Berbanding ayam, ikan sememangnya cukup disarankan dalam pemakanan anak-anak kita. Ikan merah misalnya, selain isinya yang tebal ia kaya dengan Omega 3 dan DHA yang tinggi yang ternyata cukup baik untuk perkembangan minda anak-anak kita.
Jadi jika anak sudah menunjukkan tanda kebosanan dengan menu setiap hari, sesekali buatkanlah resipi Bubur Sup Ikan Merah ini. Senang dan tinggi khasiatnya. Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Mas Ayu Ibrahim!
Antara menu lunch baby Adwa. Masak untuk satu family terus, tapi asingkan untuk baby Adwa sebelum tambah garam gula. Sebab menu Adwa masih #nosaltnosugar.
SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan:
Ikan merah
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Sup bunjut @ 4 sekawan
Lobak merah
Tomato
Daun sup
Serbuk ayam
Ads
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
Menu ayam pencik sememangnya cukup istimewa. Sajian panggang dan bakar dengan saduran kuah lemak, manis dan pedas ini cukup disukai kebanyakkan daripada kita. Sama seperti kita, anak-anak juga sukakan rasa yang berbeza-beza dalam menunya setiap hari. Jemu dengan menu yang sama, apa kata mama pikat selera anak dengan Ayam Percik Versi Baby ini pula.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ini nampak enak. Hanya gunakan sedikit santan untuk menaikkan rasa lemak dan pes tomato untuk rasa sedikit masam. Jom cuba, mana tahu anak sukakan menu yang satu ini.
AYAM PERCIK VERSI BABY
Bahan Bahan:
Bahan Perapan Ayam :
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Serbuk ikan bilis
Bahan Kuah Percik:
Bawang putih -ditumbuk
Bawang merah -ditumbuk
Halia -ditumbuk
Pes tomato
Santan pekat
Serbuk ikan bilis
Serai
Asam keping / asam jawa
Air secukupnya
Di dalam bekas, satukan kesemua bahan perapan ayam dan gaul sebati. Perapkan ayam minima 1 jam. Ketepikan seketika .
Di dalam periuk, masukkan ke semua bahan kuah percik dan juga ayam yang telah diperap tadi. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ayam sederhana masak.
Jika sukakan kuah yang sedikit cair, boleh lebihkan air.
Kemudian letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar sehingga ayam masak sepenuhnya dan sedikit garing.
Sambil itu sapukan kuah ke atas ayam berulang kali sambil terbalikkan agar ia melekat cantik.
Siap, sedia dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sebut tentang pizza, tentu mama-mama terfikir ‘part’ paling susah nak menguli adunan doh kan? Kalau mama-mama malas nak buat doh pizza, mama boleh guna kaedah shortcut yang dikongsi Suzana Othman.
Hai mommies gojez sekalian alam.
Selalunya bila nak buat pizza homemade yang paling bercinta sekali nak uli doh untuk base pizza kan? Kalini kita shortcut aje guna roti sandwich cepat dan mudah. Jom tengok macam mana cara nak buat pizza shortcut.
Nasi sebagai sajian ruji boleh dipelbagaikan resepinya. Menggunakan bahan-bahan yang berbeza dan cara masak yang berlainan melahirkan rasa dan bentuk hidangan yang berlainan. Si kecil tidak bosan dan tentunya suka!
Ibu ini, Syida Dea Lurve’ A berkongsi tentang sajian nasi yang disediakan olehnya untuk si manja
Morning and happy weekend!
Breakfast Opa hari ni Crispy Rice Patties sebab semalam punya nasi tak laku ?. Ok alang-alang tu nak share terus antara menu Opa yang guna leftover rice. Tahu tak kebaikan dan khasiat nasi sejuk semalam tu?
Kata nya nasi sejuk tu prebiotik. Tau kan prebiotik and probiotik tu penting untuk usus yang sihat? Immune yang kuat datangnya dari usus yang sihat. So jangan takut-takut nak guna nasi sejuk (selagi tak basi la kan) as long as anak anda tak ada masalah GERD atau kembung perut ok?
Ibu yang sering menyediakan sajian untuk si manja perlu kreatif memilih sajian yang disukai dan berkhasiat. Mama papa boleh menggunakan resipi ini supaya nasi yang tidak habis semalam boleh digunakan untuk dihidangkan kepada si kecil tanpa dibazirkan.
Berikut ialah resepinya;
Crispy Rice Patties
Campur sesenduk nasi dengan sebiji telur and sayur pilihan. Mama letak daun bawang and tomato je. Gaul-gaul sebati.
Perasakan dengan serbuk ikan bilis dan serbuk bawang putih. Kemudian ambil sesenduk letak atas pan fry and tekan-tekan bgai leper. Goreng dua belah sampai garing. Siap
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.