Rambut bercabang dan kering sering juga dihadapi oleh ibu-ibu selepas bersalin selain masalah keguguran rambut.  Jika sudah pelbagai produk sudah dicuba namun tidak jua berkesan, apa kata cuba pakai masker kacang soya yang dicampur dengan yogurt.

Percaya atau tidak, kalau anda rajin pakai masker kacang soya dan yogurt ini, hasilnya rambut anda akan jadi lebih sihat dan senang diurus. Tiada lagi masalah rambut bercabang!

Petua Rawat Rambut Bercabang & Kering

Petua ini dikongsikan Norafiza Mahmud atau lebih dikenali sebagai Cik Oya secara ringkas untuk selesaikan masalah rambut kering dan bercabang. Lembut, senang diurus dan suami pun suka.

Langkah 1
Mula-mula anda cuci rambut dahulu bersama lemon sebiji. Ini untuk membuang minyak serta kotoran di kulit kepala.

Langkah 2
Kemudian tonyoh kulit kepada menggunakan halia kisar. Ini untuk rambut gugur atau hendak melebatkan. Kulit kepala juga akan sihat dan segar.

Untuk langkah kedua dan ketiga, anda boleh selangkan sehari. Anda boleh lakukan sebulan 2 kali. Hendak cantik perlu rajin serajin rajinnya.

Pakailah Masker Kacang Soya Campur Dengan Yogurt

Anda boleh lakukan rawatan masker rambut ini untuk lembutkan rambut dan senang diurus. Sediakan bahan-bahannya dahulu.

BAHAN:

Kacang soya
1 1/2 sudu minyak zaitun asli
4 sudu besar Yogurt (Kalau rambut anda pendek, cukup pakai 2 sudu)
2 sudu besar castor oil (minyak kastor)

IKLAN

*Guna kacang soya dalam segenggam dan rendam seperti ini.

Petua Rawat Rambut Bercabang & Kering, Pakailah Masker Kacang Soya Campur Dengan Yogurt

*Kemudian kisar kering sehingga halus.

Petua Rawat Rambut Bercabang & Kering, Pakailah Masker Kacang Soya Campur Dengan Yogurt

CARA-CARA:

1. Campurkan minyak zaitun, yogurt dan minyak kastor. Kacau sebati.

IKLAN

Petua Rawat Rambut Bercabang & Kering, Pakailah Masker Kacang Soya Campur Dengan Yogurt

 

Petua Rawat Rambut Bercabang & Kering, Pakailah Masker Kacang Soya Campur Dengan Yogurt

 

Petua Rawat Rambut Bercabang & Kering, Pakailah Masker Kacang Soya Campur Dengan Yogurt

IKLAN

 

Petua Rawat Rambut Bercabang & Kering, Pakailah Masker Kacang Soya Campur Dengan Yogurt

2. Sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 minit.

3. Selepas itu anda boleh membilas rambut dengan lemon.

Berikut produk tambahan penjagaan rambut yang Cik Oya amalkan:

Petua Rawat Rambut Bercabang & Kering, Pakailah Masker Kacang Soya Campur Dengan Yogurt

Sumber: Norafiza Mahmud

Kredit foto (top image): Freepik

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI