Sup ikan sememamgnya cukup baik untuk bayi dan kanak-kanak kecil kerana ia penuh dengan DHA malah tinggi Omega 3. Malah kajian yang dijalankan juga mendapati bayi berusia enam bulan hingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka. Resipi terbaik untuk menyediakan keperluan ini pastinya daripada sup ikan.

DHA merupakan sejenis lemak Omega 3 yang 3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. Malah DHA juga begitu penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Disebabkan khasiat inilah ia begitu disyorkan untuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Bubur Sup Ikan Merah, Sarat DHA Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Resipinya!

Ibu yang prihatin pastinya menyediakan khasiat yang terbaik untuk anak-anak semasa kecil. Resipi sup ikan merah yang dimasukkan ke dalam bubur bayi, disediakan ringkas oleh Puan Ana Maria di facebooknya. Jom cuba resipi ringkasnya.

Sup ikan merah hari ni untuk 1st intro makanan bertumis adik. Ikan merah sarat dengan protein. Malah mengandungi omega 3 serta vitamin A dan rendah kalori. Bawang merah pula bagus untuk sistem imun bayi tau. Harap-harap adik brselera la makan.

IKLAN

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 ketul ikan merah
Bawang merah dan bawang putih
Sedikit halia
Lobak merah
Brokoli

Bubur Sup Ikan Merah, Sarat DHA Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Resipinya!Tumis bahan tumisan dgn olive oil atau unsalted butter. 

Bubur Sup Ikan Merah, Sarat DHA Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Resipinya!Dah kekuningan masukkan sayur. Tumis sehingga sedikit layu.

IKLAN

Bubur Sup Ikan Merah, Sarat DHA Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Resipinya!Masukkan air. Dan rebus sehingga lembut.

Bubur Sup Ikan Merah, Sarat DHA Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Resipinya!Masukkan ikan dan biarkan sekejap hingga ikan masak.

IKLAN

Bubur Sup Ikan Merah, Sarat DHA Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Resipinya!

Campurkan dengan nasi lembut. Masukkan isi ikan separuh, sayur dan sup. Blend.

Bubur Sup Ikan Merah, Sarat DHA Untuk Bayi, Ibu Ni Kongsikan Resipinya!Siap!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI