Habis sahaja minyak satu botol penuh, cepat-cepat kita buang. Lepas ni janga dibuang dahulu kerana banyak fungsinya botol minyak bersaiz besar ini. Apa yang kita boleh buat?
Tip ringkas yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok ini @senz.malaysia ini anda kena cuba. Paling penting jimat, tak payah beli dan jimat ruang.
Tips lagi! DIY botol minyak untuk simpan lebihan makanan!
Jangan buang botol minyak anda. Masih belum buang lagi kan? Saya kongsikan tip jimat ini.
Ads
1. Potong botol minyak besar macam ini. Buat kepada tiga bahagian.
Apabila berlakunya kematian suami pastinya ramai tertanya-tanya, bagaimana dengan nafkah anak-anak si mati? Siapakah yang wajib bertanggungjawab (dari segi nafkah) ke atas anak-anak yang kematian bapa? ibu pula masih ada tetapi kurang kemampuan?
Menurut perkongsian daripada Laman Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, ada beberapa pendapat mengenai perkara ini. Ikuti perkongsian ini.
Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah,
Dalam surah al-Baqarah (ayat 233) Allah menegaskan; “Dan kewajipan bapa ialah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang berpatutan…Ahli waris pun (berkewajipan) seperti itu juga”.
Berdasarkan ayat ini para ulamak menyimpulkan bahawa; kewajipan nafkah asalnya tertanggung di atas bahu bapa. Jika bapa tidak mampu atau mati, nafkah si anak ditanggung oleh waris-waris si anak (iaitu kerabat-kerabatnya yang akan mewarisi darinya) merangkumi ibunya sendiri, datuknya, neneknya, saudaranya, bapa saudaranya dan sebagainya lagi yang dapat mewarisi darinya. Jika waris ramai, tanggungan nafkah wajib dikongsi mengikut kadar pewarisan masing-masing. Sebagai contohnya; jika si anak hanya mempunyai nenek dan saudara lelaki sahaja, maka nenek wajib menanggung 1/6 nafkahnya dan saudara lelaki pula nafkah selebihnya iaitu mengikut kadar pewarisan mereka. Ini merupakan pandangan mazhab Hanbali berdalilkan ayat di atas.
Menurut mazhab Syafiie; nafkah anak wajib di tanggung oleh usul-usulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek hingga ke atas) dengan didahulukan usul lelaki ke atas usul perempuan. Selama masih ada usul lelaki (bapa, datuk hingga seterusnya), nafkah tidak ditanggung oleh usul perempuan (ibu, nenek hingga seterusnya). Bagi anak yang kematian bapa atau bapanya tidak mampu, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuknya, diikuti oleh bapa kepada datuknya hinggalah seterusnya ke atas. Yang lebih dekat didahulukan dari yang jauh. Jika si anak mempunyai datuk dan juga bapa kepada datuknya, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuk kerana ia lebih dekat. Jika sama-sama dekat (seperti si anak mempunyai datuk sebelah bapa (iaitu bapa kepada bapanya) dan juga datuk sebelah ibu (iaitu bapa kepada ibunya), kewajipan nafkah dikongsi bersama. Apabila tidak ada lansung datuk atau datuk yang ada tidak mampu, barulah kewajipan nafkah berpindah kepada usul-usul perempuan (iaitu ibu atau nenek atau yang lebih atas).
Perlu disebutkan; kewajipan menanggung nafkah orang lain tertakluk kepada kemampuan. Jika tidak mampu, tidaklah seseorang itu dibebani oleh Syarak untuk menanggung nafkah orang lain sedang nafkahnya sendiri tidak tertanggung. Hal ini telah disepakati ulamak. Maksud kemampuan itu ialah mempunyai lebihan setelah ditolak keperluan diri sendiri sama ada dari hartanya sedia ada atau dari pendapatannya. Sabda Nabi SAW; ““Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk ahli kerabat kamu. Jika ada suatu lebihan lagi setelah itu, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Soheh Muslim; 997, dari Jabir RA).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Bila berhadapan dengan anak-anak kecil, pastinya ada pelbagai perangai dan kerenah yang perlu di layan. Mereka hanya mahukan perhatian dari insan yang bergelar ayah dan ibu.
Sama seperti yang dikongsi ayah ini apabila si kecil hanya mahukan perhatian daripada ayahnya. Bukan niat untuk menganggu kerja seharian ibu bapa cuma mahukan sedikit rasa kasih sayang.
Saya pernah berjumpa seorang kawan. Mula-mula sekadar berborak biasa. Entah macam mana, boleh berborak pula mengenai anak-anak kami.
Dia cerita dulu dia seorang yang asyik marah pada anaknya. Dari seawal subuh, ada saja yang tak kena.
Anak makan terlalu cepat, ditegur kata gelojoh. Kalau susu di gelas tertumpah, habis dijeritnya cuai. Sapu mentega banyak-banyak atas roti dikatanya tamak.
Ada sekali tu, anak dia baru selesai mandi. Belum lagi badannya kering, dah terus disarung baju sekolah. Apa lagi, ditempik anaknya tu.
Dah jadi kebiasaan, bila tiba saja di sekolah, anaknya akan salam dan terus masuk ke pintu kecil sekolah.
Dan setiap kali tu lah, dia akan lambai ayahnya sambil tersenyum sebelum masuk ke kelas.
Tapi kawan saya kata mukanya tetap masam. Asyik mencari lagi apa yang tak kena.
Bila kawan saya balik ke rumah, apa saja yang anak dia main, ada saja salahnya. Main guli tak boleh. Main itu dan ini semuanya salah.
Satu malam, isteri dia tanya kenapa marah sangat dengan anak. Sepanjang masa, anak mereka baik saja.
Cuma kadang-kadang, dia merengek dan buat sedikit perangai.
Tapi dia kata dia tak endah. Sampai satu hari, dia tengah tekun baca surat khabar. Anaknya datang dan masuk ke bilik.
Kawan saya pandang sikit dan tanya nak apa. Dia rasa seperti budak tu datang nak mengganggu dia.
Perlahan-lahan si anak ni berjalan dekat dan peluk kawan saya ni dari belakang.
Tangan di sekeliling leher ayahnya, dan dia bisik, “Sayang ayah.”
Serta merta nafasnya rasa berat dan rasa itu pun berkumpul di dada. Anak tadi berlari terus ke bilik tidurnya.
“Apa dah jadi dengan aku ni,” kata kawan saya ni seorang diri.
Sibuk mencari salah anak. Ini rupanya hadiah seorang ayah pada seorang anak lelaki.
Bukannya dia tak sayangkan anaknya. Tapi dia berharap yang bukan-bukan dari anak kecilnya.
Budak kecil dianggapnya seperti anak yang sudah besar dan matang. Dilayannya seperti orang dewasa.
Pada waktu tu, barulah dia faham apa maksud isterinya. Terlalu banyak lihat apa yang silap, sampai dia lupa pada sifat anaknya yang baik, yang jujur dan penuh kasih sayang itu.
Dia lupa yang satu masa dulu, dia pun kanak-kanak juga yang hanya inginkan perhatian ayahnya.
Hari ni rumah kita penuh dengan gelak tawa dan tangisan anak. Satu hari nanti, rumah itu akan menjadi sunyi dan kita akan terasa betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.
Biasa kita dengar dalam ceramah agama, Ustaz pernah menyebut “siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat, tak berjaya”, kenapa tak berkat? Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga, mereka amanah dan anugerah Allah.
Ustaz Ebit Lew, pendakwah terkenal di media sosial telah berkongsi kisah kejayaan seorang sahabatnya di instagram beliau. Rahsia kejayaan sahabat beliau ialah Allah, isteri dan keluarga. Ikuti perkongsian yang bermanfaat ini.
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya.. Subhanallah, lawa rumah.
Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer.. Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya.. Dia ucap terima kaseh pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.. Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti.
Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah. Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri.. Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.. Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya.
Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.
Saya baca buku isteriku Bidadari dan 11amalan kaya tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Ramai orang ingat rezeki bila ada dunia tapi sebenarnya hargai apa kita ada. Tahniah sahabatku aslconstruction.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.