Hujung minggu ini apa kata kita sediakan menu lain dari kebiasaan. Daging bakar dengan bahan perapan simple ini paling senang hendak disediakan. Mudah!

Resipi gabungan empat bahan ini cukup ringkas. Hanya perapkan sahaja dalam peti ais dan terus bakar. Gabungan sos padu tapi simple. Jom cuba resipi perkongsian Pn Ameera.


Ni ha cara saya perap daging untuk buat bako bako. Sedapnya menusuk sampai tulang pinggang. Berebut rebut kami makan 6 beranak. Fuh anak ramai! Selamat mencuba la korang ye. Nak menangis ke apa sukatilah. Ini cara saya.

Bahan-bahan:
Daging -dihiris nipis
2 ulas bawang putih
Sedikit black pepper
1 sb sos tiram
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos bbq
1 sb minyak
1/2 sudu garam

Resipi Daging Bakar Simple, Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais, Anak Makan Berebut!

Daging dihiris nipis. Basuh bersih bersih supaya darah daging tak tinggal jejak langsung dalam perkampungan kita. Kena jujur tau!

Resipi Daging Bakar Simple, Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais, Anak Makan Berebut!

Garam separuh sudu. Kalau pakai senduk masin sampai ke subuh.

Resipi Daging Bakar Simple, Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais, Anak Makan Berebut!

Bawang putih 2 ulas. Cincang lumat dan gaul sebati.

IKLAN

Resipi Daging Bakar Simple, Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais, Anak Makan Berebut!

Black paper. Siap beli yang hancur punya. Haritu beli yang biji habis anak sepahkan, dia ingat guli.

Resipi Daging Bakar Simple, Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais, Anak Makan Berebut!

Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan sos Bbq.

Resipi Daging Bakar Simple, Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais, Anak Makan Berebut!

Minyak masak 1 sudu makan. Gaul sebati.

IKLAN

Resipi Daging Bakar Simple, Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais, Anak Makan Berebut!

Peram 1 jam dalam peti ais, dalam peti ais. Ulang suara, dalam peti ais. Dah 1 jam keluarkan lah. Begini keadaannya lepas balik dari main salji fatamogana.

Resipi Daging Bakar Simple, Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais, Anak Makan Berebut!

Letak terus daging atas kuali.

Tunggu masak, balik balikkan daging tu supaya masak sama rata. Dah siap boleh dimakan seisi keluarga tercinta.

Resipi Daging Bakar Simple, Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais, Anak Makan Berebut!

IKLAN

Selamat mencuba!

Menarik: Resipi Perapan Daging Jadi Lagi Sedap & Lembut, Ini Rahsianya

Resipi Daging Bakar Simple, Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais, Anak Makan Berebut!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI