Ads

Pakar Bedah Pediatrik Beri Amaran Jika Botol Susu Tak Bersih, Cetus Najis Berdarah Risiko Ragut Nyawa Bayi

Pakar bedah pediatrik beri amaran jika botol susu tak bersih bukan isu kecil yang boleh dipandang remeh. Nampak macam isu kecil cuma botol susu. Tapi dalam dunia bayi yang sistem imun dia masih rapuh, benda sekecil itu boleh jadi punca tragedi besar.

Baru-baru ini, pendedahan seorang guru taska tentang keadaan puting botol yang berkulat dan berkeladak benar-benar mengejutkan ramai. Apa yang lebih membimbangkan, masih ada yang anggap ia sekadar perkara remeh.

Hakikatnya, kebersihan botol susu bukan soal cerewet atau tidak. Ia soal keselamatan. Soal nyawa.

Perkara ini turut ditegaskan oleh pakar bedah pediatrik, Dr Daniel yang memberi amaran bahawa membiarkan puting botol dalam keadaan tidak bersih boleh membuka ruang kepada jangkitan serius pada bayi.

Pakar Bedah Pediatrik Beri Amaran Jika Botol Susu Tak Bersih

Pakar Bedah Pediatrik Beri Amaran Jika Botol Susu Tak Bersih, Cetus Najis Berdarah Risiko Ragut Nyawa Bayi

Ikuti penjelasan doktor pakar ini:

Ibu bapa jangan ambik ringan, kalau botol susu tak dibasuh dgn bersih, anak anda ada kemungkinan boleh kena keracunan makanan, sehingga najis berdarah.

Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh mengambil ringan tentang kebersihan botol susu. Jika botol susu tidak dibasuh dengan bersih, ada kemungkinan bayi anda boleh mengalami keracunan makanan yang serius, termasuk najis berdarah. Saya baru-baru ini menghadapi kes di klinik yang boleh menjadi pengajaran penting bagi semua ibu bapa, terutamanya yang baru kali pertama memiliki anak.

Seorang pasangan yang sibuk membawa bayi mereka yang kurang daripada sebulan ke klinik, melaporkan anak mereka tidak sihat. Selepas pemeriksaan, saya mendapati terdapat darah dalam najis bayi tersebut. Keadaan itu bukanlah kritikal, tetapi menunjukkan tanda-tanda penyakit yang perlu diambil serius.

Setelah berbincang dengan ibu bapa, saya mendapati bahawa mereka tidak mempunyai teknik yang betul dalam mencuci botol susu. Mereka hanya membilas botol selepas penggunaan, tanpa menyedari bahawa sisa susu yang mengandungi protein boleh menyebabkan jangkitan kuman jika tidak dibersihkan dengan sempurna. Kuman yang bercambah akan masuk ke dalam perut bayi dan menyebabkan keracunan makanan, di mana najisnya akan mengandungi darah. Ini dikenali sebagai disenteri.

Ads

Risiko Jangkitan Serius Pada Bayi

Menurutnya lagi, hakikatnya, jika jangkitan bakteria menjadi serius, bayi boleh mengalami dehidrasi teruk, jangkitan usus yang agresif, malah sepsis  iaitu jangkitan kuman yang merebak ke seluruh badan.

Dalam kes tertentu, keadaan ini boleh jadi sangat cepat dan membahayakan nyawa kerana sistem imun bayi, terutama bawah 3 bulan, masih belum matang sepenuhnya.

Apa yang bermula dengan botol tak dicuci sempurna, boleh berakhir dengan kemasukan ke wad.

Langkah Wajib Cuci Botol Susu Dengan Betul

Nasihatnya lagi, Dr Daniel  menjelaskan adalah sangat penting untuk memastikan bahawa botol susu bersih dengan cara yang betul. Pastikan untuk merendam dan mensterilkan botol dalam air panas dan mengikuti panduan kebersihan yang tepat. Banyak maklumat berguna boleh didapati di YouTube dan blog mengenai cara mencuci botol susu dengan betul bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Pakar Bedah Pediatrik Beri Amaran Jika Botol Susu Tak Bersih, Cetus Najis Berdarah Risiko Ragut Nyawa Bayi

TIP INFO PA&MA

Supaya perkara ini tak berlaku, ini langkah yang WAJIB dibuat setiap hari:

1️⃣ Jangan Sekadar Bilas

Bilas dengan air kosong tak cukup. Sisa susu mengandungi protein dan lemak — ini medium terbaik untuk bakteria membiak.

Ads

✔ Gunakan berus khas botol
✔ Cuci setiap bahagian termasuk puting, ring dan penutup
✔ Terbalikkan puting dan gosok bahagian dalam

2️⃣ Asingkan Botol & Peralatan

Jangan campur dengan pinggan mangkuk dapur. Gunakan bekas khas untuk botol bayi supaya tak terdedah kepada bakteria dari makanan mentah.

3️⃣ Sterilkan Dengan Betul

Untuk bayi bawah 6 bulan, proses pensterilan sangat digalakkan.

✔ Rendam dalam air mendidih sekurang-kurangnya 5 minit
atau
✔ Gunakan steam sterilizer

Pastikan botol kering sepenuhnya sebelum simpan.

4️⃣ Tukar Puting Jika Ada Tanda Ini

🚩 Warna bertukar kekuningan
🚩 Ada tompok hitam (tanda kulat)
🚩 Melekit walaupun dah cuci
🚩 Bau pelik

Ads

Puting botol bukan barang tahan lama. Tukar setiap 2–3 bulan atau lebih awal jika rosak.

5️⃣ Perhatikan Tanda Awal Bahaya

Segera bawa anak jumpa doktor jika bayi:

⚠ Najis bercampur darah
⚠ Muntah berulang
⚠ Kurang menyusu
⚠ Lesu atau tak aktif
⚠ Demam

Jangan tunggu “ok sendiri”.

Kesedaran Untuk Semua Ibu Ayah

Kadang kita penat. Kadang kita kejar masa. Tapi bab kebersihan botol susu ini bukan ruang untuk kompromi. Bayi tak mampu pertahankan diri mereka. Kita yang jadi benteng pertama.

Botol susu nampak kecil. Tapi impaknya boleh jadi besar. Kesedaran ini mungkin nampak remeh hari ini, tapi ia boleh menyelamatkan nyawa esok.

 

@dr.danielpakarpediatrik Ibu bapa jangan ambik ringan, kalau botol susu tak dibasuh dgn bersih, anak anda ada kemungkinan boleh kena keracunan makanan, sehingga najis berdarah. Jom dengar video saya berkenaan topik menarik ni. Kalau ada apa2 soalan tentang pediatrik, tulis kat bahagian komen atau WhatsApp jer kat Dr. Daniel 👉🏼 www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel #pakarbedahpediatrik #pediatrik #paediatrics #paediatrician #surgeon #paediatricsurgeon #kualalumpur #fyp #botolsusu ♬ original sound – Dr Daniel PakarBedah Pediatrik

Sumber: dr.danielpakarpediatrik

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Terkejut Timbang Hampir 5KG! Kelahiran Bayi Lelaki Raih Perhatian Ramai

Bayi lelaki 4.91kg di Hospital Pantai cetus keterujaan apabila dilahirkan hampir 5kg. Ibu dan bayi selamat dalam detik penuh debar di bilik pembedahan.