Pajeri antara masakan berkuah yang ringkas tapi cukup padu sehingga membuatkan kita makan nasi bertambah-tambah. Enak dinikmati bersama gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari.
Pajeri Terung, Kuah Pekat, Likat
Masakan pajeri biasanya daripada terung dan nanas. Dinamakan pajeri kerana masakannya berkuah pekat dan bukan berkuah cair. Bahan utama dan wajib dalam masakan pajeri sudah pasti kerisik dan rempah kari daging. Jom kita cuba buat pajeri terung.
RESIPI PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
5 biji terung
2 cawan air
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 sudu makan udang kering
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 pek kecil rempah kari ikan @ ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu makan kerisik
¼ gula melaka
¼ kotak santan
Ads
Masak Untuk Anak-anak Kurangkan Cili Kering
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk.
Ads
4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
Ads
6. Pajeri terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Hari raya terasa tidak lengkap tanpa hidangan kek di atas meja. Kek marble butter antara yang begitu ‘hot’ di pagi raya. Resipinya mudah malah rasanya cukup sedap.
Resipi kek marble butter perkongsian Pn Mawar Wilsa ini mama wajib cuba. Cukup mudah malah bahannya juga begitu mudah sekali. Paling senang nak buat. Simple!
Siapa suka makan kek butter atau kek marble. Saya nak kongsikan resepi yang saya selalu gunakan dari tahun 2017. In shaa Allah memang sedap gebu & lembut. Selamat mencuba!
Jika sukakan kek yang padat, gebu dan lembut resepi ini sesuai untuk anda. Gambar di bawah menggunakan resepi yang sama dengan corak yang berbeza.
SOFT BUTTER/MARBLE CAKE
Bahan-bahan:
250gm butter/margerine
200gm gula kaster
4 biji telur – guna gred A ataupun B
250gm tepung naik sendiri- sy guna tepung gandum + 1 sudu kecil double action baking powder ( diayak )
1/2 cawan susu cair @ segar
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil butter oil – jika guna margerine boleh tambah ini rahsia jadikan kek lebih harum dan sedap
Sapukan loyang saiz 7 persegi dengan butter dan alaskan dengan baking paper.
Butter dan gula kaster di pukul hingga kembang dan gebu.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla dan butter oil. Putar sebati.
Masukkan tepung berselang seli dengan susu sampai habis, kaup balik kan dengan menggunakan spatula sampai sebati.
Bahagikan adunan dan warnakan mengikut citarasa dan corakkan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu suhu 160°C selama 40-45 minit @ sehingga masak ikut kesesuaian oven masing-masing. Oven saya 60 minit.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menu berpantang untuk mama, semuanya sedap-sedap belaka. Buat bakal-bakal mama atau yang sedang menjalani tempoh berpantang selepas bersalin, anda tentu sedang tercari-cari menu yang sesuai untuk dimakan dalam tempoh ini. Makanan yang berkhasiat ketika menjalani tempoh berpantang selama 44 hari amat penting bagi memulihkan diri.
Mama-mama yang pertama kali bersalin, mereka pasti akan melalui emosi sebegini, ‘asyik lauk yang sama je. Mana nak dapat zat.. mana nak keluar susu ibu.’ Haa.. jangan nak nafikan, pasti akan ada kata-kata sebegini kan waktu mak-mak berpantang kali pertama.
Anda mungkin rasa lemas dengan lauk berpantang yang sangat plain, ‘zuhud’ dan sama sahaja hampir setiap hari. Sebenarnya ada saja menu berpantang bersalin yang sihat dan berkhasiat. Cuma mama perlulah kreatif mengolahnya agar tak mencampurkan makanan sejuk atau gatal yang boleh menyebabkan bentan.
Puan Nor Sofiah Hussin berkongsi menu berpantang sepanjang lebih dua minggu lepas melahirkan. Mama-mama yang sedang berpantang dan bakal berpantang pun boleh mencubanya.
“Siapa kata lauk dalam pantang tak best. Sedap tu. Siap menambah lagi. Saja nak share menu dan resepi masa saya berpantang lepas 2 minggu lebih bersalin. Siapa nak share silakan. Nanti bila berpantang, boleh tengok balik.”
Bahan:
Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa)
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam
Gula
Cara masak:
1. Letak semua bahan atas ikan.
2. Kukus ikan sehingga masak.
Bahan:
Ikan
bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam
Cara masak:
1. Lumurkan semua bahan pada ikan
2. Bakar ikan sehingga masak.
Bahan:
Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) – lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun boleh..(pilihan masing-masing)
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
Cara masak:
1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk
2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis
3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan
4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap
5. Taburkan daun sup sebelum hidang
Bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa
2. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, masukkan air asam. Masak hingga mendidih.
