dipermudahkan. Ada yang mengatakan saiz perut yang besar sering menjadi bualan tetapi hakikatnya bukanlah kandungan kembar. Ini  juga salah satu pengorbanan ibu hamil.

ORANG KATA KEMBAR

BABY KELUAR BESAR 4KG

SYURGA BUAT SUAMI YANG MENJAGA ISTERI 

TERLALU BESAR PENGORBANAN IBU

Sumber: @raqibmajid


IKLAN