Bahan:
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2. Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3. Masukkan kari ikan. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
5. Bila ikan dah masak, masukkan garam tunggu sehingga mendidih. Siap.
Bahan:
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng
Cara masak:
1. Sagat halia dan perah/tapis airnya
2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
3. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
4. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.
Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk
Serai – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Serbuk kari
Lada hitam
Garam
Gula / madu
Cara masak:
1. Gaul semua bahan bersama ayam. Perap sekejap.
2. Bakar sehingga ayam masak.
Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Perap daging dengan kunyit, garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit, ketepikan.
2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air. Masak sehingga air daging kering dan daging empuk.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul sebati. Siap.
Bahan:
Ayam
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Ketumbar – kisar
Jintan – kisar
Serai – ketuk
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mana)
4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
5. Bila ayam dah masak, masukkan garam, asam jawa dan lada hitam. Gaul sebati. Siap.
** Kalau tak nak tumis. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tutup kuali, masak sehingga ayam empuk.
Bahan:
Ayam
Halia – hiris
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung – untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Cara masak:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
2. Bila dah naik bau, masukkan ayam.
3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.
**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.
Kalau bercakap tentang masakan orang dulu-dulu memang cukup rasa dan sangat berbeza dengan zaman sekarang. Kebanyakkan resipi yang ada telah banyak diolah disebabkan masa dan jenis bahan yang sukar didapati di bandar-bandar besar.
Bagi yang rindukan kuih tradisi orang dulu-dulu boleh ikuti resipi karipap rangup di luar tetapi intinya basah di dalam yang dikongsi oleh Puan Azlina Ina ini. Selamat mencuba!
Gerenti sedap sumpah.
Saya memang suka karipap rangup kat luar inti die melt dan tak kering mcm gini.Arwah mak mmg teror betul buat karipap. Tekstur karipap org dulu-dulu ni dia nampak tebal tp kulit die rangup dan kalau mak🤣suke makan kelim yang tepitepi tu abis semua karipap botak tepi hahaha
Karipap orang lama-lama
Bahan-bahan inti kena ikut betul-betul inti karipap kalau tak sedap spoil semua. untuk 1kg tepung ya
Kentang 1 kilo setengah (kupas dan potong dadu rendam sekejap tos)
6 ulas bawang merah india
4 ulas bawang putih
Hiris nipis dan tumis dengan minyak sederhana jangan banyak sgt dalam 1/2 cawan mcm tu. Bila dah agak garing masukkan 2 peket kecil rempah kari babas yang gambar ikan warna kuning, tumis sekejap dan masuk kan air sikit kacau2 sampai naik minyak.
Masukkan daun kari dan kacau sebati. Ok masukkan daging atau ayam kisar (cincang) kalau taknak pun tak apa. Dah sebati dengan rempah masukkan kentang tadi tambah air agak-agak ikut kentang jenis apa kalau mak suka tambah sikit demi sikit sampai empok kadangkan ada jenis kentang cepat empuk. So kurang air tambah dan korang picit-picit la tgk empuk ke belom.
Kalau dah empuk perisakan dengan garam dan bahan perasa,mak tambah juga 4-5 sb gula mak suka letak gula manis2 sket sedap. bia kering sket tp jgn kering sgt tau tak sedap. Ceduk dan masuk chiller sekejap nanti dia bile sejuk dia tak kering.
Bahan doh;
1kg tepung gandum
Masuk dalam bekas besar dan lubangkan di tengah. Letak 1 biji telur 3 sb majerin (boleh ganti shortening juga mak ikut betul-betul resepi arwah mak dah dulu mana ade shortening bagaikan😂)dan sedikit garam
Sementara tu panaskan 1 cawan minyak masak panaskan betul-betul tau. Tuang dalam lubang yang korg buat tadi kacau laju2 jangan pulak guna tangan🤣 melembong nanti. Ok dah setel kacau elok dah tu korg tambah air sket2 sambil uli klau mak td dalam 1 cawan setengah air.kire cawan korg mak xtau saiz jd selamat korg tambah air sket2 dan uli.
Korg bia kan sekejap ttup la dgn piring ke dgn tudung periuk ke dalam 10 mnt. pas tu baru bentuk kan dan isi inti.goreng dgn api sederhana🥰🥰 kalau nak buat frozen korg boleh la goreng sekejap dan simpan🥰🥰🥰
Semoga bermanfaat dgn bahan2 yg mudah tau🥰🥰mak kelim pn pakai tgn je hahaha sebab tu besar2 sket😂😂 makan satu kenyang hahhahaa. Tips kelim kalau taknak tebukak korg kene tarik tepi2 dia tu bila dah cantum dua dan tekan2 bg tejuih mcm tu hehe baru tekan dan kelim jarang tebukak masa goreng.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!